Ahad, 13 Januari 2019

SAKIT BELAKANG HINGGA KELENGKANG



----------------------------------------------------

WHATAPP UNTUK TEMUJANJI

KLIK FOTO 

www.wasap.my/60192401729


----------------------------------------------------



Kecederaan Lumbar amat bahaya. Saranan saya sebagai seorang sport massuer professional jika dapat dielak, elaklah! Kerana apabila kemalangan membabitkan Lumbar, masalah kesihatan dibahagian kaki pasti muncul.


Lumbar adalah salah satu segmen dari tulang belakang atau Spine yang berada diantara tulang Thoracic dan Sacrum atau mudahnya di bahagian pinggang. Disebabkan Lumbar  berada di tengah-tengah tubuh ia sekaligus berada di pusat bebanan (center of body gravity). Maka, setiap kali jatuh terduduk, menaikkan badan dari posisi menunduk (ruku’), membongkok untuk mengambil sesuatu dilantai dan sebagainya Lumbar adalah tulang yang menerima tekanan paling tinggi. 


Lumbar mempunyai 5 tulang yang dikenali Lumbar 1 hingga Lumbar 5. Di tulang Lumbar terdapat intervetebral foramen yang merupakan laluan akar saraf (Nerve root). Akar saraf ini kemudiannya terpecah ke beberapa cabang untuk menjalankan fungsinya menghantar signal (innervate) di lower extremity (Bahagian pinggul ke bawah). 

Foto 1: Intertvetebral Foramen adalah laluan akar saraf.  
Jika laluan saraf ini terhimpit, pelbagai masalah dibahagian 
pinggul sehingga ibu jari kaki akan muncul. 

Sumber foto : 


Foto 2: Otot Adductors. 


Dalam kes pesakit saya, dia mengadu otot di bahagian adductors group-nya tegang menyebabkan beliau sukar bersila. Dari penilaian fizikal yang dijalankan, didapati akar saraf Lumbar 2, Lumbar 3 dan Lumbar 4 sehinggalah saraf obturator yang mengawal otot di kelengkangnya tidak berfungsi dengan baik.  Keadaan ini disumbangkan oleh kemalangan motosikal dan kegagalan mengamalkan senaman sejak sekian lama menyebabkan disekitar laluan saraf tersebut ‘ketat’ menyebabkan otot-otot adductor brevis, adductor mangus, adductor longus dan pectineus mengalami pengecutan otot. Sementara otot-otot diberhampiran seperti gracilis dan obturator mengalami rasa kebas dan sakit.

www.wasap.my/60192401729




Setelah mengetahui punca, proses mengurut dilakukan bermula dari belakang sehinggalah hujung kaki. Dengan teknik kneading menggunakan jejari dan drainage, otot-otot luar dan dalam  di sekeliling Lumbar seperti Quadratus Lumborus, Erector Spine (longissimus), Tranversospinalis dan Multifidus semuanya diurut dengan teliti.Dari belakang, pergerakan urut berganjak ke bahagian pinggul pula. Dipinggul, teknik kneading dengan tapak tangan digunakan pada tengah otot bagi tujuan membantu peredaran darah dan rangsangan saraf. Diikuti teknik circle dengan tekanan siku ringan digunakan di tendon. Antara otot yang diberi tumpuan adalah Piriformis kerana ia lazim dikaitkan dengan himpitan saraf Sciatica. Piriformis adalah otot yang melekat di tulang sacrum (origin) dan di bahagian luar Greater Trochanter of Femur atau tulang paha (insertion). Ia melalui Greater Sciatic Notch. Tidak ketinggalan juga, saya memberi tumpuan urutan kepada otot Internus Obturator yang turut menjadi laluan saraf Sciatic.




Foto 3: Otot Piriformis dan obturator Internus obturator Internus 
yang lazim terlibat menghimpit saraf sciatic.   

