Memaparkan catatan dengan label Tips Kurus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Kurus. Papar semua catatan

Ahad, 10 Mei 2020

HANYA BERSENAM DI RUMAH, TURUN BERAT MENGHAMPIRI 11 KG

"Wow! Mulanya ragu-ragu,tapi selepas berjaya turun 10.8 kg dalam 6 minggu, confident sis semakin bertambah




Dulu, sebelum Covid melanda, coach selalu je anjur program penurunan berat badan yang dikenali sebagai Follow The Beat. Dalam berpuluh peserta Follow The Beat Sis salah seorang dari mereka. Follow The Beat best sangat. Namun yang sis nak ceritakan ini adalah kehebatan FTB Online. Salah satu 'buah tangan' coach Sufian yang amat PADU!. Apa padunya?






FTB ONLINE - MESRA AURAT 

Coach memang sensitif tentang aurat. Buktinya semasa sis dan peserta FTB Online melakukan timbang berat secara online, coach siap pesan lagi, "Semasa timbang berat pakai stokin ya. Kaki tu aurat". Jadi macam sis yang gaya ustazah ni, suami memang ambil berat tentang aurat. Bila sis cakap coach ni agak islamik dan pernah tulis beberapa buah buku keagamaan terus suami sis cakap. "ok fine, meh abang tolong ayang daftarkan". 


Buku Tulisan Coach




FTB ONLINE  - 'ASKAR RAMAI' NO PROBLEM

Askar atau anak ramai memang menyukarkankan pergerakan. Ditambah mengharap ehsan suami menjaga anak-anak maka semakin bertambah debarannya. Buatnya suami ko kena overtime, kan dah terlepas latihan, rugi!. Macam sis..tak ada masalah, sis bujang. Tapi bila tengok rakan-rakan yang dah beranak pinak sis boleh faham perasaan diorang. Keluar rumah jam 8.00 malam dan balik jam 10.00 mlm setiap 3 kali seminggu memang menyukarkan. Kang suami makan dengan maid kang baru ko tahu langit tu tak selalu cerah. Jadi FTB Online memang memudahkan. 


FTB ONLINE - LEBIH DEKAT

Mulanya sis ingat jenis program yang tak nampak muka ni (online) tentu coach sukar nak monitor. Rupanya sis silap!. Dengan kaedah online ini rasa macam training berhadap-hadapan dengan coach. Setiap kali selesai training dirumah sis kena hantar homework dengan format yang di sediakan coach.  


Format Video



Format Penulisan 




Kalau diet pula rasa macam masa makan coach ada je di depan. Tengah perati sis makan apa. Apa tidaknya setiap hari sis kena hantar diet. cuba ko bayangkan kalau 2 bulan program, tak ke 3 foto x 60 hari. Total foto yang sis kena hantar minima 120 foto. Fuh! Tang nak snap foto dan hantar melalui whatapps tu tak susah. Yang susahnya setiap makan akan diulas rapi oleh coach. Hehe... susah nak tipu coach!...hehe bagus sebenarnya. gud-gud coach.  


Format Pemantauan Diet 





 FTB ONLINE - LENGKAP DOWH!

Sis dah banyak join program online sebab tu memula sis tak percaya dengan FTB Online ni. Tapi setelah sis turun 10.8 kg dalam 6 minggu sis memang rekemen korang FTB Online is the best!. Superb!. Awalnya sis ingat FTB Online sama macam program kurus online yang lain. Masuk whataps groups, share diet bla..bla..bla.. itu aje.. Selain lengkap bermodul, FTB Online siap ada FB Live ok!. 


Fb Live Bersama Coach Sufian 



Setiap seminggu 1x coach akan bersiaran. Macam perhimpunan sekolah...Coach akan ulasan isu-isu diet dan senaman pada minggu lepas. Dalam masa 1 jam bersiaran itu juga, coach akan beritahu apa yang kena dibuat apa yang kena dimakan untuk minggu berikutnya. trust me, you are not alone. 


UNTUK MENYERTAI 
FTB ONLINE JULAI 2020
KLIK FOTO DIBAWAH INI


PERTANYAAN WHATAPS COACH DI 01135774825
TERHAD KEPADA 20 PESERTA TERAWAL


Tinggal 2 minggu lagi akan tamat program FTB Online. Doakan sis dapat turun lagi 3-4 kilo ok :). Tentang disiplin coach jangan risau. Saranan diet dan senaman coach sis ikut 100%. .

