Jumaat, 24 Januari 2020

SEDERHANA DAN LAMA BUKAN LAJU DAN SINGKAT



Bukan intensiti tinggi atau laju yang diperlukan untuk kurus sebaliknya sederhana dan lama.  Betulkah? 


KURUS SECARA ONLINE SEKARANG
KLIK SEKARANG



SEDERHANA VS LAJU 


Kenal Oprah Winfrey? Beliau adalah contoh tepat apa yang saya maksudkan. Melalui rujukan saya di http://www.oprah.com/omagazine/Oprah-Gets-Fit-Her-Workout-Routine, ternyata rutin utama Oprah dalam seminggu pada sebelah pagi adalah melakukan aktiviti aerobic selama 45 minit iaitu beliau menggabungkan 2 daripada aktiviti ini (1) Power Walk, (2) Joging, (3) Elliptical exercise (Cross Trainer), (4)Stair - stepping (naik tangga atau stepper) atau (5) Rowing. Pada sebelah petangnya beliau kembali mengulangi dengan 20 minit


Foto perubahan fizikal Oprah 


DISEBALIK SEDERHANA DAN LAMA

Aktiviti power walk dan joging akan menyebabkan jantung berdenyut sekitar 60-75% daripada MHR. Pada kadar denyutan ini, hormon Norephinephrine akan dirembeskan bagi mengekalkan pengecutan saluran darah supaya tekanan darah dan aliran darah kekal aktif. Apabila aktiviti power walk dan joging ini dilanjutkan melebihi 30 minit, proses penguraian lemak atau lipolysis akan dirangsang dengan banyak!. 


LAMA, TU YANG SUSAH TU

Lama memang satu isu. Oprah bolehlah sebab penampilannya adalah 'periuk nasinya'. Tidak!, itu pernyataan yang salah. Tahukah anda dengan menyusun senaman dengan betul ia akan menjadi mudah. Yang lama menjadi sekejap lalu nanti akan terpacullah dari mulut anda nanti "Eh dah habis dah....". Senaman dengan teknik KOMBINASI diantara aktiviti kardio dan bebanan boleh 'mencabut' perasaan lama, sukar , seksa dari minda anda. Ini kerana elemen kepelbaigan dalam teknik kombinasi ini telah memendekkan masa bagi setiap aktiviti. 


KURUS CEPAT & 
BELAJAR TEKNIK KOMBINASI 
DI FTB ONLINE SEKARANG

KLIK FOTO DIBAWAH 



Perhatikan semula perenggan diatas. bukankah Oprah menggabungkan 5 aktiviti pada sesi senamannya? Itulah maksud kombinasi yang menyebabkan perasaan terlalu lama hilang. Kalau bersenam dihdapan TV itupun satu strategi terbaik juga. 


LAJU, SINGKAT BAHAYA?

Ukur baju dibadan sendiri. Itu kekuncinya. Jika anda obes, coach sarankan pilih pergerakan sederhana bukan laju. Jika laju, kecenderungan mendapat kecederaan itu tinggi. Perasan tak mengapa mereka yang obes selalu mengadu sakit lutut, tumit, pergelangaan kaki dan betis. Sebabnya apabila bersenam dengan laju (intensiti tinggi), bahagian tubuh yang dinyatakan tadi menerima tekanan tinggi disebabkan 2 pengaruh iaitu load (beban tubuh) dan kesilapan teknik (cara bersenam). Maka pilihlah sederhana dan untuk mendapat kesan, lamakan senaman.



Rujukan :

1. Gastin, P.B. (2001). Energy system interaction and relative contribution during maximal exercise; Sport Medicine, 31, 725-741.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...