Sumber foto : 


Sementara dibahagian bersebelahan anus, otot Externus Obturator diberi tumpuan khusus bagi membuka laluan saraf Obturator. Otot ini mesti diurut dengan spesifik kerana ia adalah laluan utama saraf obturator ke otot adductors iaitu otot yang menjadi punca kesakitan.  Dikawasan kesakitan ini, teknik deep pressure secara terkawal digunakan pada tendon dan tengah otot adductors group terutama adductor brevis kerana di hadapan dan belakang otot ini adalah laluan saraf Anterior Division of Obturtor dan Posterior Division of Obturtor
Foto 4 : Otot dan laluan saraf Obturator yang terpecah kepada dua di otot Adductor Brevis 
Sumber foto. https://www.sciencedirect.com/topics/neuroscience/obturator-nerve


Selepas  2 jam berurut, alhamdulillah julat pergerakan sendinya semakin luas dan pesakit dinasihatkan melakukan beberapa senaman pemulihan. 
 

----------------------------------------------------

WHATAPP UNTUK TEMUJANJI


KLIK FOTO 

www.wasap.my/60192401729

----------------------------------------------------














Isnin, 7 Januari 2019

MODUL 10 KG 10 MINGGU BERJAYA



Sebelum modul ini diguna pakai secara menyeluruh diseluruh Malaysia kemampuannya telah diuji di 4 lokasi berbeza iaitu di Pusat Promosi Kesihatan Masjid Tanah Melaka, Pusat Promosi Kesihatan Seberang Jaya Pulau Pinang, Pusat Promosi Kesihatan Kerteh, Terengganu dan Pusat Promosi Kesihatan Bangi, Selangor. Fasa ujian ini bermula pada 29 Ogos 2015 dan berakhir pada 24 November 2015. 

========================================
========================================

Bagi melicinkan pelaksanaanya, jawatankuasa pelaksana telah dibentuk yang antara fungsi terpentingnya adalah menguruskan publisiti, pendaftaran penyertaan dan pengurusan sesi taklimat.

=========================================
Jawatankuasa Program 10 kg 10 minggu di Kerteh dan Masjid Tanah 

Taklimat Pra 10kg 10 Minggu kepada peserta 
========================================

Program 10 kg 10 minggu ini melibatkan 3 fasa iaitu Fasa Adaptasi, Fasa Transisi dan Fasa Pengkhususan. Ia dimulakan dengan Sesi Taklimat oleh Ketua Jurulatih. 


Taklimat ini amat penting kerana ia bukan sahaja menerangkan struktur program tetapi mencakupi perkongsian TIPS dan STRATEGI KURUS bagi memberi suntikan motivasi, mind setting dan goal setting.  

Bagi melihat keberkesanan program, sebanyak 4 ujian diwujudkan 
iaitu pada sebelum taklimat,minggu ke 3, 7 dan ke 11

3 perserta terbaik di Seberang Perai P.Pinang dan statistic kejayaan



Setelah ianya berjaya, latihan intensif dan terperinci diberikan kepada pegawai dan kakitangan KKM berhubung tatacara mengaplikasi modul 10kg 10 minggu ini. 



Kini melalui pegawai dan kakitangan Promosi Kesihatan di Seluruh Malaysia, Program 10kg 10 minggu terus  berkembang dari semasa ke semasa dan mendapat inpak penyertaan maksima.

===================================



=====================================


=======================================




Rabu, 2 Januari 2019

TANGANI MATI PUCUK DENGAN URUT-URUT

Memandangkan ramai yang bertanya, maka disini saya kongsikan apa itu Mati Pucuk dan bagaimana kaedah merawatnya. Saya percaya setiap penyakit termasuk Mati Pucuk atau Erectile Dysfunction (ED) ada ubatnya. Maka mari saya bantu. 

Mati Pucuk atau ED adalah keadaan otot kemaluan lelaki tidak mencapai tahap tegang yang cukup pada waktu yang lama. Terdapat beberapa penyebab berlakunya ED dan penyumbang paling besar adalah disebabkan masalah saluran darah. Berdasarkan statistik, didapati seramai 1.7 juta lelaki di Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk atau ED. Wow! ramainya

Maka tak heranlah mengapa ramai yang menalifon saya. 
Tuan buat urut batin ka? 