Psst. Coach! Bulan Julai sis join lagi ya. best!. 









Selasa, 19 Januari 2016

Latihan G2K Putrajaya Siri 1/2015


Alhamdulillah,  Latihan G2K Siri 1/2015 (LG2K) akhirnya berjaya ditamatkan pada 16.1.2016 yang lalu. Disebabkan ianya bersifat pendidikan jarak jauh dan tidak seperti Program 10 on 10, Matlamat LG2K cenderung untuk melatih teknik latihan kurus yang betul dan berkesan agar setiap peserta mampu berlatih bersendirian. Dengan cara ini ia dapat menjimatkan beribu-ribu ringgit! dan yang terpenting dapat berlatih bersama keluarga. 

Antara peserta Seminar G2K Putrajaya

LG2K dilaksanakan dengan 2 komponen iaitu Seminar G2K dan Latihan G2K. Seminar G2K merupakan aktiviti 'mukadimah' kepada LG2K yang bertujuan memberi gambaran jelas tentang perjalanan LG2K serta menyentuh Prinsip Asas Kurus. 

=================================================
Kadar Bayaran 

Seminar G2K >>>
 RM25 + Buku 30kg Dengan harga diskaun RM25.00

LG2K >>>
RM200 - 250* (Bergantung kepada lokasi) 
=================================================   

Bagi edisi pertama ini seramai 20 orang peserta telah menyertai yang kebanyakkannya adalah penduduk Putrajaya dan sebilangan kecil dari Klang, Shah Alam dan K.Lumpur. 


Saya sedang mengendali Seminar G2K

LGK dimulakan dengan Taklimat Awal yang melibatkan aktiviti penilaian bagi mendapatkan data asas dan pembelajaran teori berhubung senaman / latihan. Taklimat selama 4 jam ini menyentuh tentang FITT, Komponen Senaman dan Fasa Kurus yang bertujuan memberi input teori agar dapat meminima persoalan pokok.

========================================================================
Antara perkara yang dikesan ketika mengendali Seminar...adalah 

Mereka sedar berjoging boleh membakar lemak, tetapi mereka MALAS, RASA SAKIT dan sering menggunakan TEKNIK YANG MEMENATKAN

Mereka langsung tidak tahu bahawa SENAMAN BEBANAN BOLEH MENGECILKAN / MEMBENTUK TUBUH atau mereka sekadar tahu tetapi TIDAK MAMPU MELAKUKAN DENGAN TEKNIK YANG BETUL
========================================================================

Sabtu berikutnya, Latihan Bersama Jurulatih yang dijadualkan sebanyak 4 kali pula mengambil giliran. Latihan Bersama Jurulatih ini melibatkan Latihan Kurus formulasi 30kg Dalam 80Hari yang mengandungi sesi kardiovaskular, bebanan, regangan dan taklimat berhubung latihan yang diajar.


SesiTaklimat - Rumusan  dan rancangan latihan

Sesi Kardio - Belajar teknik berjalan pantas, jog dll.

Sesi Regangan - Belajar regangan aktif dan pasif 

Sesi Bebanan  -  Belajar latihan bebanan dengan berat badan untuk mengecilkan pinggul
Sesi Kardio di Gym - Belajar menggunakan basikal untuk mengecilkan paha



Sesi Bebanan - Belajar menggunakan tebing untuk mengecilkan lengan

Sesi Bebanan - Belajar menggunakan mesin Leg Curl untuk kecilkan paha belakang


Sesi Bebanan - Belajar menggunakan Cable Machine untuk mengecilkan belakang (atas)
Sesi Bebanan - Belajar menggunakan Abs Curl Machine untuk mengecilkan perut (abdomen)

Sesi Taklimat - Diskusi menyentuh isu-isu latihan setiap individu
Sesi Kardio - Belajar mengambil bacaan nadi dan cara mengawal intensiti latihan / senaman


Sesi Kardio - Belajar cara efektif menggunakan tangga 

Sesi Taklimat - Belajar postur Bent Over Row yang betul untuk membakar lemak belakang (atas)

