Ahad, 3 Ogos 2014

Atasi Migrain dengan...

Urutan bagi migrain adalah di bahagian
depan dan jari-jari tapak kaki.  
Migrain secara umum disebabkan saluran darah di kepala mengalami pengembangan dan penguncupan yang menyebabkan rasa sakit berdenyut-denyut diantara 4 hingg 72 jam. Perkataan Migrain berasal dari Greek (hemikrania) yang bermaksud "kesakitan sebelah kepala"[1][2]Tapi kadang-kadang dua-dua belahpun sakit secara serentak. 



Puncanya sebenar migrain setakat ini tidak diketahui namun migrain amat berkait rapat dengan faktor persekitaran (stres) dan genetik. Secara teknikal, migrain disebabkan kecelaruan saluran saraf dan darah (neurovascular disorder)[5]Rasa sakit kepala biasanya hadir bersama rasa loya, pening, sensitif kepada cahaya, terganggu dengan bunyi-bunyian dan bau-bauan. 

Justeru urutan dengan cara reflexologi yang mempunyai ciri-ciri 'Antidote to stress' (penawar) boleh menghalang penghantaran rasa sakit ke otak. Dalam hal ini tekanan reflexology harus dituju kepada titik-titik dibahagian jari kaki terutama ibu jari yang berhubung langsung dengan bahagian otak. Secara ringkas tekanan harus dilakukan dengan: 

1. Tekanan Direct Reflex - iaitu menekan di jari-jari pada tapak kaki yang berhubung langsung dengan bahagian otak terutama pada ibu jari kaki. 

2. Tekanan Helper Reflex -  iaitu pada tepi jari dan depan tapak kaki, yang berhubung langsung dengan bahagian penglihatan, pendengaran dan hormon. 

Like page fb : Urut-Urut
Nak Urut : Urut-Urut

Rujukan : 
http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/02/migraine/
http://en.wikipedia.org/wiki/Migraine
Susan A. Watson, Valerie Voner. Practical reflexology: interpretation and techniques 

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...