Khamis, 30 Ogos 2012

Pinggul Menarik : The Power of Stepper


Foto 1 : Stepper
Stepper merupakan kumpulan senaman kalistenik yang melibatkan berat badan sebagai bebanan dengan menggunakan Step Board. Oleh kerana ia bersifat anti graviti (melawan graviti) maka ramai wanita obes tidak gemar  dan memandang sepi kepada  Stepper. Tapi tahukah anda stepper adalah aktiviti terbaik untuk membentuk pinggul! dan membakar lemak di bahagian paha. Bagaimana?
Foto 2 : Kombinasi Steper  dan Dip
membakar lemak dipinggul, paha dan
lengan  
Ha..bila saya kata begitu, pasti kejap lagi ramai yang 'henyak' step board secukupnya. Sabar!. sebelum menggunakannya ada beberapa Pra-syarat yang perlu anda patuhi.


=====================================================================

Dapatkan buku 30kg Dalam 80Hari sekarang!!!

                                                    

Klik sini untuk membeli >>>Buku 30kg Dalam 80Hari
Klik sini untuk info lanjut >>>Senjata Kurus Telah Tiba!!!
boleh dapatkan di kedai buku POPULAR seluruh MALAYSIA


========================================================================

Pra-Syarat :
1. Stepper boleh menyebabkan denyutan nadi meningkat dengan cepat dan nafas menjadi tak teratur (tercungap-cungap). Jadi, bagi mereka yang obes lakukan aktiviti kardio (berjalan) dalam jangkamasa 3 - 7 kali seminggu.
2. Jika telah sedia, jangan terus memulakan sesi senaman dengan Stepper (berdasakan alasan di para 1). Mulakannya selepas FASA MEMANASKAN BADAN (Rujuk FASA SENAMAN m/s 55, Buku Tip Sihat KE Tanah Suci). 
Foto 3 : Selain Step Board, tangga atau tebing tinggi
boleh digunakan sebagai alternatif
3. Ketinggian Step Board yang baik adalah dengan mendapatkan julat sendi lutut sekitar 90 darjah (lihat foto 3).  Namun dinasihatkan jangan terlalu tinggi (ikut kemampuan anda).
Bagaimana:
Terdapat pelbagai cara antaranya Front Step, Side Step, V Step, Alternated Step. (Sila rujuk buku Tip Sihat Ke Tanah Suci, muka surat 114, untuk mendapat gambaran jelas.




Nak Kurus? Nak Cantik? Sila klik G2K Personal Training dan like page Gemuk2kurus.



Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...