Rabu, 27 Februari 2019

BETIS MACAM BAGUETTE!!!


-------------------------------------------

WHATAPP UNTUK TEMUJANJI

KLIK FOTO 



-------------------------------------------



Itu normal! apabila lenguh datang dan hilang pada keesokkan hari. Tetapi, lenguh yang datang beserta rasa sakit, tegang, ketat dalam durasi yang panjang atau ‘on-off’, itu bukan lagi normal. Itu digelar Compartment Syndrome!. 
Sumber foto : https://hubpages.com/health/Compartment-Syndrome
Compartment Syndrome adalah kondisi sakit yang disebabkan oleh tekanan tinggi didalam empat bahagian betis. Ia terbahagi kepada dua iaitu Acute Compartment Syndrom (ACS) dan Chronic Compartment Syndrome (CCS). Acute Compartment Syndrome di sebabkan oleh impak luaran (spt. ditendang) dan penggunaan otot lama dan berulang (spt. berlari, berdiri)  sehingga berlaku kecederaan tulang dan tisu lembut beserta pendarahan. Manakala Chronic Compartment Syndrome  pula gabungan salah satu atau kesemua Acute Compartment Syndrom beserta keadaan betis yang membengkak secara keseluruhan. 


-------------------------------------------

-------------------------------------------


Sumber foto : https://westcoastsci.com/general-blog/2018/6/4/soleus



Betis terdiri daripada  empat compartment iaitu Superfical posterior, Deep Posterior, Lateral dan Anterior. Namun, bahagian yang paling terdedah kepada compartment syndrom adalah Deep Posterior dan Superfical Posterior yang melibatkan otot Posterior Tibialis, Flexor Hallicus Longus, Flexor Digitorium Longus, Soleus dan Gestrocnimeus.



Sumber foto : http://www.empalife.com/tibialis-posterior


Berdasarkan pengalaman mengurut, lazimnya saya dapat rasai, ketulan seperti sebuku roti bugguette  berbentuk silinder panjang. Untuk nengurutnya terdapat beberapa step yang perlu diikuti jika tersalah langkah tanda lebam akan muncul dikulit. Otot yang terkena compartment syndrome ini, tidak boleh ditekan secara menusuk (tajam) yakni penggunaan ibu jari, siku dan buku lima perlu dielakkan sebaliknya tapak tangan perlu digunakan secara dominan.


https://sportfitnhealth.blogspot.com/p/blog-page_73.html



Daya tekanan pula perlu digunakan secara seimbang berkadaran dengan tahap ketegangan. Pada otot yang tegang tekanan perlulah lama pada satu satu lokasi. Dan stroke perlulah perlahan menghala ke arah jantung. Selepas urut, pesakit mesti melakukan rutin senaman pemulihan yang melibatkan pergerakan otot betis seperti Calf Raise, dorsiflexion  dan Plantar Flexion  dengan melibatkan Resistance Band. Jika dilakukan dengan betul, masalah compartment syndrome akan hilang secara beransur ansur dari 2 hingga 4 minggu. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...