Sabtu, 22 September 2012

Turun berat, 0.45kg - 0.9kg Setiap Minggu !

Hari ini banyak betul produk pelangsingan yang menipu pengguna terutama wanita yang obses untuk cantik dan kurus. Atas dasar kemanusiaan,  jadi disini saya terpanggil untuk berkongsi beberapa makluman terpenting tentang pemakanan bagi mengatasi berat badan berlebihan dan obesiti :
Beberapa langkahnya ialah :
1. Tingkatkan aktiviti agar dapat menggunakan kalori yang dimakan (senaman) atau kalau tak nak senaman, kurangkan sahaja pengambilan makanan (kalori) pun boleh menguruskan anda TAPI MESTI KONSISITEN KERANA kesannya sedikit lambat berdasarkan penyataan di para No.2.
2. Pengurangan 500 kalori per 1 hari boleh menggurangkan 0.45kg atau 1 paun seminggu. Jika 1000 kalori pula berat badan akan berkurangan sehingga 0.9kg seminggu. Justeru itu untuk MENOLAK 500 HINGGA 1000 kalori anda harus tahu jumlah kalori yang patut anda makan setiap hari. 
3. Kebanyakan pakar bersetuju penurunan 1 hingga 2 paun (0.45kg - 0.9kg) adalah PALING SELAMAT dalam masa seminggu (bagi golongan obes)
4. Berdasarkan Panduan Diet Malaysia 2010, 1500 kalori bagi wanita dewasa sedentari (tidak aktif) dan 2000 kalori bagi lelaki. Jadi 1500 kalori - 500 kalori = 1000 kalori / 1 hari. Sebenarnya ada formula pengiraan yang spesifik dengan mengira Ideal Body Weight (IBW), Metabolic Active Weight (MAW)dan Basal Energy Expenditure (BEE). 
5. Dalam pemakanan harian 45-65% kalori hendaklah dari sumber karbohidrat, 10-35% kalori daripada protien dan 20-35% kalori daripada lemak.
6. Sebab itu PUASA adalah teknik terbaik untuk menggurangkan 500 - 1000 kalori asalkan makan ketika berbuka dan bersahur tidak melebihi kalori yang ditetapkan.

Nak kurus? Nak cantik? Sila klik G2K Personal Training dan like page Gemuk2kurus.



Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...