Isnin, 29 Januari 2018

SAKIT BELAKANG

SAKIT BELAKANG, DIMANA?

Orang kita.... bila sakit di belakang digelarnya sakit belakang. Bila sakit dilutut dipanggil sakit lutut. Jadi, apa sebenarnya sakit belakang?. 

Kelaziman yang dikatakan sakit belakang ialah sakit diantara pinggul dan tulang belakang iaitu di otot Erector Spine. Ia terjadi apabila otot Erector spine tegang dan membengkak. Sebab musababnya banyak, namun yang paling utama disebabkan oleh kombinasi keletihan otot, lemah otot  dan kesalahan postur.



Otot Erector Spine  terdiri daripada 3 kumpulan otot iaitu
Spinalis, Longissimus dan Illocostalis. 
Kawasan yang bertanda bulat adalah lokasi kelaziman sakit belakang
yang betul betul mengenai otot Erector Spine.
Kredit Foto : https://www.custompilatesandyoga.com/health/erector-spinae-learn-your-muscles/



SIAPA YANG BERPOTENSI?


Jangan fikir anda yang bekerja pejabat dan duduk di kerusi empuk tidak terdedah!. Andalah yang paling berisiko kerana selain bebanan tinggi, bebanan rendah tetapi berpanjangan seperti duduk menaip 8 jam juga berisiko!. Ketika anda duduk membereskan kerja pejabat, ketika itulah otot Erector Spine bekerja untuk memastikan tulang belakang anda tegak!. Namun  apabila otot Erector Spine keletihan dan anda pula ingin terus bekerja dikala itu otot Erector Spine 'merajuk'  dan timbullah sakit belakang. 


Kredit foto : http://www.postierchiro.com/how-back-pain-affects-your-work


APA AKAN BERLAKU JIKA BERLARUTAN?

Lama kelamaan apabila tidak dirawat risiko penyakit lain akan terbuka luas dan antara yang paling kerap berlaku adalah Slippery Disc. Dari sakit dibahagian belakang sahaja kini kesakitan merebak keseluruh kaki disebabkan himpitan saraf di tulang belakang. 

Kredit foto : https://www.attend2health.co.uk/index.php/tag/slipped-disc/


BAGAIMANA NAK SELESAIKAN 
SAKIT BELAKANG?

Rehat dan bersenam. Rehat akan mengurangkan stres pada otot sementara senaman meningkatkan keupaayan otot. Namun realitinya anda kesuntukan masa. Tugasan harus diselesaikan segera. Justeru salah satu cara adalah dengan SPORT MASSAGE 




KETAHUI KEHEBATAN SPORT MASSAGE?
KLIK FOTO 
v
v





KLIK FOTO UNTUK TEMUJANJI
v
v







Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...