Ahad, 18 September 2016

Mari Belajar Kurus : Fleksibelkan Senaman Anda

Fleksibel didalam senaman atau latihan memberi banyak interpretasi kepada mereka yang ingin kurus. Menurut kamus dewan, fleksibel bererti sifat boleh berubah-ubah atau disesuaikan mengikut keadaan. Justeru apakah senaman kurus harus berubah-ubah? Apa yang perlu diubah dan bagaimana hendak mengubah?


Seorang obes selalu dilihat berjoging pada jarak yang jauh dalam masa yang panjang. Mungkin ada yang memahami bahawa semakin lama melakukan senaman tanpa henti maka semakin berkesanlah senamannya. Sebenarnya jawapan tersebut tidak tepat. Ia mungkin sesuai kepada seseorang individu obes tetapi hakikatnya tidak kepada berjuta individu obes yang dilaporkan mempunyai komplikasi penyakit NCD dan masalah sendi.

Senaman sebenarnya hendaklah direkabentuk berdasarkan kepada status semasa seseorang yang melibatkan aspek kesihatan dan kecergasan. Kemudian, barulah nilai fleksibiliti dimasukkan agar senaman tidak terkurang atau terlebih. Fleksibiliti dalam senaman ditetapkan dengan menggunakan angkubah F.I.T.T.  

Didalam buku 30kg Dalam 80Hari, F.I.T.T telah diterangkan secara panjang lebar dimana setiap angkubah ini boleh digunakan secara ‘single’ atau serentak. Sebagai contoh, diagram dibawah ini telah menggunakan angkubah T (jenis) untuk mengfleksibelkan senaman setelah dikesan mengalami sakit lutut. Senaman tetap dilakukan cuma mod atau jenis latihan sahaja berbeza. 


Berdasarkan diagram juga, ramai golongan obes memilih berjalan sebagai solusi utama sedangan berenang (melibatkan seluruh tubuh dan kurang hentakan) dan berbasikal (mengurangkan geseran sendi lutut) jauh lebih bermanfaat dan berkesan. Maka tepuk dada tanya selera...anda yang hendak kurus maka masukkan elemen fleksibel dengan cara yang betul. 

Sekian. Sila share dan like page gemuk2kurus




 


   






1 ulasan:

idundain berkata...

Men's and women's wedding bands titanium rings
Women's wedding bands titanium rings. Women's wedding bands. Moshna Men's titanium earrings sensitive ears wedding band, man titanium bracelet a wedding band, a wedding mens titanium wedding bands band, a wedding band, wedding titanium scooter bars band, wedding titanium paint color band

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...