Sumber foto : http://www.drsinghals.com/urology-procedure-2/erectile-dysfunction/


Dari perspektif lain, keadaan Mati Pucuk sebenarnya secara langsung memberitahu kita bahawa tubuh sedang menghadapi risiko penyakit hipertensi, jantung dan diabetis. Sebab itu golongan berusia (40 tahun keatas) sering dikaitan masalah Mati Pucuk apabila wujudnya 3 penyakit serangkai ini. Sementara golongan muda pula (bawah 40 tahun) dikaitkan dengan gangguan emosi melalui stress dan saraf (kemalangan @ amalan postur yang salah dan berlarutan). Ringkasnya, Mati Pucuk atau ED adalah disebabkan gangguan kepada 3 elemen iaitu (1) saluran darah (2) gangguan saraf dan (3) gangguan emosi yang menyebabkan gangguan kepada hormon.

Maka timbul persoalan, bolehkah mengurut batin (zakar) bagi mengatasi Mati Pucuk?.


------------------------------------------------------------

Dapatkan perkhidmatan urutan PERCUMA 
semasa menginap di AnaSufi Homestay.
T&C Applied
------------------------------------------------------------


Jawapanya, bergantung kepada latar belakang masalah Mati Pucuk itu sendiri. Jika ia disebabkan gangguan saluran darah akibat kolesterol dan masalah saraf disebabkan kencing manis dan kecederaan fizikal, URUTAN SEMATA-MATA TIDAK MEMBANTU tetapi jika di GEMBLENGKAN dengan SENAMAN SPESIFIK insyaAllah berjaya!.


-----------------------------------------------------------
FTB X adalah program terbaru saya. 
Ia adalah gabungan beberapa rutin senaman 
dan urutan batin spesifik. 

www.wasap.my/60192401729
Berminat?. Klik foto ni sekarang. Tempat terhad! 

---------------------------------------------------------------------------------

Jika Mati Pucuk disebabkan gangguan emosi (stress) ia lebih mudah ditangani dan urut mempunyai pengaruh yang besar kerana pressure urutan boleh melancarkan aliran darah.  membantu mengurangkan tekanan dengan melancarkan peredaraan darah.

Kaedah saya mengurut batin adalah dengan mencari laluan saluran darah dan saraf ke zakar atau lebih tepat otot corpora carvenosa. Dengan kata lain tidak menyentuh zakar apatah lagi mendedahkan aurat besar pesakit.

Corpora Carvenosa adalah otot yang berperanan 
menegangkan zakar. 
Sumber foto: https://www.the-bent-penis-website.com/
corpus-spongiosum.html


Urutan ditujukan kepada 4 bahagian tubuh iaitu (1) Di kepala, leher dan sedikit bahagian bahu bertujuan mengurangkan kadar stres dan melancarkan aliran darah ke otak.


Tahukah anda pituitary di otak mengawal penghasilan sperma?
Dengan urutan yang menenangkan (mengurangkan stres)
peluang untuk menimang cahaya mata semakin tinggi. 
Sumber foto : https://study.com/academy/lesson/what-is-fsh.html

(2) Di sepanjang otot tulang belakang bagi mengatasi ketegangan otot dan saraf tunjang. (3) Di Internal Iliac Artery kerana saluran darah ini bertanggungjawab menyalurkan darah ke 6 lokasi dan salah satunya ke zakar. (4) Tapak kaki dan laluan saraf sciatica.

Tekanan yang betul insyaAllah akan melancarkan aliran darah seterusnya mengembalikan berprestasi sebenar anda. Yang lebih penting tanggungjawab kita sebagai suami selesai dengan jayanya.




Selasa, 1 Januari 2019

19 TIP KURUS PALING 'KILLER'



Terlalu banyak tips-tips kurus dihidangkan kepada anda sehinggakan faktanya meragukan. Namun tips yang saya hidangkan ini adalah berdasarkan pengalaman mengendali dan melatih peserta didalam program Follow the Beat 'Just Follow n Slim'Tips-tips ini merupakan jawapan bagi persoalan mereka.  


1. Tidurlah Dengan Kualiti


Tidur amat penting untuk kurus. Ketika tidur semua sistem tubuh 'direhatkan' dan organ terpenting kurus yang harus direhatkan adalah hati (liver). Maka tidurlah awal. Sebaik-baik tidur adalah selepas waktu isya'.




