Jumaat, 31 Ogos 2012

Mudahnya Senaman : Bakar LEMAK Dengan Interval Training

Interval Training
boleh digunakan bersama
pasangan 
Interval bermaksud Selang Rehat, iaitu kombinasi SENAM - REHAT - SENAM. Macam di opislah, takkan terus menerus bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tgh. Bohong sangat. Bukannya robotkan. Kalau adapun gila! adalah tu....nak pasang kipas. Jadi untuk kekal maintain melunaskan tugasan, pasti ada masanya anda akan membancuh secawan air, bersembang, lepak mengeteh, hisap rokok ditangga (x elok fatwa kata faram!), FB sikit-sikit  bla..bla..untuk merehatkan badan seketika.

Didalam senaman melalui kaedah Interval Training, selang senaman dan rehat akan digunakan secara nisbah 1:1 yang seragam dimana jangkamasa bersenam dan rehat adalah sama. (Sila rujuk Buku Tip Sihat Ke Tanah Suci, Bab 8.2 muka surat 71). Dengan nisbah yang seimbang ini anda akan berasa relaks kerana dihujung senaman ada REHAT!. Kaedah ini biasanya saya gunakan pada sesi ke 3 hingga 6 dengan kombinasa kaedah Continuous Training.

Faedah :
1. Menimbulkan rasa mudah bersenam.
2. Mengurangkan kesakitan dan sesak nafas (terutama kepada yang obes)
3. Meningkatkan kuasa aerobik.

Nak Kurus? Nak Cantik? Sila klik G2K Personal Training dan like page Gemuk2kurus.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...