Sesi Taklimat - Belajar Dip yang betul untuk mencantikkan lengan 

Sesi Taklimat - Belajar Triceps Extension yang betul untuk mencantikkan lengan 

Sesi Taklimat - Belajar Biceps Curls untuk mencantikkan lengan 

Antara 3 peserta terbaik adalah

1.  Nurul Izzati -
     Berat Sebelum   : 112 kg
     Berat Selepas     : 107.2 kg
     Jumlah penurunan : 4.8 kg
   
     Pinggang / Pinggul sebelum : 106 / 135 cm
     Pinggang / Pinggul selepas   : 106 / 135 cm
     Jumlah penurunan : Tiada


2.  Salbiah -
     Berat Sebelum   : 69.1 kg
     Berat Selepas     : 65.4 kg
     Jumlah penurunan : 3.7 kg

     Pinggang / Pinggul sebelum : 90/106 cm
     Pinggang / Pinggul selepas   : 81/103 cm
     Jumlah penurunan :  Pinggang  - 9 cm / Pinggul -  3cm

3.  Aishah Ariffin -
     Berat Sebelum   : 59.5 kg
     Berat Selepas     : 56.8 kg
     Jumlah penurunan : 2.7 kg

     Pinggang / Pinggul sebelum : 83/103 cm
     Pinggang / Pinggul selepas   : 69 / 97 cm
     Jumlah penurunan :  Pinggang  - 14 cm / Pinggul -  6cm

So...Dalam masa terdekat ini Latihan G2K Putrajaya 2016 akan bermula. InsyaAllah pada bulan 3. Sesiapa nak kurus boleh daftar melalui whataps 019-2401729. Sila hantarkan butiran berikut :

1. Nama Penuh :
2. Umur :
3. Jantina :
4. Alamat :
5. Email :
6. Fb :


Berikut adalah... cakap-cakap peserta :







Sekian...












Khamis, 14 Januari 2016

Log Kurus 14.1.2016

Hari-hari berlatih adalah sangat berkaitan antara satu dengan yang lain. Kalau nak diperibahasakan...tak ubah seperti aur dengan tebing, aur menumpang tebing untuk bekalan air, manakala tebing memerlukan aur untuk mengelak hakisan. Seperti selasa lalu (log Kurus 12.1.2016), ia menjadi penentu corak latihan pada hari ini (log Kurus 14.1.2016) bagi mencapai penurunan berat badan berkesan.  

Hari ini latihan saya adalah Rowing secara interval dengan 1 minit bekerja dan 20saat rehat. Jika log sebelumnya saya menggunakan treadmill, jadi rowing telah merehatkan otot di seluruh bahagian kaki. Tak lah penat sangat...



Selepas selesai rowing...lebih kurang 5 minit berselang, saya mulakan aktiviti bebanan, log sebelumnya saya menfokus ke bahagian Bahu, tetapi kali ini saya beralih kepada dada dengan melakukan Chest Press, Dumbell Butterfly dan Cable Butterfly. Nak tahu apa kaedahnya, sila rujuk m/s 113(i), buku 30kg Dalam 80Hari.




Mungkin ada yang bertanya, mengapa sibuk fokus bahu dan dada...? sedangkan lemak biasanya di lengan (triceps) dan belakang kat kawasan ketiak tu..Jawapannya ada dalam buku 30kg Dalam 80Hari m/s 130 - Dari Fasa ke Fasa. 

Ringkasnya...untuk mencantik dan membakar lemak di lengan dan belakang ia harus 'step by step'. Membina kekuatan bahu dan dada, akan memudahkan aktiviti Lat pull down  (8) dan Triceps kick back (21). taklah bergetar, alingmen lari postur lari, daya tak daya dll.  Sila rujuk buku 30kg Dalam 80Hari.   




Ok bye...bersambung log seterusnya.


Selasa, 12 Januari 2016

Log Kurus 12.1.2016 (Selasa)

Last training hari tu..Rabu. So training hari ini bererti selepas 5 hari rehat. Nampaknya saya telah langar prinsip Reversibility. Oleh kerana itu tidaklah sesuai saya bercita-cita untuk menggandakan latihan secara mendadak melebihi Log Kurus 6.1.2016 yang lalu. Namun saya nak menggunakan jarak agar memberi tekanan kepada sistem kardiovaskular secara seragam. Jadi hari ini saya memilih berjogging dan rehat. 