Sumber foto : https://www.webmd.com/cancer/ss/
slideshow-liver-cancer-guide

2.  Henti Gula Ringkas


'Gula' tiada faedah melainkan memberi rasa manis dan menambah kalori intake. Ramai orang keliru dengan gula sehinggakan roti menjadi keutamaan berbanding nasi. Apabila gula ringkas diambil hormon insulin akan dikeluarkan dengan banyak, dikala itu proses pembakaran lemak menjadi perlahan.



INGIN KURUS?JIMAT 50% 

KLIK FOTO SEKARANG






3. Banyakkan Sayur Hijau


Sayur hijau baik untuk darah kerana kaya dengan vitamin B, zink dan iron. Maka pengambilan yang betul, boleh merancakkan proses penguraian tenaga (pembakaran). Vitamin B banyak terlibat ketika tubuh menggunakan system tenaga aerobic (didalam Citric Cycle).



Sumber foto : https://www.simplyrecipes.com/recipes/spinach/



4. Detoks Pra latihan


Detoks adalah proses nyah toksid atau bahan yang tidak diperlukan tubuh bagi melancarkan sistem tubuh. Perkara 1-3 diatas adalah sebahagian aktiviti detoks. Detoks paling berkesan adalah BERPUASA.


Mekanisma 'stres' yang wujud ketika berlapar sepanjang berpuasa akan merangsang fungsi sistem tubuh. Detoks bukan bererti mengambil makanan yang asidik seperti lemon, limau, cuka dan lain-lain. Detoks bertujuan memastikan darah berada pada PH yang sedikit alkali.



5. Bina Jadual Makanan


Bina jadual makan bertujuan memudahkan perancangan dan mengurus pemakanan. Dari jadual ini, bolehlah anda membeli keperluan memasak dan bersedia didalam bekas-bekas yang ditanda mengikut hari. Waktu makan yang perlu diawasi adalah pagi dan malam. Jadikan breakfast with low carb and high booster. 




6. Bina Jadual Senaman

Tetapkan FITT anda iaitu berapa kekerapan seminggu? Berapa intensitinya? Apakah jenis atau kaedah senaman? dan yang terakhir durasi yang diperlukan. Kesemua ini penting bagi merangsang aktiviti fisiologi tubuh.




7. Mulakan Senaman dan kawal pemakanan

Senaman bertujuan membakar kalori, pemakanan pula bagi mengurangkan kalori masuk. Apabila kedua-dua elemen ini dikawal, matlamat kurus akan berjaya dicapai. Kata orang 80 % disumbangkan oleh pemakanan dan 20% disumbang oleh senaman. Bagi saya. 50-50. Keduanya perlu seimbang.




NAK DIET, VIDEO 

DAN MODUL  KURUS?

KLIK FOTO SEKARANG



8. Pendekkan Kardio

Elak senaman kardio melebih 15 minit diperingkat awal (minggu 1) kerana keupayaan otot kaki masih lemah. Juga, mengurangkan rasa terbeban kerana aktiviti berjoging dan seangkatan dengannya amat menjengkelkan bagi golongan obes.


9. Banyakkan REPS

REPS bererti ulangan bagi pergerakan senaman bebanan. Pada minggu 1 REPS perlu tinggi, minggu ke 2 dan ke 3 sederhana dan minggu ke 4 atau terakhir REPSnya perlu sedikit.



10. Elak Buah Ganti Sayur

Sungguhpun buah mengandungi vitamin yang diperlukan, kebanyakkan buah turut mengandungi tinggi gula ringkas (fructose). Maka jika ingin vitamin, sayuran adalah galang ganti terbaik!.


Avocado mempunyai lemak baik yang tinggi. 
Ia bagus diambil pada waktu pagi 
Sumber foto : https://www.medartsweightloss.com/blog/
2017/8/8/10-foods-high-in-vitamin-b


11. Utamakan Kukus dari Rebus .

Semakin tinggi dan lama makanan dikenakan api (haba masakan) semakin tinggilah zatnya hilang!. Paling baik basuh-basuh makan (bagi sayuran dan buah sahaja).



sumber foto : https://www.simplyrecipes.com/recipes/steamed_broccoli/



12.  Kualiti Bukan Kuantiti

Konsep saya ini bertentangan dengan mainstream. Kebanyakkan kita makan ikut kalori. Bagi saya kalori tidak penting tetapi zat lebih penting. Alasannya, konsep asas kurus adalah mengurangkan kalori input ertinya kurangkan makan. Apabila kalori input berkurangan, tubuh pastinya akan menggunakan kalori simpanan (kalori dari lemak yang tak digunakan).


