Khamis, 23 Oktober 2014

MAKSIMA PEMBAKARAN LEMAK DENGAN KARVONEN METHOD

Hari ini semua orang nak mencari sesuatu yang EFFECTIVE COSTS. Justeru tidak heranlah ramai yang bertanya BAGAIMANA NAK KURUS CEPAT, NAK SAPU SAPU KURUS dan lain-lain lagi. Maka disini saya kongsikan salah satu dari langkah-langkahnya dengan menguasai KARVONEN METHOD. 


Karvonen method adalah kaedah menetapkan kadar nadi latihan supaya senaman menjadi berkualiti seterusnya mampu merangsang hormon pembakaran lemak. Maka, kadar nadi latihan ini hendaklah ditetapkan sebelum memulakan senaman. Jadi mari kita mengira sasaran latihan masing-masing (Training Heart Rate) dengan formula Karvonen dibawah ini:

Zon Aerobik adalah diantara 60-80% daripada
Kadar Nadi Maksima (MHR)

Katakan umur saya 20 tahun. Umur anda?? 
Kemudian, lakukan pengiraan ini bagi mendapatkan Kadar Nadi Maksima (MHR) dan Kadar Nadi Latihan (THR) 60% dan 80% :

Contoh :

220 - 20 tahun = 200 bpm (MHR)

Selepas itu darabkan
0.60 x 200 bpm   = 120 bpm (THR bagi 60%)

Selepas itu, darabkan 

0.80 x 200 bpm = 160 bpm ( THR bagi 80%)


Maka bagi yang berusia 20 tahun, Kadar Nadi Latihan minima adalah 120 bpm (Denyut nadi seminit). Sementara 160 bpm adalah Kadar Nadi Latihan maksima. Kedua-dua ini membentuk zon aerobik yang amat penting untuk pembakaran lemak. Ertinya semasa anda bersenam, pastikan denyutan nadi berada diantara 120 bpm hingga 160 bpm untuk mendapat kesan optima. 

Jika kurang THR ertinya anda sedang berlenggang mak limah sambil update info di media sosial. Jika terlebih ertinya anda terlalu laju (aktif) ia tidak baik dan tidak sesuai dalam jangkamasa panjang. Maka perlahankan pergerakan anda. 


NAK TAHU  CARA 

PEMBAKAR LEMAK PANTAS?


KLIK FOTO SEKARANG!

ZATIL, PESERTA FOLLOW THE BEAT


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...