Memaparkan catatan dengan label Kurus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kurus. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Januari 2020

SEDERHANA DAN LAMA BUKAN LAJU DAN SINGKAT



Bukan intensiti tinggi atau laju yang diperlukan untuk kurus sebaliknya sederhana dan lama.  Betulkah? 


KURUS SECARA ONLINE SEKARANG
KLIK SEKARANG


Isnin, 7 Januari 2019

MODUL 10 KG 10 MINGGU BERJAYA



Sebelum modul ini diguna pakai secara menyeluruh diseluruh Malaysia kemampuannya telah diuji di 4 lokasi berbeza iaitu di Pusat Promosi Kesihatan Masjid Tanah Melaka, Pusat Promosi Kesihatan Seberang Jaya Pulau Pinang, Pusat Promosi Kesihatan Kerteh, Terengganu dan Pusat Promosi Kesihatan Bangi, Selangor. Fasa ujian ini bermula pada 29 Ogos 2015 dan berakhir pada 24 November 2015. 

========================================
========================================

Bagi melicinkan pelaksanaanya, jawatankuasa pelaksana telah dibentuk yang antara fungsi terpentingnya adalah menguruskan publisiti, pendaftaran penyertaan dan pengurusan sesi taklimat.

=========================================
Jawatankuasa Program 10 kg 10 minggu di Kerteh dan Masjid Tanah 

Taklimat Pra 10kg 10 Minggu kepada peserta 
========================================

Program 10 kg 10 minggu ini melibatkan 3 fasa iaitu Fasa Adaptasi, Fasa Transisi dan Fasa Pengkhususan. Ia dimulakan dengan Sesi Taklimat oleh Ketua Jurulatih. 


Taklimat ini amat penting kerana ia bukan sahaja menerangkan struktur program tetapi mencakupi perkongsian TIPS dan STRATEGI KURUS bagi memberi suntikan motivasi, mind setting dan goal setting.  

Bagi melihat keberkesanan program, sebanyak 4 ujian diwujudkan 
iaitu pada sebelum taklimat,minggu ke 3, 7 dan ke 11

3 perserta terbaik di Seberang Perai P.Pinang dan statistic kejayaan



Setelah ianya berjaya, latihan intensif dan terperinci diberikan kepada pegawai dan kakitangan KKM berhubung tatacara mengaplikasi modul 10kg 10 minggu ini. 



Kini melalui pegawai dan kakitangan Promosi Kesihatan di Seluruh Malaysia, Program 10kg 10 minggu terus  berkembang dari semasa ke semasa dan mendapat inpak penyertaan maksima.

===================================



=====================================


=======================================




Selasa, 1 Januari 2019

19 TIP KURUS PALING 'KILLER'



Terlalu banyak tips-tips kurus dihidangkan kepada anda sehinggakan faktanya meragukan. Namun tips yang saya hidangkan ini adalah berdasarkan pengalaman mengendali dan melatih peserta didalam program Follow the Beat 'Just Follow n Slim'Tips-tips ini merupakan jawapan bagi persoalan mereka.  


1. Tidurlah Dengan Kualiti


Tidur amat penting untuk kurus. Ketika tidur semua sistem tubuh 'direhatkan' dan organ terpenting kurus yang harus direhatkan adalah hati (liver). Maka tidurlah awal. Sebaik-baik tidur adalah selepas waktu isya'.




Sumber foto : https://www.webmd.com/cancer/ss/
slideshow-liver-cancer-guide

2.  Henti Gula Ringkas


'Gula' tiada faedah melainkan memberi rasa manis dan menambah kalori intake. Ramai orang keliru dengan gula sehinggakan roti menjadi keutamaan berbanding nasi. Apabila gula ringkas diambil hormon insulin akan dikeluarkan dengan banyak, dikala itu proses pembakaran lemak menjadi perlahan.



