Ahad, 2 September 2012

Urutan POWER! Untuk Suami Isteri (Siri 2)

Foto 1 : Laluan saraf dan saluran darah
yang mempunyai
kaitan langsung dengan organ sulit 
Perhatikan foto 1 baik-baik. Dari situ anda dapat lihat garis-garis dan ton warna. Kedua-dua perincian tersebut merupakan daerah-daerah yang ada kaitan dengan organ badan. Daerah L1, L2, L3, L4, S2 adalah perkara yang sedang kita bincangkan iaitu urutan untuk Suami Isteri. Bagi meningkatkan pengetahuan anda, biarlah saya huraikan terlebih dahulu kaitan daerah-daerah ini dengan organ yang kita bincangkan. 

Alasan 1 (Kaitan kaki dengan organ sulit) :

Pernah dengan Senaman Tua?. Ia sangat popular dikalangan pengamal silat dimana ia dipercayai dapat meningkatkan kekuatan dan stamina (kecergasan) untuk 'berjuang'. Foto 2 di bawah adalah salah satu dari teknik Senaman Tua yang mana akan mengaktifkan otot-otot Adductors seperti Gracilis, Pectinues, Adductor Longus, Adductor Bravis dan Adductor Mangus yang berada didaerah L1 hingga S2 (Rujuk Buku Tip Sihat Ke Tanah Suci, m/s 118 Regangan Aktif).


Alasan 2 (Kaitan kaki dengan organ sulit ) :

Foto 2 : Salah satu contoh 'Senaman Tua'.             
Aktiviti ini bertujuan merangsang otot
dibahagian kelengkang  
Pernah baca buku karangan Dr. Fatimah Ibrahim yang berjudul Solat Dari Persektif Sains? Dari pemerhatian saya, berdasarkan dapatan kajian yang dibuat oleh Dr. Fatimah, solat yang sempurna ruku' dan sujud bukan sahaja memberi kekusyukkan tetapi melampaui kebaikan fizikal (Sakit belakang, Disfungsi Ereksi dsbnya.).

Ketika ruku' umpamanya, dengan menekan kepala lutut, berat badan akan mengalir secara progresif menuju tempurung lutut lalu memaksimumkan bukaan sendi lutut (kaki melurus) sehingga  meregangkan otot-otot paha (Hamstring) dan betis (Gestrocnimeus). Keadaan ini sekali lagi memberi faedah yang sama dengan Senaman Tua tetapi lebih cenderung kepada daerah L4 dan S2.

Like page fb : Urut-Urut
Nak Urut : Urut-Urut

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...