Berbanding log kurus 6.1.2016, kali ini saya memanjangkan jogging sehingga 1 pusingan tasik. Pada 5 minit pertama saya berjoging + regangan dinamik untuk mengawal degupan nadi. Pada minit 6 hingga akhirnya saya membuat kombinasi teknik joging antara penggunaan tapak tengah dan tapak hadapan kaki untuk mengagihkan tekanan. Al malkumlah..dulu-dulu main takraw, ada injury lama di tapak kaki. Jadi tak boleh lelama berjoging. Kena adjust sikit teknik.

Satu stesyen diwujudkan bagi memanjangkan masa @ jarak berjoging berbanding Log Kurus 6.1.2016
Teknik tapak tengah bererti saya meletakkan keseluruhan tapak kaki di lantai secara serentak. Ini dapat mengurangkan kesakitan pada bahagian tapak kaki. Sementara teknik tapak hadapan pula bererti berjoging secara menjengket bagi melajukan langkahan.  Jadi.. sambil tersenyum jer saya habiskan 8 pusingan (2 pusingan warming up dan 7 pusingan latihan). Justeru kepada mereka yang berlebihan berat badan dan ada sejarah Plantar Fasciitis joging dengan teknik ini ya!. 



Berdasarkan rekod saya Alhamdulillah, saya berjaya mencatatkan 138, 150, 156, 162, 168, 168 dan 168 BPM yang menunjukkan saya telah berjaya memasuki zon aerobik selama lebih 20 minit.Selepas sedikit regangan kaki, lebih kurang 5 minit..saya terus melakukan Abs Crunch sahaja... sebanyak 20-15-10 sahaja. Mengapa itu sahaja...nak kejar masa jap lagi ada meeting daa..Total masa yang saya gunakan hanyalah 35 minit mengandungi , Warm up 5 minit, Latihan 20 minit, Regangan 5minit dan Latihan bebanan 5minit


Balik, macam biasa timbang... keputusan seperti yang dijangka. Frust? tak sangat... sebab tahu puncanya...punca paling ketara, training berterabur sebab sibuk dengan kerja..huhuhu.. kipidap. 
Seperti yang dirancang, malam pun training jugak. Lepas jer mengajar Personal Training, saya pun mulalah training untuk diri sendiri...

Disebabkan pagi tadi dah buat kardio, pada sebelah malam saya lakukan aktiviti kardio (jogging) + bebanan (Shoulder). Tapi, joging malam ini tidaklah serius sangat sebab kaki sedikit penat kesan jog pagi tadi. Hanya berjoging pada kelajuan treadmill 7.0 MPH. Mengapa Shoulder? Mengapa tak yang Abs? atau lain2? itu akan saya jawab pada log kurus yang akan datang.



Oleh kerana gym nak tutup jam 10 mlm. dan saya hanya ada 30 minit sahaja, jadi saya melakukan senaman dengan susunan berikut: 

1. Jog - 5 min 
2. Shoulder Press - 10kg - 20reps 
3. Jog - 2 min
4. Shoulder Press - 15kg - 15reps
5. Jog - 2 min 
6. Shoulder Press - 20kg - 10reps 
7. Jog - 4 min
8. Lateral Raise - 7kg - 15reps x 4 

dan balik...

Bersambung...





Jumaat, 23 Januari 2015

SENJATA UNTUK KURUS TELAH TIBA

Siap juga akhirnya.. 

Muka Depan 
Setelah 2 tahun lebih mengumpul bahan, akhirnya buku berjudul 30kg Dalam 80Hari selamat diterbitkan dengan Karangkraf. Alhamdulillah...syukur kepada tuhan. 

Khamis, 23 Oktober 2014

MAKSIMA PEMBAKARAN LEMAK DENGAN KARVONEN METHOD

Hari ini semua orang nak mencari sesuatu yang EFFECTIVE COSTS. Justeru tidak heranlah ramai yang bertanya BAGAIMANA NAK KURUS CEPAT, NAK SAPU SAPU KURUS dan lain-lain lagi. Maka disini saya kongsikan salah satu dari langkah-langkahnya dengan menguasai KARVONEN METHOD. 

Khamis, 13 Februari 2014

1/19 STRATEGI KURUS CEPAT

Seorang obes sebenarnya mengahadapi kecelaruan arah sehingga menjadikannya tidak fokus dan gagal dalam latihan. Ia sering berlaku diawal latihan iaitu dalam jangkamasa 1-2 minggu apabila rasa sakit, lesu, penat timbul. Jadi merekapun berkata.."ahhh..malaslah...menyakitkan!!!".

