Khamis, 4 Mei 2017

FOLLOW THE BEAT Just Follow n Slim





video


LOGO RASMI 

Nak kurus? Jangan ikut orang, tetapi ikut rentak sendiri kerana METABOLIK (sistem tubuh) kita berbeza. Maka saya tak beri IKAN, tetapi PANCING untuk anda kurus cara anda!. bagaimana?



2 OGOS 2017, akan berlangsungnya sebuah program penurunan berat badan intensif selama sebulan yang diberi nama FOLLOW THE BEAT (FTB) 

FTB  mengandungi 12 sesi aerobik melibatkan 4 presenter  dari pelbagai kareografi seperti HiLo, Boxercise, Zafina, MuayThai dan Aero Dance. Ia diperkuatkan lagi dengan  12 modul kurus 30kg 80hari yang telah berjaya dibuktikan disektor kerajaan dan koprat. 

Kurus ikut suka 
Kurus bila-bila 


video




Sepnajang 12 sesi latihan peserta akan melalui 4 proses penurunan berat badan iaitu 

1-3 sesi - Mengaktifkan kadar metabolisma 
4-6 sesi - Meningkatkan keupayaan otot 
7-9 sesi - Membakar lemak - general 
10-12 sesi - Membakar lemak spesifik 


Bagi memudahkan golongan wanita dan suri rumah, FTB akan bermula pada jam 8.00 - 10.00 malam setiap Isnin, Rabu dan Khamis bertempat di Kuarters Kejiranan Fasa 7, Presint 9 Putrajaya. Early Bird akan menikmati 15% diskaun pendaftaran*, 25% diskaun buku 30kg 80hari dan percuma T Shirt program eksklusif.


Klik sini untuk daftar : Follow The BEAT
Pertanyaan : 019-2401729

  



Ahad, 5 Februari 2017

Senaman KURUS Simple, Cepat dan Berkesan

Ramai yang nak kurus, tetapi blurr...tak tahu nak mula dimana? apa harus dilakukan?Diruangan ini saya mengajar tatacaranya. InsyaAllah jika tak sibuk saya akan lengkapkan 10 modul mudah untuk diikuti....

Hari 1 latihan, kita tidak boleh buat semuanya kerana senaman kena bersifat ansur maju. So aktiviti dibawah ini telah disusun secara profesional dan selamat berdasarkan buku tulisan saya berjudul 30kg Dalam 80Hari . 



Ok mula-mula...lakukan warming-up dengan slow jog. Setelah tubuh selesa tingkatkan kelajuan joging sehingga 15 minit tanpa henti. Rehat dengan melakukan regangan pada betis dan paha (gestrocnimeus, solues, posterior tibialis, quadriceps, hamstring dan adductor groups). 

Teknik joging tanpa henti atau aerobic continuous adalah senjata utama kurus. Ia sama seperti anda melakukan aerobic class. namun tatacara yang lebih detail harus dirujuk didalam buku  30kg Dalam 80Hari . 

Setelah degupan jantung stabil, sambung aktiviti Push-up (foto 1)  sebanyak 12-15 ulangan secara isotonic (bergerak). Jika tidak mampu lakukan secara isometric (statik) mengikut kemampuan sahaja. 

Foto 1 : Mula - Push up 
Foto 2 : Tamat - Push up 
Setelah itu. terus lakukan dip (foto 2) sebanyak 12-15 ulangan secara isotonic (bergerak). Sekali lagi jiga jika tidak mampu lakukan secara isometric (statik) mengikut kemampuan sahaja. 

Foto 3: Mula - Dip 
Foto 4 : Tamat - Dip 
Setelah selesai keduanya, rehat seketika sekitar 1 hingga 2 minit. Setelah itu ulang rutin yang sama sebanyak 2-3 kali lagi. 

Persoalan timbul. Dimana regangan, mengapa terus jogging?. Untuk cepat kita boleh menggunakan slow jog sebagai regangan. Semasa slow jog, otot telah diregangankan secara dynamic stretching...so 2 in 1. tak payah nak buang masa. 

Esok kita bersiaran lagi...insyaAllah. Jangan lupa share dan like fb Gemuk2Kurus







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...