Sabtu, 2 Ogos 2014

SAKIT LEHER..SALAH BANTAL @ SALAH TIDUR?

Setiap kali sakit leher, tak semena-mena bantallah yang disalahkan. Sudahnya, bantal dijemur diterik mentari. Eh apa kena mengena. Betulkan cara itu?. Mari kita fahami mengapa ia terjadi.



Kenali anatomi?

Tulang Cervical (C1-C7) (merah)
Leher berada pada tulang cervical (tulang leher) yang bersambung antara tengkorak hingga tulang thoracic. Di sebelah kanan dan kirinya terdapat tulang belikat (scapular). 

Leher mampu melakukan pergerakan memandang ke kanan dan ke kiri, meneleng ke kanan dan ke kiri (lateral flexion), menjenguk ke hadapan, mendongak (hiperextension), menunduk (flexion) dan memandang ke hadapan (extension).

Kesemua pergerakan ini dilakukan oleh otot-otot yang melekat pada tulang-tulang yang berada di sekitar leher seperti tulang occipital (ditengkorak), cervical (C1-C7), Medial border of scapular (Tulang belikat), upper border of scapular (tulang belikat).

Manakala otot-otot yang selalu stres (tegang) ialah :

- Otot Suboccipitals  (Rujuk Foto 1)

Foto 1 : Otot Suboccipitals. Ketegangan pada otot ini akan memberi rasa tak selesa dibahagian tepi kepala hingga mata. rujukan  - http://abbottcenter.com/bostonpaintherapy/?p=1492
- Otot Splenius capitis and cervicis (rujuk Foto 2)
Foto 2 : Otot Splenius capitis dan cervics. Ketegangan pada otot leher ini akan menyebabkan sakit menjalar di atas kepala dan tepi hingga mata.

Bagaimana kesakitan itu terjadi? 
Perbandingan postur betul dan salah.
Postur X, menunjukkan kedaan
yang terlalu meregang.
  
Maka ketika syok tidur, tanpa disedari, kita telah mengabaikan postur leher dengan mengabaikan tinggi rendah bantal (fizikal) dan cara tidur (terlentang, meniarap dsbnya) sehingga ia memberi tekanan (terlalu meregang atau terlalu menekan) dan akhirnya mengundang kesakitan pada otot leher. 

Cara Atasi?
1. Tukar bantal yang mengikut postur yang tepat. 
2. Tukar postur tidur. IKUT SUNNAH kerana cara nabi tepat mengikut SAINS (kecuali bagi mereka yang telah mengalamai masalah kesihatan (obes dll). Maka harus sedar apabila ingin mempraktis cara tidur nabi , kesakitan yang hadir bukan berpunca dari teknik nabi. Tetapi ia  dari kita yang tidak mengikut spesifikasi susuk fizikal nabi. 

3. Jika baru terkena 'Salah Bantal'. Jangan terus urut. Jika tidak kronik ia boleh hilang secara beransur-ansur dengan menukar perkara 1 dan 2 serta mengawal pergerakan yang menyakitkan. Gunakan ais dengan konsep PRICE (sila rujuk artikel saya yang lain)

4. Urutlah pada hari ke 2 atau ke 3. 

SELAMAT MENCUBA!

Like page fb : Urut-Urut
Nak Urut : Urut-Urut





  
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...