ULASAN BUKU 30KG DALAM 80HARI

(1) CARA MEMBACA & MEMPRAKTIS
===============================

Ketika saya menulis buku 30kg Dalam 80Hari ini, jauh disudut hati berdetik satu kebimbangan...
Adakah boleh pembeli praktikkan dan Apakah pembeli faham??? Sebagai penulis saya telah cuba memudahkan namun hingga ke satu peringkat saya terpaksa akur. Saya beri contoh... kalaulah kita nak gantikan nama khas bagi Kuala Lumpur dengan nama lain...bolehkah...? begitulah akurnya saya..Terpaksa kerana ia amat penting difahami. 

Ok...mari saya bantu..

buku ini secara umumnya terbahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian menerangkan prinsip, teknik dan kaedah (Rujuk foto1). 1 bahagian lagi menerangkan strategi dan cadangan latihan (Rujuk foto2). 
Foto 1 : Bahagian 1 menerangkan prinsip, teknik, kaedah.
Ia melibatkan tajuk Mulanya Disini, Kekuatan dan Kelemahan, Syarat Kejayaan,
Mahir Teknik dan Kaedah Kardio dan Bebanan.  


Foto 2: Bahagian 2 yang menerangkan Strategi dan Program Kurus.
Ia menerangkan cara-cara bersenam melalui strategi G2K 

Bagi mereka yang tak pernah bersenam..huh..memang sakit kepala bila baca...bukan tak reti membaca...anda mesti sangkut-sangkutkan sebab foto yang saya kaitkan dengan penceritaan tidak pernah anda tahu seumur hidup...lepas dua tiga kali selak...malaslah baca..nanti dulu la.. 

Untuk memudahkan anda.. terus selak ke bahagian 2...baca Strategi 1 dan buat ikut strategi itu dahulu..(berlatih di gim) apabila timbul masalah terus rujuk bahagian 1. 

Contohnya...

Setelah anda melakukan rutin Strategi 1 (rujuk foto 3)...tiba-tiba 


Foto 3 : Strategi 1
anda rasa macam tak kena jer caranya guna alatan Treadmill maka cepat-cepatlah rujuk mukasurat..69 (rujuk foto 4)..
Foto 4 : Teknik menggunakan Treadmill


selepas itu bila sakit tumit, sakit lutut, selak mukasurat 65 untuk fahami tatacara berjalan laju (Rujuk foto 5).
Foto 5 : Teknik berjalan laju 


begitulah seterusnya sehingga anda khatammm...(tahu semuanya). Pendek kata...semuanya telah saya 'cover'... cuma harus rajin menyelak buku ya...Yang Terbaik..baca strategi 1 diikuti bahagian 1 yang berkaitan sekaligus..kemudian barulah ke gim...tapi jangan lupa bawa buku tu sebagai rujukan

Lagi satu...

bagi membantu anda pembeli buku budiman lagi dihargai...

dari semasa ke semasa  saya akan menganjurkan SEMINAR GEMUK2KURUS PERCUMA!!! bagi membantu yang kurang faham agar TERLEBIH FAHAM...sebab senaman ni praktikal maka membaca semata-mata mungkin tak faham sempurna. Sertailah dengan mendaftarkan nama dahulu dan butiran lain ke borang dibawah ni...tarikh, waktu dan tempat nanti saya maklum kemudian...isi jer dulu ya...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Borang Pendaftaran Seminar Gemuk2Kurus Percuma

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Anda juga digalakkan berdiskusi dengan saya di fb gemuk2kurus..tanya jer apa nak tanya..cuma stanby buku sebab saya akan rujuk buku bila kita bersembang.. :)

Ok..Selamat membaca...

Alhamdulillah...antara buku terlaju di pasaran..
30kg Dalam 80hari


(2) Jawapan bagi Soalan Muka Surat 107..klik sini >>>Teknik Kurus G2K : 'Upper and Lower Body








Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...