Justeru saya akan membimbing anda dengan 1 daripada 19 strategi kurus cepat, selebihnya...

============================================
Belilah buku 30kg Dalam 80Hari sekarang. 
Klik sini untuk membeli >>> Buku 30kg Dalam 80Hari

@
atau dapatkan di kedai buku POPULAR seluruh Malaysia
Nak info lanjut 
=============================================

Kaedah Kombinasi Litar (Circuit). 

Kaedah Litar boleh dilakukan dengan dua cara, satu dilakukan dengan rehat dan satu lagi tanpa rehat. Oleh kerana pembakaran lemak sangat menuntut aktiviti kardio yang berterusan (degupan jantung sekata dalam zon aerobic) maka pendekatan TANPA REHAT telah digunakan dalam penulisan ini. Namun awas!!! ketika melakukan aktiviti litar ini, janganlah keterlaluan laju..sebab..perubahan secara tiba-tiba degupan jantung yang deras ke perlahan akibat pertukaran aktiviti akan mengundang bahaya!!! Ingat!!! slow and steady..ikut kemampuan anda.

 

Cadangan 7 : Kombinasi Satu Kardio dan Super set and Compound Set (Abdomen)

Kombinasi ini menggabungkan satu aktiviti kardio iaitu berjalan incline dengan susunan (1) Berjalan Incline, (2) Leg twisted, (4) Abs Crunch Machine, (6) Abs Curls, (8) Side Plank / Bridging. Penglibatan berjalan bertujuan memberi kesan langsung kepada otot abdominal kerana otot abdominal turut terlibat ketika berjalan pantas terutama dibahagian tepi tubuh. Anda haruslah melakukan setiap aktiviti 2,3,4 dan 5 pada kadar tempo sederhana dan ulangan sebanyak 20-30 reps. Manakala aktiviti 1 dipanjangkan sedikit antara 3-5 minit. Lakukan kombinasi ini sebanyak 3-6 pusingan. 




1
2
3
4
5


Selamat mencuba!!! :)











   














Ahad, 6 Oktober 2013

BERAPA BULAN DAH MENGANDUNG?

"Dah berapa bulan tu. Ada 7 bulan?". Orang kita aka MELAYU ni memang ramah. Kekadang ramahnya tak masuk akal. Ada ker perut kita yang slim ni dikatakan mengandung. Choi!. Cermin mana cermin!. Meh akak nak tengok tang mananya mengandungnya tu. Siapa yang kata akak buncit tu tadi? Akak nak korek biji mata dia. huh!

Perut buncit aka mengandung ini bagaikan fenomena biasa je di Malaysia. Kalau tidak takkanlah dilabelkan 1st rank obesity country in Southeast Asia. Kita juara tau!. Terima jelah hakikat tu dan mulalah langkah yang betul kak...meh coach kongsikan.


http://investvine.com/malaysians-are-southeast-asias-
fattest-but-vietnam-is-catching-up-fast/
overweight-in-southeast-asia/

Pertama akak jangan sedih. Sedih tak akan kuruskan akak. Tukar saiz baju, guna teknik make up yang boleh runcingkan pipi, pose sanget-senget masa bergambar,  itu hanyalah nak bagi sedapkan ati je. Perut buncit akak tu tetap maintain. Tetap kukuh disitu. Jadi meh coach nak kongsikan 3 kaedah hilangkan buncit dengan cepat melalui diet. 



1. MAKAN ANTIOKSIDAN 

Apa binatang antioxidant tu? Ini bukan binatang kak ini adalah istilah makanan yang boleh melambatkan pengoksidaan. Mudahnya yang boleh menjaga dan memastikan sel tubuh berfungsi dengan baik. Ia kebiasaanya dari kumpulan Vitamin C, beta-carotina dan E. seperti oren, timun, terung, bunga kobis dsbnya. Simple je nak tahu kak. Kalau kak ke pasar cari je sayur atau buah yang berwarna ungu, biru, merah, oren dan kuning. 

https://foodrevolution.org/blog/purple-vegetables/


2. MAKAN BAKTERIA BAIK 

Jangan akak ingat bakteria tu binatang jugak tau (coach urut dada dengar). Bakteria ni ada jenis baik dan jenis jahat. Yang baik akan 'memakan' bakteria jahat lalu meningkatkan kecekapan sel perut dan usus kecil untuk digest atau menyerap nutrisi yang dimakan. Bakteria baik ini selalu didapati pada makanan yang diperam seperti yogurt, kefir dan susu. 


