Isnin, 3 Mac 2014

Nak Kurus? Jangan Laju Tetapi Lama...

Tahukah anda proses pembakaran lemak akan benar-benar diakifkan apabila corak latihan berintensiti sederhana dan berjangkamasa panjang...bukan berintensiti tinggi (laju) dan melelahkan!!!

Kenal Oprah Winfrey?
Foto 1 : Foto perubahan fizikal Oprah 
Beliau adalah contoh tepat apa yang saya maksudkan.  Melalui rujukan saya di http://www.oprah.com/omagazine/Oprah-Gets-Fit-Her-Workout-Routine...ternyata rutin utama Oprah dalam seminggu iaitu 5 hingga 6 kali seminggu pada sebelah pagi adalah melakukan aktiviti aerobic kombinasi selama 45minit iaitu beliau menggabungkan 2 daripada aktiviti ini... (1) Power Walk, (2) Joging, (3) Elliptical exercise (Cross Trainer), (3)Stair - stepping (naik tangga atau stepper) atau (4) Rowing. Pada sebelah petangnya kembali mengulangi dengan 20minit
Ilustrasi 1 : Rutin latihan Oprah

Mengapa kaedah KOMBINASI AEROBIK 45MINIT ini berkesan?

Kerana proses pembakaran lemak (Lipolysis) menjadi aktif pada kadar denyutan nadi diantara 60-75% daripada Kadar Nadi Maksimum. Pada kadar nadi ini, 2 hormon penting bagi pembakaran lemak akan dihasilkan iaitu epineprine dan Norepinephrine . 

==================================================================
Untuk pengetahuan anda
 jika kadar nadi ketika berlatih diantara 60-80% daripada kadar nadi maksima, 
maka ia dikategorikan sebagai AEROBIK. 
Jika melebihi 80% daripada kadar nadi maksima, 
maka ia dikategori sebagai ANAEROBIK
==================================================================

Perhatikan...

Oprah sering menggabungkan 2 daripada 4 aktiviti diatas (rujuk illustrasi 1). Sebagai seorang jurulatih saya dapat mengagak ia mungkin menggabungkan satu aktiviti mudah dan satu aktiviti sedikit sukar seperti kombinasi (1) Power Walk dan berjoging. Atau boleh jadi (2) Power Walk dan Stair- Stepping . Atau mungkin (3) Berjoging dan elliptical exercise (Cross trainer). Atau mungkin (4) Berjoging dan rowing. Kalaulah begitulah caranya..perhatikan pula corak latihan yang telah saya bukukan dalam 30kg Dalam 80hari. Apakah anda dapat lihat persamaan ? Atau perbezaan ?


Foto 2 : Kombinasi aktiviti kardio 
Ya persamaanya ialah saya menggabungkan konsep kombinasi kardio. Perbezaannya pula?...
Saya menggabungkan lebih 2 kombinasi kardio dan berulang-ulang (rujuk foto 2).

Mungkin ada yang nak bertanya mengapa perlu menggabungkan lebih 2 kombinasi berbanding hanya 2 kombinasi seperti rutin Oprah...Jawapannya ialah kerana untuk menukar rasa BORING anda dan MENGURANG RASA SAKIT kesan melakukan aktiviti yang sama pada jangkamasa panjang. Sebab kita ni 'RAJIN SANGAAAT' kaaaaannn...sebab itulah terciptanya strategi kombinasi kardio ini.

=====================================================================

Dapatkan buku 30kg Dalam 80Hari sekarang!!!

                                                    


Klik sini untuk membeli >>>Buku 30kg Dalam 80Hari
Klik sini untuk info lanjut >>>Senjata Kurus Telah Tiba!!!
boleh dapatkan di kedai buku POPULAR seluruh MALAYSIA

========================================================================

Jadi!!!

Rumusannya, nak kurus harus buat aktiviti kardio dengan teknik kombinasi dalam jangkamasa melebihi 20minit. Dan pastikan ianya didalam zon aerobik (75-80% daripada Kadar Nadi Maksima)

SELAMAT MENCUBA!!!


Rujukan :

Gastin, P.B. (2001). Energy system interaction and relative contribution during maximal exercise; Sport Medicine, 31, 725-741.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...