Khamis, 18 April 2019

ATASI LESU DENGAN SPORT MASSAGE

Urutan bukanlah asing. Sejak 2700 SM, Teks Cina pertama iaitu Buku Klasik Perubatan Dalaman yang telah diterbitkan ke dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1949 sering digunakan sebagai buku teks untuk mengajar pelbagai jenis ubat alternatif, akupunktur, herbalogi dan sebagainya.  Salah satu fungsi urutan adalah mengatasi kelesuan. Apakah itu kelesuan? Dan Bagaimana urut mengatasi? 



Dari sudut sains fizikal, kelesuan terjadi apabila komponen kardiovaskular seperti organ jantung dan saluran darah tidak cergas akibat terlebih guna atau Overused. Dalam pekerjaan, overused hadir melalui 2 cara iaitu,  Hazad Ergonomik dan Hazad Psikologi. 

Hazad ergonomik adalah tugas berat menggunakan tangan, keadaan badan yang kekok, tugas yang memerlukan pergerakan berulang-ulang yang kerap dan berjangkamasa panjang. Perincian ini merujuk kepada sektor industri. 

Hazad psikologi pula adalah tekanan kerja, bebanan kerja berlebihan, tiada sokongan rakan kerja, tiada kepelbagaian kerja dan kerja pada waktu malam. 




Kesalahan postur tubuh (Hazard Ergonomik) 
ketika menggunakan komputer.  

Sumber foto : 
http://www.ukm.my/rosh/wp-content/uploads/2015/11/Slot-6-Ergonomik-Di-Tempat-Kerja.pdf

KLIK FOTO LIHAT KES-KES 

KECEDERAAN DAN RAWATAN



Selain overused, sejarah penyakit juga penyumbang kepada kelesuan kerana penyakit jantung (CAD), hipertensi, Hiperkolesterolimea (kolesterol tinggi), Diabetis dan sebagainya turut mengganggu fungsi sistem kardiovaskular.

Oleh kerana kelesuan melibatkan organ jantung dan salur darah maka ia sebenarnya berkait langsung dengan sistem pengangkutan tubuh iaitu darah. Darah adalah sel yang berfungsi mengangkut pelbagai ‘benda’ termasuk nutrien, oksigen karbon dioksida dan lain-lain lagi. Darah yang tinggi karbon dioksida menyebabkan PH darah menjadi rendah (asidik) lalu membahayakan dan melesukan tubuh.

Asas urutan adalah daya tekanan yang dikenakan ke tubuh. Dengan Sport Massage, teknik tekanannya yang di halakan ke arah jantung boleh mempercepatkan aliran darah balik ke jantung agar darah yang tinggi karbon dioksida segera diganti dengan darah tinggi oksigen. Kesannya, tubuh menjadi lebih segar dan kembali bertenaga. 


KLIK FOTO 

UNTUK TEMUJANJI

 www.wasap.my/60192401729











Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...