Kefir ini power tau!. Kalau nak Kefir jenama coach bagi tau je.
whataps di 01135774825 . Harga mur mur tapi padu. 

3. MAKAN FIBER 

Ada 3 kebaikkan makan fiber. Pertama ia mengenyangkan, jadi akak akan kurang bergantung pada karbohidrat. Kedua ia terlibat dalam proses pengawalan kolesterol didalam dalah dan ketiga, fiber akan memudahkan proses berak. Huh!. So apa kena mengena dengan perut buncit?. Fiber bukan magic tools, lepas makan terus kurus. Tidak!. Fiber akan bertindak balas bila akak amalankan secara berterusan. Kesimpulannya fiber akan mengurangkan rintangan perut.   


https://www.stylecraze.com/articles/amazing-foods-that-are-rich-in-fibre/

4. OPTIMUMKAN PERUT 

Semua yang coach gariskan diatas tu 1-3 adalah berkaitan sistem pencernaan aka digestive system yang melibatkan perut dan usus kecil. Jadi gaya hidup yang berlawanan dengan 3 perkara diatas seperti tidur lewat, makan malam lambat, makan banyak processing food, banyak karbohidrat, banyak gula (manis-manis) dan tinggi garam adalah dilarang. Nak kurus tak? Buat!. Lepas akak dah buat 4 benda ini, dalam masa 1 hingga 2 minggu insyaAllah coach pasti akak akan berjaya. Kalau akak nak lebih cepat buncit tu lenyap, Sertai ja FTB Online Julai ni. Coach boleh bantu dengan lebih detail, siap training lagi. Cepat tau, penyertaan terhad. Booking dulu tempat masing-masing dengan RM50 je



KLIK FOTO DIBAWAH 
UNTUK DAFTAR 














 
  

Isnin, 26 Ogos 2013

Perut Buncit! Betulkah Senaman Anda?

Foto 1
Tip Kurus kali ini membincangkan tentang otot Rectus Abdominis dan kaitannya dengan senaman dibahagian abdomen seperti Abs Curl, Crunches, Leg raise, Knee Raise dan sebagainya.

Foto 2 :  Contoh lain untuk Middle Abs
Otot Rectus Abdominis dari kaca mata anatomi, melekat di Sternum dan Pubic Bone berorientasikan fascicle yang berbentuk Parellal (Lihat foto 1). Oleh kerana bentuknya yang sedemikian rupa (bersegemen) maka memahami julat pergerakan semasa melakukan aktiviti abdomen amat penting bagi menentukan segmen manakah yang dilatih kerana pergerakan tinggi dan rendah ketika melakukan sebarang aktiviti abdomen akan memberi kesan berbeza dan menggagalkan usaha anda!

========================================================================
Nak TIPS lagi...


Segera membeli buku 30kg Dalam 80Hari sekarang.

Klik disni untuk membeli buku >>>>30kg Dalam 80Hari
atau boleh ke mana-mana kedai buku POPULAR SELURUH MALAYSIA...


========================================================================

Berdasarkan latihan, Rectus Abdominis sebenarnya dibahagi kepada 3 bahagian  iaitu Upper, Middle dan Lower Abs.

Foto 3
Pergerakan menaikan badan sekitar 15 - 30 % dari lantai lebih memberi kesan kepada bahagian Upper Abs.
Pergerakan menaikan badan melebihi 30% hingga 50% pula akan memberi kesan optimum kepada bahagian Middle Abs (Foto 2). Manakala Lower Abs pula lebih efektif apabila menaikkan pinggul (seiring menghayunkan kaki ke atas) melebihi 15%- 20% daripada lantai (Foto 3).
Foto 2 : Ketinggian Bench
mepengaruhi lokasi tekanan
di otot Rectus Abdominis


Kebanyakan orang, salah dalam merangka latihan Abs dengan menggunakan alatan dilampirkan (Foto 4) tanpa pengetahuan. Alatan ini tidak salah tetapi cara kita telah menyebabkan tekanan yang sepatutnya mengenai otot Rectus Abdominis telah tersasar ke bahagian kaki.


Nak Kurus? Nak Cantik? Sila klik G2K Personal Training. Sila like page Gemuk2kurus


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...