Jumaat, 31 Ogos 2012

Langkah Pertama Atasi Perut Buncit..

Hei! cuba anda perhatikan susahnya nak buat senaman di perut (abdominal). Ia semakin sukar apabila berat badan melebihi kemampuan otot semasa sehingga mengundang sakit bahu dan leher. Tolak tepi isu obes (berat badan). Yang ingin saya kongsikan soal teknik! kalau tidak sampai kesudahlah lemak dibahagian perut tak settle-settle lagi.
  

Foto : Illiopsoas
Apabila melakukan Abs, selain badan dinaikkan oleh otot Rectus Abdominis, peranan otot Illiopsoas (Major dan Minor),  sebagai penyokong kerja-kerja Rectus Abdominis tidak boleh dipandang sepi. Illiospoas yang melekat di Vertebral bodies T12-L5 (Psoas Major) dan di Lesser trochanter of femur turut bertindak bersama-sama otot paha untuk mengangkat badan (Flexion of Trunk) ketika baring telentang (Rujukan, Kinesiology, Ninth Edition). 

Justeru hendak atau tidak latihan kepada otot Illiopsoas dan paha perlu di bina terlebih dahulu. Jika tidak PASTI BADAN TIDAK TERANGKAT kerana sendi pinggul tidak dapat dikawal sebaiknya (bergegar).  Antara aktiviti yang harus dilakukan ialah Knee lift, Bridging, Plank dan side plank. 

Nak Kurus? Nak Cantik? Sila klik G2K Personal Training dan like page Gemuk2kurus.

Mudahnya Senaman : Bakar LEMAK Dengan Interval Training

Interval Training
boleh digunakan bersama
pasangan 
Interval bermaksud Selang Rehat, iaitu kombinasi SENAM - REHAT - SENAM. Macam di opislah, takkan terus menerus bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tgh. Bohong sangat. Bukannya robotkan. Kalau adapun gila! adalah tu....nak pasang kipas. Jadi untuk kekal maintain melunaskan tugasan, pasti ada masanya anda akan membancuh secawan air, bersembang, lepak mengeteh, hisap rokok ditangga (x elok fatwa kata faram!), FB sikit-sikit  bla..bla..untuk merehatkan badan seketika.

Didalam senaman melalui kaedah Interval Training, selang senaman dan rehat akan digunakan secara nisbah 1:1 yang seragam dimana jangkamasa bersenam dan rehat adalah sama. (Sila rujuk Buku Tip Sihat Ke Tanah Suci, Bab 8.2 muka surat 71). Dengan nisbah yang seimbang ini anda akan berasa relaks kerana dihujung senaman ada REHAT!. Kaedah ini biasanya saya gunakan pada sesi ke 3 hingga 6 dengan kombinasa kaedah Continuous Training.

Faedah :
1. Menimbulkan rasa mudah bersenam.
2. Mengurangkan kesakitan dan sesak nafas (terutama kepada yang obes)
3. Meningkatkan kuasa aerobik.

Nak Kurus? Nak Cantik? Sila klik G2K Personal Training dan like page Gemuk2kurus.





Khamis, 30 Ogos 2012

Mudahya Senaman! : BAKAR LEMAK Dengan Circuit Training

Foto 1 : Contoh Circuit Training
Apa itu Circuit Training dan bagaimana ia berfungsi untuk membakar lemak?

Pinggul Menarik : The Power of Stepper


Foto 1 : Stepper
Stepper merupakan kumpulan senaman kalistenik yang melibatkan berat badan sebagai bebanan dengan menggunakan Step Board. Oleh kerana ia bersifat anti graviti (melawan graviti) maka ramai wanita obes tidak gemar  dan memandang sepi kepada  Stepper. Tapi tahukah anda stepper adalah aktiviti terbaik untuk membentuk pinggul! dan membakar lemak di bahagian paha. Bagaimana?
Foto 2 : Kombinasi Steper  dan Dip
membakar lemak dipinggul, paha dan
lengan  
Ha..bila saya kata begitu, pasti kejap lagi ramai yang 'henyak' step board secukupnya. Sabar!. sebelum menggunakannya ada beberapa Pra-syarat yang perlu anda patuhi.


=====================================================================

Dapatkan buku 30kg Dalam 80Hari sekarang!!!

                                                    

Klik sini untuk membeli >>>Buku 30kg Dalam 80Hari
Klik sini untuk info lanjut >>>Senjata Kurus Telah Tiba!!!
boleh dapatkan di kedai buku POPULAR seluruh MALAYSIA


========================================================================

Pra-Syarat :
1. Stepper boleh menyebabkan denyutan nadi meningkat dengan cepat dan nafas menjadi tak teratur (tercungap-cungap). Jadi, bagi mereka yang obes lakukan aktiviti kardio (berjalan) dalam jangkamasa 3 - 7 kali seminggu.
2. Jika telah sedia, jangan terus memulakan sesi senaman dengan Stepper (berdasakan alasan di para 1). Mulakannya selepas FASA MEMANASKAN BADAN (Rujuk FASA SENAMAN m/s 55, Buku Tip Sihat KE Tanah Suci). 
Foto 3 : Selain Step Board, tangga atau tebing tinggi
boleh digunakan sebagai alternatif
3. Ketinggian Step Board yang baik adalah dengan mendapatkan julat sendi lutut sekitar 90 darjah (lihat foto 3).  Namun dinasihatkan jangan terlalu tinggi (ikut kemampuan anda).
Bagaimana:
Terdapat pelbagai cara antaranya Front Step, Side Step, V Step, Alternated Step. (Sila rujuk buku Tip Sihat Ke Tanah Suci, muka surat 114, untuk mendapat gambaran jelas.




Nak Kurus? Nak Cantik? Sila klik G2K Personal Training dan like page Gemuk2kurus.



Selasa, 28 Ogos 2012

Pinggul Menarik : Line of Pull

Otot Gluteus Medius dan Minimus
 Tahukah anda pinggul meliputi otot-otot besar yang mana terdiri daripada tiga otot yang dikenali sebagai Gluteus Maksimus, Gluteus Medius dan Gluteus Minimus.   Otot ini melekat di Ilium dan Sacrum (kawasan ketika cekak pinggang) dan berakhir di Gluteal tuberosity of femur dan fascia lata.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...