INGIN KURUS?JIMAT 50% 

KLIK FOTO SEKARANG






3. Banyakkan Sayur Hijau


Sayur hijau baik untuk darah kerana kaya dengan vitamin B, zink dan iron. Maka pengambilan yang betul, boleh merancakkan proses penguraian tenaga (pembakaran). Vitamin B banyak terlibat ketika tubuh menggunakan system tenaga aerobic (didalam Citric Cycle).



Sumber foto : https://www.simplyrecipes.com/recipes/spinach/



4. Detoks Pra latihan


Detoks adalah proses nyah toksid atau bahan yang tidak diperlukan tubuh bagi melancarkan sistem tubuh. Perkara 1-3 diatas adalah sebahagian aktiviti detoks. Detoks paling berkesan adalah BERPUASA.


Mekanisma 'stres' yang wujud ketika berlapar sepanjang berpuasa akan merangsang fungsi sistem tubuh. Detoks bukan bererti mengambil makanan yang asidik seperti lemon, limau, cuka dan lain-lain. Detoks bertujuan memastikan darah berada pada PH yang sedikit alkali.



5. Bina Jadual Makanan


Bina jadual makan bertujuan memudahkan perancangan dan mengurus pemakanan. Dari jadual ini, bolehlah anda membeli keperluan memasak dan bersedia didalam bekas-bekas yang ditanda mengikut hari. Waktu makan yang perlu diawasi adalah pagi dan malam. Jadikan breakfast with low carb and high booster. 




6. Bina Jadual Senaman

Tetapkan FITT anda iaitu berapa kekerapan seminggu? Berapa intensitinya? Apakah jenis atau kaedah senaman? dan yang terakhir durasi yang diperlukan. Kesemua ini penting bagi merangsang aktiviti fisiologi tubuh.




7. Mulakan Senaman dan kawal pemakanan

Senaman bertujuan membakar kalori, pemakanan pula bagi mengurangkan kalori masuk. Apabila kedua-dua elemen ini dikawal, matlamat kurus akan berjaya dicapai. Kata orang 80 % disumbangkan oleh pemakanan dan 20% disumbang oleh senaman. Bagi saya. 50-50. Keduanya perlu seimbang.




NAK DIET, VIDEO 

DAN MODUL  KURUS?

KLIK FOTO SEKARANG



8. Pendekkan Kardio

Elak senaman kardio melebih 15 minit diperingkat awal (minggu 1) kerana keupayaan otot kaki masih lemah. Juga, mengurangkan rasa terbeban kerana aktiviti berjoging dan seangkatan dengannya amat menjengkelkan bagi golongan obes.


9. Banyakkan REPS

REPS bererti ulangan bagi pergerakan senaman bebanan. Pada minggu 1 REPS perlu tinggi, minggu ke 2 dan ke 3 sederhana dan minggu ke 4 atau terakhir REPSnya perlu sedikit.



10. Elak Buah Ganti Sayur

Sungguhpun buah mengandungi vitamin yang diperlukan, kebanyakkan buah turut mengandungi tinggi gula ringkas (fructose). Maka jika ingin vitamin, sayuran adalah galang ganti terbaik!.


Avocado mempunyai lemak baik yang tinggi. 
Ia bagus diambil pada waktu pagi 
Sumber foto : https://www.medartsweightloss.com/blog/
2017/8/8/10-foods-high-in-vitamin-b


11. Utamakan Kukus dari Rebus .

Semakin tinggi dan lama makanan dikenakan api (haba masakan) semakin tinggilah zatnya hilang!. Paling baik basuh-basuh makan (bagi sayuran dan buah sahaja).



sumber foto : https://www.simplyrecipes.com/recipes/steamed_broccoli/



12.  Kualiti Bukan Kuantiti

Konsep saya ini bertentangan dengan mainstream. Kebanyakkan kita makan ikut kalori. Bagi saya kalori tidak penting tetapi zat lebih penting. Alasannya, konsep asas kurus adalah mengurangkan kalori input ertinya kurangkan makan. Apabila kalori input berkurangan, tubuh pastinya akan menggunakan kalori simpanan (kalori dari lemak yang tak digunakan).


