Ahad, 28 Januari 2018

SAYANGI ANAK-ANAK, CEGAH HIPERTENSI


Intro

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2011 oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan 32.7 peratus orang dewasa berumur 18 tahun ke atas didapati mempunyai masalah hipertensi. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004 pula menunjukkan, penyakit berkaitan kardiovaskular menyumbang kepada 36 peratus daripada jumlah kadar kematian di Malaysia.



Kredit foto -
http://www.businessdayonline.com/hypertension-prevalence-nigeria-30-45-experts/



Apa itu Hipertensi?


Hipertensi adalah keadaan di mana saluran darah berterusan mengalami tekanan tinggi. Tekanan darah normal dalam kalangan orang dewasa ialah 120/80 mm Hg. Apabila tekanan darah sama atau melebihi 140/90 mm Hg, ia dianggap naik atau tinggi. Lebih tinggi tekanan darah lebih tinggi pula risiko kerosakan pada jantung dan saluran darah dalam organ utama seperti otak dan buah pinggang.Bertindaklah sekarang sebelum terlambat, hipertensi boleh di cegah dengan senaman. 


3 cara Follow The BEAT mengatasi Hipertensi

Pertama
Yang perlu anda tahu, Coach Sufian Sulaiman yang merupakan Founder Follow The BEAT pernah bertugas di Hospital UKM dibawah Program Kerjasama Pembangunan Perkhidmatan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Masyarakat Hospital UKM dan antara tugas beliau adalah melatih pesakit Warga Emas (60 tahun keatas) yang mempunyai pelbagai penyakit NCD seperti hipertensi dan diabetis, CAD, Parkinson dan lain-lain sehingga sihat. 





Kedua
Modul latihan Follow The BEAT terbukti selamat kerana kandungannya diambil dan diubahsuai dari Modul 10 kg 10 minggu yang telah diguna pakai oleh pihak Kementerian Kesihatan dibawah program KOSPEN dan Promosi Kesihatan Malaysia. Modul 10kg 10 minggu adalah 'air tangan' Coach Sufian Sulaiman. 



Ketiga
Follow The BEAT menggabungkan muzik melalui senamrobik dengan Modul Kurus Follow The BEAT yang sesuai kepada semua peserta termasuk yang berisiko menghidapi penyakit NCD. 





Jom saya bantu 
sertai Follow The BEAT sekarang 
Klik FOTO DIBAWAH 
v
v






Jumaat, 26 Januari 2018

5 LANGKAH UTAMA TURUN BERAT BADAN


Kurus tidak bererti sihat tetapi Obes sudah tentu BERPENYAKIT. Dahulu obes dikategori sebagai RISIKO PENYAKIT namun sekarang ia ‘dinaik taraf’ sebagai PENYAKIT. Maka langkah-langkah untuk memberhentikan obesiti harus dimulakan. BAGAIMANA?

Terdapat 5 langkah penting yang perlu anda tahu


Langkah 1

Dapatkan ilmu tentang senaman dan pemakanan. Aspek yang harus dipelajari adalah berkaitan KESELAMATAN bersenam dan pemakanan (diet). 

Foto : Senaman tanpa ilmu akan mengundang kecederaan. lokasi paling kerap tercedera adalah ankle kerana disitu adalah tumpuan bebanan tubuh ketika melompat, berjalan dan sebagainya.  Credit photo : http://www.physiopro.co.za/acute-injuries-rice-meat/

Contohnya dapatkan panduan dari coach dengan bertanya adakah aktiviti ini selamat untuk golongan yang ada darah tinggi dan apakah alternatifnya?. Contoh lain, dapatkan panduan dari coach dengan menyoal cukupkah kalori dari makanan saya ni? 


Amalkan diet yang seimbang, sederhana dan pelbagai dengan pendekatan Suku Suku Separuh Pinggan Sihat KKM
Credit photo - http://www.steviamalaysia.com/pinggan-sihat-malaysia/

Keselamatan adalah prinsip utama untuk KURUS. Jangan lakukan sebarang aktiviti senaman atau diet yang menyebabkan anda sakit, gastrik (diet) dll. 



Langkah 2

Buang halangan-halangan mental, emosi, fizikal dan spiritual. Ertinya buat persediaan agar halangan-halangan seperti tak ada masa, tak sempat kerana sibuk, stres ditempat kerja,  stres kehidupan, stres tak dapat makan dan sebagainya.   

Untuk membuang halangan ini kena refer Langkah 1 iaitu ILMU. Contohnya apabila anda dalam situasi kerja  yang terlalu sibuk sehingga menyebabkan waktu senaman 'diceroboh', anda tak sempat. Apa nak buat? Ilmu mengenai UBAH SUAI FITT harus digunakan. 


Jom saya bantu anda 
dalam program Follow The BEAT.  
Klik FOTO DIBAWAH 
v
v



Langkah 3

Susun jadual agar sesuai dengan jadual seharian supaya tidak menimbulkan halangan-halangan diatas tadi (Mental, Emosi, Fizikal dan Spiritual). Perkara paling penting dimasukkan didalam jadual adalah peruntukkan 3 kali senaman seminggu dan tetapkan menu apa harus dimakan dalam seminggu. 


Jadualkan latihan dan menu mengikut hari.
Credit photo - http://www.warehouse-clerk.net/6-7-day-schedule-template/


Langkah 4

Gunakan latihan yang simple, fun tetapi berkesan seperti menggunakan elemen muzik, jarak yang dekat dan berulang, pelbagai kaedah, pelbagai lokasi dan sebagainya.

Foto - Senaman menggunakan muzik seperti aerobik
dan dalam kumpulan besar akan memberikan motivasi kepada golongan obes. Percayalah!



Langkah 5

Timbang berat 1 minggu sekali untuk memotivasikan diri dan memantau apakah betul latihan yang dilakukan berhasil. Jangan bimbang dengan angka timbang!. Dan jangan tersalah faham jika berat tidak berubah atau meningkat. Lazimnya jika senaman dan diet betul, berat akan meningkat disebabkan kepadatan otot bertambah. So jangan panik sebab matlamatnya nak turunkan lemak! bukan BERAT. 


Jangan risau nak timbang tau. Timbang untuk memastikan perjalanan anda tepat.
Foto credit - http://bodyfatanalyzer.reviews/philips-connected-body-analysis-weight-scale-review.htm



JOM LIKE 
FB FOLLOW THE BEAT
UNTUK INFO KURUS BERKESAN
KLIK FOTO NI
vvvvvvvv
vvvvv
vvv
v








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...