Kurangkan makan adalah caranya namun jangan sampai gastrik dan stress. 
Teknik ini perlu diaplikasi secara beransur-ansur. 


13.  Lama Bukan Laju  (Kardio).


Senaman adalah rehabilistasi fizikal.  Ia bertujuan 'membetulkan' sistem tubuh yang telah sebati dengan cara salah. Memanjangkan waktu senaman bereri memanjangkan waktu pemulihan sistem tubuh.  Point ini tidak bertentangan dengan point 8 kerana jangkamasa senaman perlulah dinaikkan dari semasa kesemasa. Pada mingu-mingu awal setlah 15 min...tetapi seterusnya perlulah dipanjangkan. 





14. Sederhana  Berat Bukan Terlalu Berat (bebanan)


Senaman bebanan adalah penting!. Ia tidak menyebabkan anda menjadi 'bulky' sebaliknya dengan bebanan sederhana mampu meningkatkan jumlah mitochondria. Perubahan fisiologi ini, akan menyebabkan proses pembakaran tenaga menjadi semakin cekap.


NAK TAHU RAHSIA 

KURUS NADIAH?

KLIK FOTO SEKARANG


https://sportfitnhealth.blogspot.com/p/blog-page_4.html


15. Raikan makanan


Nafsu juga harus dirai, tetapi dalam konteks yang betul kerana kita bukan malaikat. Lakukan dengan menetapkan satu hari dalam seminggu atau dua minggu 'cheating day' atau 'hari raya' (berdasarkan kemampuan anda). Perjalanan kurus perlu realistik, bukan fantasi!.



16. Kawal Marah dan Stres


Tekanan akan mengundang lambakan hormone cortisol. Keberadaan hormon dalam jangkamasa panjang didalam didalam darah akan mengundang cushing syndrome. 




STRES MENGGEMUKKAN???


KLIK FOTO SEKARANG


https://www.facebook.com/198926860316448/videos/813312932211168/


17.  Minum air  berpada-pada


Air banyak atau sikit memberi kesan kepada tubuh. Indicator paling senang untuk menilai tahap cukup air dalam badan adalah dengan menilai warna air kencing. Pekat kuningnya bererti kurang air!. Putih warnya bererti banyak minum. Warna teh nipis...tanda well done.


Air adalah elemen penting untuk kurus kerana terdapat molekul Hidrogen dan oksigen. 
Sumber foto : https://blog.docsapp.in/
the-right-amount-water-intake-and-urine-output/


18.  Tengok Tahi!


Perhatikan perubahan tahi anda dari aspek rasanya, baunya dan warnanya. Rasanya sepatutnya lembut bukan cair (cirit). Apabila ia keluar perlulah berbentuk silinder. Baunya tidak keterlaluan dan warnaya tidak hitam!. Warna yang baik adalah coklat kekuningan. Mengapa tahi? Sebab, ia menunjukkan tahap prestasi system pencernaan anda. Apabila ia ok, maka penyerapan khasiat lebih cekap.


19. Solat dan Zikir


Solat adalah terapi fizikal, mental, emosi dan spiritual. Dengan kata lain ia mampu mengimbang dan menyelaras aktiviti hormon. Saya selalu menyarankan agar didahulukan solat diikuti senaman, pengaruhnya yang cukup luar biasa.


Buku ini baik diberikan kepada ibu ayah. Ia banyak mengupas tentang faedah 
solat kepada sendi, otot dan tulang
Dapatkan buku ini melalui www.wasap.my/60192401729

Sujud contohnya dapat mengurangkan stress apabila tekanan gravity mendorong aliran darah tinggi oksigen tertumpu dibahagian frontal. Rukun contohnya boleh realignment tulang belakang dan meningkatkan keanjalan otot hamstring. Semua faedah ini hanya boleh dinikmati apabila solat itu khusyuk dan sempurna.



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...