Rabu, 12 September 2012

Urutan POWER! Untuk Suami Isteri (Siri 3)


Setelah anda tahu daerah-daerahnya kini saya akan terangkan kaedah mengurut. Bagi mengurut daerah ini beberapa prosedur urutan perlu dilakukan mengikut turutan iaitu: 

(1) Efluarage
(2) Kneading

Kedua-dua kaedah ini digunakan bagi tujuan melembutkan otot (kapilari darah), salur darah, salur limfa dan juga saraf. Apabila keadaan ini berlaku, peredaran darah dan tindakbalas kimia (sistem endokrin) akan menjadi lebih aktif. Efluarage bersifat umum manakala Kneading lebih fokus seperti menguli doh roti canai. Selepas itu barulah menggunakan tapak tangan (jika mahir guna ibu jari) bermula dari ibu jari kaki, melalui tumit (belakang buku lali), tepi otot soleus dan gestrocnimeus (betis), popletial (tepi lutut), Semimembranousus dan Semitendinousus (paha), dan terus ke kawasan otot adductors (kelengkang).    Urutan dari arah bawah ke atas ini turut menekan saraf Sciatic yang mana akan membetulkan aliran tenaga (saraf) yang mempunyai kaitan langsung dengan alat sulit.

Suka saya mengambil analogi pili air. Cuba lihat pili air anda!. Mengapa kadang-kadang airnya keluar perlahan..sebab? Berdasar bacaan saya ia kerana tiada keseimbangan antara cecair dan angin. Dalam konteks urutan cecair dianggap sebagai darah, manakala angin pula oksigen dan karbon dioksida didalam badan yang terhasil daripada kontraksi otot (kerja kuat, keterlaluan bersukan), makanan (seperti kangkung, kacang dll. nberongga), minuman (berkabonat, sejuk, terdedah dll.) dan merokok (asap tercemar). Sebab itu adakalanya ketika diurut kita.."argggh!" sendawa..kerana tekanan dari urutan telah menolak darah berserta angin didalam tubuh. Ikutlah, kadang-kadang cara ia keluar dari beserta peluh (liang roma), kentut, buang air kecil dan besar.

Berkaitan keseimbangan angin dan cecair, tahukah anda khasiat BEKAM. Sebenarnya bukan saja-saja nak toreh dan keluarkan darah. ia sebenarnya untuk mengeluarkan angin yang tersisa dari tindakbalas badan. Itulah sains disebalik perbuatan nabi berbekam. Tetapi wanita..sudah ada darah haidth yang Allah kurniakan untuk membuang darah kotor (beserta angin). Sebab itu wanita yang tidak teratur haidthnya perlu cek. kerana ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Beruntunglah wanita!

Like page fb : Urut-Urut
Nak Urut : Urut-Urut





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...