Kurangkan makan adalah caranya namun jangan sampai gastrik dan stress. 
Teknik ini perlu diaplikasi secara beransur-ansur. 


13.  Lama Bukan Laju  (Kardio).


Senaman adalah rehabilistasi fizikal.  Ia bertujuan 'membetulkan' sistem tubuh yang telah sebati dengan cara salah. Memanjangkan waktu senaman bereri memanjangkan waktu pemulihan sistem tubuh.  Point ini tidak bertentangan dengan point 8 kerana jangkamasa senaman perlulah dinaikkan dari semasa kesemasa. Pada mingu-mingu awal setlah 15 min...tetapi seterusnya perlulah dipanjangkan. 





14. Sederhana  Berat Bukan Terlalu Berat (bebanan)


Senaman bebanan adalah penting!. Ia tidak menyebabkan anda menjadi 'bulky' sebaliknya dengan bebanan sederhana mampu meningkatkan jumlah mitochondria. Perubahan fisiologi ini, akan menyebabkan proses pembakaran tenaga menjadi semakin cekap.


NAK TAHU RAHSIA 

KURUS NADIAH?

KLIK FOTO SEKARANG


https://sportfitnhealth.blogspot.com/p/blog-page_4.html


15. Raikan makanan


Nafsu juga harus dirai, tetapi dalam konteks yang betul kerana kita bukan malaikat. Lakukan dengan menetapkan satu hari dalam seminggu atau dua minggu 'cheating day' atau 'hari raya' (berdasarkan kemampuan anda). Perjalanan kurus perlu realistik, bukan fantasi!.



16. Kawal Marah dan Stres


Tekanan akan mengundang lambakan hormone cortisol. Keberadaan hormon dalam jangkamasa panjang didalam didalam darah akan mengundang cushing syndrome. 




STRES MENGGEMUKKAN???


KLIK FOTO SEKARANG


https://www.facebook.com/198926860316448/videos/813312932211168/


17.  Minum air  berpada-pada


Air banyak atau sikit memberi kesan kepada tubuh. Indicator paling senang untuk menilai tahap cukup air dalam badan adalah dengan menilai warna air kencing. Pekat kuningnya bererti kurang air!. Putih warnya bererti banyak minum. Warna teh nipis...tanda well done.


Air adalah elemen penting untuk kurus kerana terdapat molekul Hidrogen dan oksigen. 
Sumber foto : https://blog.docsapp.in/
the-right-amount-water-intake-and-urine-output/


18.  Tengok Tahi!


Perhatikan perubahan tahi anda dari aspek rasanya, baunya dan warnanya. Rasanya sepatutnya lembut bukan cair (cirit). Apabila ia keluar perlulah berbentuk silinder. Baunya tidak keterlaluan dan warnaya tidak hitam!. Warna yang baik adalah coklat kekuningan. Mengapa tahi? Sebab, ia menunjukkan tahap prestasi system pencernaan anda. Apabila ia ok, maka penyerapan khasiat lebih cekap.


19. Solat dan Zikir


Solat adalah terapi fizikal, mental, emosi dan spiritual. Dengan kata lain ia mampu mengimbang dan menyelaras aktiviti hormon. Saya selalu menyarankan agar didahulukan solat diikuti senaman, pengaruhnya yang cukup luar biasa.


Buku ini baik diberikan kepada ibu ayah. Ia banyak mengupas tentang faedah 
solat kepada sendi, otot dan tulang
Dapatkan buku ini melalui www.wasap.my/60192401729

Sujud contohnya dapat mengurangkan stress apabila tekanan gravity mendorong aliran darah tinggi oksigen tertumpu dibahagian frontal. Rukun contohnya boleh realignment tulang belakang dan meningkatkan keanjalan otot hamstring. Semua faedah ini hanya boleh dinikmati apabila solat itu khusyuk dan sempurna.



















