Sabtu, 1 September 2012

Urutan POWER! Untuk Suami Isteri (Siri 1)


Foto 1 : Saya sedang mengajar
Urutan POWER.
Kaedah ini melancarkan
darah Haidh bagi wanita dan
POWER! bagi lelaki
Satu hari saya mendapat panggilan mengurut seorang sheikh dari Arab Saudi yang merupakan juri Tilawah Al-quran peringkat Antarabangsa pada tahun 2011. Panggilan itu diterima dari seorang Dato' yang juga merupakan antara ratusan pelanggan saya.

"Ok dato', dalam 1 jam lagi saya sampai", balas saya sambil menaip alamat yang dimaklumkan dato'.

Selepas satu jam. Tibalah saya dilokasi yang dimaklumkan. Saya disambut baik oleh pak sheikh berjubah yang tersenyum manis dipintu bilik hotel. Sebelum itu sesampainya saya di hotel berkenaan, pengiring peribanya lebih dahulu menyambut saya dan mempersilakan saya sarapan di lobi hotel.

"Fadhal..fadhal..", alu pengiring beliau. "Thank you, thank you..", jawap saya berulang-ulang sambil mengangguk. Dah macam ayam dengan itik. Sepatah-sepatah berbual sebab dia langsung tak faham bahasa Inggeris. Sebaik dialukan masuk ke ruang biliknya, saya terus membuka meja urut bagi memulakan perkhidmatan. Setelah hampir 45 minit mengurut, kini tinggal baki 15 minit. Tiba-tiba saya terfikir,

"Kalau aku test pak sheikh ini bagus jugak". Perlahan-lahan saya menekan tapak kakinya, melalui belakang tumit, belakang betis, lutut, paha dan.. pak sheikh itu berdengus perlahan. "Wah! jadilah...", saya tersenyum puas. Ha! jangan fikir lain pulak. Sebenarnya saya ingin membawa perhatian anda tentang Urutan Power!...Dunia sekarang ni sudah 360 darjah tonggang terbalik. Sana-sini bagaikan cendawan sisir kat kayu mati (sedap buat gulai lemak. Boleh try di Kampung Baru, di Bangunan Rumah Rohas) timbulnya rumah urut. Pengunjungnya confirm 99% lelaki berstatus suami, manakala tukang urutnya pulak wanita dan 'wanita' dari dalam dan luar negara. Suasana itu membuatkan saya terpanggil berkongsi ilmu tentang urutan agar si isteri boleh 'menggari' si suami dengan kaedah Urutan Power.

Like page fb : Urut-Urut
Nak Urut : Urut-Urut














Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...