Selasa, 5 Ogos 2014

Urutan Kasih

Oh Nikmatnya

Alangkah beruntungnya hidup ini kalau si dia pandai mengurut. Setiap kali pulang ke rumah dari bekerja, pasti suara hati girang menyanyi. “uh, kalau beginilah nikmatnya, sejak kecil lagi aku mintak emak masuk meminang. Rugi ooo”. Aku tersengeh sendirian.


Diluar kenderaan suasana seperti selalu. Waktu-waktu begini jangan haraplah nak sampai tepat masa. Walaupun aku keluar sebaik selesai solat asar berjemaah dipejabat, tetap sangkut juga. Begitulah dihidup dikota kuala lumpur. Kalau cari laluan alternatifpun, sangkut juga. Tak berfaedah!.

Sekali-sekala ada saja kenderaan datang menghimpit muncung keretaku. Sedikit demi sedikit muncung kereta disebelah kananku mencucuk. Dari dalam kenderaan aku mengukir senyuman tanda memberi laluan. Pemandu yang membawa kereta keluaran Jerman itu sikitpun tak mengangkat tangan. “Dahlah tak bagi signal. Takpalah”. Aku mempositifkan diri. “Mungkin dia tak ada ‘mesin urut’ sepertiku. Patutlah stres saja rupa”, aku tergelak,

Dalam kesesakan itu tiba-tiba aku teringatkan isteriku. Suara lembutnya selalu membuat lututku lemah. Dia selalu saja menyapa ketika aku duduk didakapan sofa.

“Abang letih eh. Biar saya urutkan”.
sapa si isteri lembut. 

“aik”,

Aku kehairanan. Nampaknya pengetahuan isteriku semakin mendalam.

“pergi kerja, memandu, terperangkap dalam kesesakan trafik..mestilah letih”
Jawap si isteri yakin.

“Alhamdulillah, terima kasih sayang”,
Aku mengangguk perlahan.   
  
Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan (isteri) yang solehah (baik)”.

Seperti kata pepatah, bagai pucuk dicita ulam yang mendatang begitulah untungnya. Teringin bukan? Kalaulah anda ditempat ‘aku’ yang dimaksudkan diatas, mungkin yang bekerja diluar kawasan sanggup berulang alik setiap hari. Bukan sahaja si dia tahu kesengsaraan anda, malah sentuhan telapak tangannya terus membawa anda hanyut menuju sebuah pulau yang penuh kedamaian. Terbaik!, tetapi persoalannya apakah ‘mesin urut’ anda suatu realiti atau fantasi?  


Petikan dari buku 'Urutan Kasih'. Akan terbit tidak lama lagi...

Like page fb : Urut-Urut
Nak Urut : Urut-Urut

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...