Ahad, 5 Februari 2017

SENAMAN MUDAH SLIMKAN LENGAN




Ramai yang nak kurus, tetapi blurr...tak tahu nak mula dimana? Apa yang harus dilakukan?

Aktiviti dibawah ini telah disusun secara profesional dan selamat berdasarkan buku tulisan saya berjudul 30kg Dalam 80hari.


-----------------------------------------

SERTAI SEMINAR PERCUMA 

INI SEKARANG

KLIK FOTO UNTUK DAFTAR 


CEPAT! TERHAD!

-----------------------------------------



Ok mula-mula..lakukan warming-up dengan slow jog. Setelah tubuh selesa tingkatkan kelajuan joging sehingga 15 minit tanpa henti. Selepas itu, rehat dengan melakukan regangan pada betis dan paha (gestrocnimeus, solues, posterior tibialis, quadriceps, hamstring dan adductor groups). Teknik joging tanpa henti dikenali sebagai aerobic continuous. Ia merupakan kaedah utama kurus dan amat sesuai digunakan oleh 'beginner'. 

Setelah degupan jantung stabil, sambung aktiviti dengan Push-up (foto 1)  sebanyak 15-20 ulangan secara isotonic (bergerak). Jika tidak mampu lakukan secara isometric (statik) dengan kiraan 15-20 saat.  




Foto 1 : Mula - Push up 
Foto 2 : Tamat - Push up 

Setelah itu. terus lakukan dip (foto 2) sebanyak 15-20 ulangan secara isotonic (bergerak). Jika tidak mampu lakukan secara isometric (statik) dengan kiraan 15-20 saat.  


Foto 3: Mula - Dip 
Foto 4 : Tamat - Dip 


Setelah selesai keduanya, lakukan regangan seketika sekitar 1 hingga 2 minit untuk merehatkan otot terbabit. Setelah itu ulang rutin yang sama sebanyak 2-3 kali lagi. Rutin ini amat sesuai bagi mereka yang nak mengecilkan lengan. Kombinasi  Push up dan Dip memberi kesan berganda kepada otot atau kawasan TRICEPS. Sebagai info triceps mempunyai kekuatan yang jauh lebih besar berbanding biceps berdasarkan faktor bilangan kumpulan otot. Maka tidak wajarlah jika anda mengatakan tak larat, sakit dan sebagainya. Anda sebenarnya pemalas dan susunan latihan anda salah. 


Bagi menambah info lagi, boleh klik link video dibawah untuk paparan yang lebih jelas

atau sertai Follow The Beat Sept 2019. 


FOLLOW THE BEAT KINI

DI SHAH ALAM DAN PUTRAJAYA

KLIK FOTO UNTUK DAFTAR 



DAFTAR SEKARANG
PROMOSI 50% TAMAT 26.08.2019




KLIK FOTO 
UNTUK PAPARAN VIDEO

https://www.facebook.com/198926860316448/videos/193297664843946/








Rabu, 21 September 2016

NAK KURUS !!!. MANA SATU EK? LATIHAN BEBANAN ATAU KARDIO

Dunia hari ini semuanya dihujung jari. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara segalanya  menjadi mudah dan pantas dengan wujudnya teknologi telefon pintar.

Tidak dinafikan teknologi memudahkan urusan kehidupan, namun jangan sesekali menafikan teknologi juga mampu merumitkan kehidupan. Hari ini kita dapat lihat bagaimana teknologi berupaya menukar kepercayaan, ideologi, presepsi, pemikiran, dan tindakan melalui penyaluran maklumat yang tidak tepat. Lantaran itu timbul perlbagai aliran pemikiran, ekstrimis, dan sebagainya. Sedar atau tidak, ledakan teknologi ini turut membawa tempias dan ‘meracuni’ corak senaman masyarakat kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...