Selasa, 17 April 2018

HAMSTRING KOYAKKKK!

Seperti otot yang lain Hamstring boleh tercedera dengan pelbagai cara. Kali ini saya di datangi oleh Abg Sado yang GYM adalah rumah kedua beliau. 




Apabila ditanya bagaimana rasa sakit itu? Abang sado menjawab, "Bila saya nak duduk mencangkuk, macam sewaktu nak berak..uuuh sakit kat belakang pelipat. Bila berdiri takde pulak!. Dia punya rasa, pedih... dan kaki rasa macam takde power". Dengan beberapa soalan dan jawapan, kemudiannya saya membuat penilaian fizikal dan mendapati  abang sado mengalami Hamstring Pull. Apa itu HAMSTRING PULL?

Hamstring adalah otot yang berada di bahagian belakang paha atau lebih tepat melekat di head of fibula (origin) dan ischial tuberosity (insertion) yang posisinya sedikit menyerong dari lutut hingga pinggul. 


-----------------------------------------------

LEKATAN DAN POSISI OTOT HAMSTRING

-----------------------------------------------


Fungsi utama Hamstring adalah untuk melakukan knee flexion atau melipat kaki. Jika kecederaan hamstring berlaku dihujung tendon, kesakitan lazimnya dirasai ketika mengubah posisi duduk ke berdiri seperti dalam solat. Jika kesakitan dirasai secara on off semasa menendang bola, menjangkau ketika bermain badminton, berlari, ia memberi gambaran kecederaan hamstring berlaku tengah-tengah paha.  

------------------------------------

SAKIT DI PELIPAT (BULATAN MERAH)

KETIKA MENUKAR POSISI DARI SUJUD KE BERDIRI 

-----------------------------------------------


Dalam kes Abang Sado ini, disebabkan beliau suka menfokuskan latihannya di bahagian kaki , ketika melakukan  senaman Knee Extension dengan high load dan speed kuncupan otot quadricep yang kuat telah meregang dan mengoyakkan hamstring (origin). Lalu terjadilah HAMSTRING PULL!   


Foto diambil dari : 
http://drjarodhalldpt.blogspot.my/2016/10/why-there-is-nothing-wrong-with-dreaded.html



Keadaan ini samalah seperti ketika Hussien bolt atau pelari-pelari acara 100 meter memecut saat tembakan larian dilepaskan keudara. Oleh kerana otot quadricep (paha hadapan) lebih kuat dan bilangannya jauh lebih besar iaitu 4 otot berbanding hamstring 3 otot, Hamstring pull amat kerap berlaku kepada pelari pecut dan sebarang aktiviti sukan yang melibatkan pergerakan pantas pada sendi lutut. 

------------------------------------

KES LAIN YANG SERUPA


------------------------------------



Dalam kes lain pula (Kes 11), pesakit saya ini hanya bermain futsal. Kecederaannya berlaku ketika seluruh kakinya diluruskan untuk menendang bola. Pada saat itu, pemain lawan telah menerjah pergelangan kakinya. Daya yang mengena dipergelangan kakinya itu telah menyebabkan otot di belakang pelipatnya iaitu poletial dan hamtring menerima stres yang tinggi lalu koyak dan membengkak. 

------------------------------------


KLIK FOTO 

BUAT TEMUJANJI SEKARANG 

------------------------------------




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...