Dunia hari ini semuanya dihujung
jari. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara segalanya menjadi mudah dan pantas dengan wujudnya
teknologi telefon pintar.
Tidak dinafikan teknologi
memudahkan urusan kehidupan, namun jangan sesekali menafikan teknologi juga
mampu merumitkan kehidupan. Hari ini kita dapat lihat bagaimana teknologi
berupaya menukar kepercayaan, ideologi, presepsi, pemikiran, dan tindakan
melalui penyaluran maklumat yang tidak tepat. Lantaran itu timbul perlbagai
aliran pemikiran, ekstrimis, dan sebagainya. Sedar atau tidak, ledakan
teknologi ini turut membawa tempias dan ‘meracuni’ corak senaman masyarakat
kita.