Ahad, 16 November 2014

KURUS BERSAMA G2K - HARI KE-9

Hari ke-9 (Isnin, 17.11.2014) 
======================

Sifat malas bukan hanya terkena kepada anda yang 'untrained'. Ia juga adalah musuh kepada 'trained' person. Kerana terlalu sibuk dengan kertas kerja dan latihan, sudah seminggu saya tidak bersenam. Jadi apa perlu kita buat untuk mula bersenam semula

Suka atau tidak KENA RENDAHKAN INTENSITI LATIHAN (KELAJUAN ATAU JARAK BAGI LATIHAN KARDIO). Sementara latihan bebanan harus fokus kepada otot besar dengan REPS sederhana (12 hingga 20) dengan bebanan terkawal. 

Mengapa kena rendahkan INTENSITI, LOAD DAN REPS? 

Kerana prinsip keselamatan menggariskan tahap kecergasan akan menurun hari demi hari jika jarak tidak bersenam melebihi 3 hari dari hari terakhir. 

Berikut adalah latihan hari ini:

1. LSD dengan jarak 5 kilometer
2. LSD menaiki tangga dari tingkat 1-15
3. Latihan bebanan - tiada


Sila Like page gemuk2kurus untuk mengikuti panduan senaman kurus.

Berat semasa. Dah turun tapi % lemak naik sebab tak jaga makan. Bestnya Makan!. Padan muka!

Data semasa. Berat turun (biasanya air) lemak pula naik kesan tak senaman seminggu. 


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...