Sabtu, 9 Mei 2015

TIPS MAKAN & KURUS

Semua orang suka makan..andapun sukakan? suka durian..suka nasi lemak..suka bihun sup, sup gear box dan lain2 yang tak terfikir dek akal.....Eh siapa tak suka makan..tapi ada berita lagi baik...dan anda mesti lagi suka. apabila makan-makan tak gemuk-gemuk..itu berita baik bukan!!!...nak tahu caranya? 


Cara saya mundah jer...tak perlu kira kalori beria-ia..bagai-bagai buat fening je kan...sebab saya amat percaya apabila nafsu makan datang...muka kita bagaikan kepala air yang menggila menghentam empangan...habis diamuknya macam tsunami!!..  

Hakikatnya nafsu tidak boleh ditahan...tetapi boleh dicegah!!! Maksud nafsu ditahan ialah makan sikit jer..dan kawal makan...berapa ramai orang yang 'awesome' sanggup..yang boleh sila angkat tangan macam usop 'wilca'? Hakikatnya hampir tak de..sebab manusia sifatnya sudah diberi betis tentu nakkan paha!!!.Nafsu hanya boleh dicegah...sebab ia terbukti dengan kisah penciptaan nafsu yang sangat degil terhadap Allah...contoh paling tepat...nafsu makan kita 100% terkawal bila kita puasa... bila kita menahan diri dari makan dan minum...(maksud / erti puasa). tapi bila azan jer...tengok...macam pertandingan tiup gula dalam tepung gaya kita makan...kan nafsu tidak boleh dikawal tetapi dicegah!!!

so... tip pertama cegah dengan berpuasa..sebab puasa beri kita makan 2 kali sehari diwaktu sahur dan diwaktu berbuka. kalaulah ia diamalkan dengan betul anda sebenarnya telah mendefisitkan kalori intake sebanyak 500-1000 kcal sehari..Bagaimana? Secara rawak keperluan kalori sehari manusia diantara 1500 - 2000kcal yang melibatkan 3-6 kali makan... jadi jika puasa menetapkan 2 kali makan...dapat tak kita kurangkan kalori??? Jawap sendiri u ollss..

Orang kata untuk efisyenkan pembakaran lemak tak boleh kurang sangat kalori tu..katanya akan mengurangkan Basal Metabolik Rate (Kadar kalori minima untuk hidup..agar sistem badan berfungsi baik)..Di sini saya nak tegaskan berpuasa tidak mengurangkan BMR (tidak melemahkan sistem badan) kerana (1) adanya sahur dan berbuka...ke (2) sahur dan berbuka biasanya melibatkan 800-1200kcal yang secara rawaknya menyamai kadar kalori minima yang kita perlukan...

Ia dibuktikan lagi dengan hasil kajian Dr. Fatimah Ibrahim dalam bukunya berjudul Sains Solat yang menyebut..."
  • Puasa tidak menyebabkan nyahhidrasi pada sel tubuh badan..malah menunjukkan       kandungan air semakin bertambah.
  • Berpuasa menurunkan tahap glukos dalam darah..Maka ia baik untuk merangsang pembakaran lemak.
  • BMR meningkat..maka ia tidak melambatkan proses metabolisma tubuh.  
dan banyak lagi...
Rujukan : Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains


Rujukan : Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains  

So..tip kedua pula...ialah Puasa secara berjadual..kerana kita tahu ramai orang tidak larat nak bersenam dan berpuasa...tapi tahu tak PERANG BADAR TU BERLANGSUNG PADA BULAN RAMADHAN...orang Islam menangkan!!!..so sebenarnya boleh jer..kita bersenam dan berpuasa...tapi bagi yang tak biasa saya cadangkan disusun begini...katakan nak bersenam pada hari Selasa..maka puasalah pada hari Isnin..selain dapat pahala PUASA SUNAT kita dapat tingkatkan metabolisma kita. Lepas tu bersenamlah pada keesokkan pagi atau petang dengan 20 hingga 30 minit dengan 60-75% x MHR.. namun paling BAIK!!! 
bersenam pada sebelah petang sebelum berbuka...(Nak tahu CARA BERSENAM KURUS...belilah... belilah...belilah.. buku dibawah ni..)

========================================================================
Sila klik...

Nak  Info buku 30kg Dalam 80Hari

Buku 30kg Dalam 80Hari..
Tip, Teknik, Kaedah dan Strategi PERANGI OBESITI
=======================================================================

Tip ke tiga...guna sistem pinggan iaitu  suku je karbo...suku jer protien...suku atau separuh sayuran...buah suku jer...(maksudnya kalau sayur dah separuh buah boleh skip). yang paling penting cara masak..utamakan kukus..kalau tak ada...pilih yang bakar...kalau tak ada lagi pilih yang rebus...Elak makan segera 100% sebab banyak penggunaan pewarna, perasa yang melemahkan metabolisma...





Ingat cara ini akan berjaya jika anda puasa secara regular hari isnin dan khamis dan anda tak perlu kuat sangat bersenam!!!. 

Cubalah insyaAllah berjaya!!!

Nota : Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...