Jumaat, 9 Januari 2015

Extensor Tenosynovitis

Bebarapa hari yang lalu Urut - Urut didatangi oleh seorang lelaki yang mengadu rasa sakit dipergelangan tangan kanannya. Menurut lelaki awal 30an itu, kesakitannya itu berpunca selepas tidur berbantalkan lengannya.

"Saya tak fikir sebab itu (berbantalkan lengan)"



kata-kata penafian itu menimbulkan wajah sedikit bengang. Berkali-kali lehernya digelengkan seperti tidak mahu mendengar persoalan dan ingin segera sembuh.

Foto 1
"Awak kerja apa ya?"

soal saya sambil membuat pergerakan 'hyperflexion' dan hyperextension (foto 1)

"awww.. Pemandu bas baaaang.."

Tiba-tiba suara garau bertukar nyaring dihujungnya. Tubuhnya yang tadi tegap kini mengecut seperti udang yang digoreng.

"Allah...belum buat apa-apa lagi dah meraung..relakslah bro.."

Lelaki yang menetap di Puchong itu tersengeh menampakkan gigi hadapannya.
Kemudian saya menepuk - nepuk perlahan pergelangan tangannya yang sedikit mengelembung.
Foto 3

"Bas kamu tak ada Power Steering- kan ?"

"Aik.. "

wajahnya kehairanan.

"Macam mana abang tahu! abang driver bus juga kah?"

Saya tersenyum sambil mengimbau kembali pergelangan tangan ayah yang selalu sakit. Ayah juga seorang driver. 

Foto 4
"Macam ni jahanamlah business saya"

Saya tersenyum. Tak sangka dalam sakit-sakit teringin juga dia nak melawak. Ternyata sifat humor dalam dirinya agak menebal.

"Kesakitan ini berpunca dari kerja harian awak. Disebabkan tiada power steering maka pergerakan memusing dan mengawal steering menyebabkan tendon dan synovium dipergelangan tangan kanan awak membengkak (irritation) (foto 3). Ia melibatkan bahagian ke 4 dari enam bahagian dipergelangan tangan yang melibatkan otot Extensor Digitorum dan Extensor Indicis (foto 4). Sebab itu awak tak boleh menggenggam"


"Patutlah...nasib baik saya boleh menyuap nasi lagi"

Kami tergelak sambil diselang-seli dengan suara garau bertukar nyaring. Selang sehari kemudian. dia membertahu saya sudah pulih sepenuhnya. Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kepercayaan pelanggan.

Nak Urut? klik Urut - Urut

Nak info lagi? klik : fb page Urut - Urut










Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...