Ahad, 23 Februari 2014

INTENSITI DAN HORMON KURUS


Jika pergerakan tubuh (kuncupan otot) dikawal oleh sistem saraf yang dikenali sebagai Somatic, siapakah pula yang menjaga proses atau sistem pembakaran lemak? Ya, tak lain tak bukan sistem saraf Autonomic. Melalui sistem inilah hormon 'pembakar' lemak bekerja. 


Ketika bersenam sistem saraf autonomic akan merangsang 4 hormon terpenting secara berperingkat bagi menjayakan proses penguraian (pembakaran) tenaga daripada lemak. Bermula dari Hypothalamus, impulse (arahan atau maklumat) untuk menggunakan lemak atau membakar lemak akan bergerak ke thyroid lalu menuju ke adrenal dan pancreas. Dalam proses itu berlakulah beberapa perubahan fisiologi termasuklah peningkatan kadar nadi (THR). 

BERAPAKAH KADAR NADI 

UNTUK MEMBAKAR LEMAK?

KLIK FOTO SEKARANG




Peningkatan kadar nadi ini adalah kesan kesungguhan bersenam yang menyebabkan hormon cortisol meningkat. Peningkatan cortisol telah menyebabkan hormon insuline segera melonjak dan apabila jumlah tenaga dari karbohidrat menurun atau kehabisan bermulalah episod lemak 'dibakar'. 


NAK TAHU 4 HORMON  KURUS? 


KLIK FOTO SEKARANG

COACH SUFIAN SEDANG MENERANGKAN
TEKNIK LEG CURL UNTUK MENGATASI SELULIT


Memandangkan golongan obes punyai pelbagai komplikasi penyakit, intensiti haruslah ditetapkan mengikut kemampuan semasa secara progresif. Antara perkara lazim yang timbul adalah keadaan pening-pening lalat. Situasi ini sebenarnya 'bagus' untuk kurus namun  perlu mendapat pemantauan dan penjelasan rapi dari jurulatih. 



Rujukan :  Physiology of Sport and Exercise, 3rd ed.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...