Rabu, 3 Oktober 2012

Pinggang Ramping Dengan Berjalan

Lihat badan anda! ia bukan tetiba mengjadi gemuk bukan? Pastinya menelan lebih 3 tahun. Tetapi mengapa bila nak kurus pandai pula nak yang sekelip mata. Telan produk itu, cuba produk ini. Bila produk itu dikatakan baik, pakat serbu beli ramai-ramai. Bila muncul produk lain berlari untuk mendapatkannya. Nasib baik tak terkoyak kain baju kurung tu dek langkahan kaki yang luas. Geli hati ini melihat ragam masyarakat yang masih tidak memahami hakikat sebenar. Hakikatnya, terimalah tiada yang segera dalam hidup ini. Kalau adapun harus dibayar dengan RISIKO. Justeru artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang teknik mendapatkan pinggang menarik dengan berjalan.
Internal dan External oblique boleh digerakkan apabila
bahu dan pinggul digerakkan secara efisyen ketika
berjalan pantas  

Tahukah anda berjalan boleh membakar lemak dibahagian pinggang atau lebih tepat lagi dibahagian External dan Internal Oblique (lemak ditepi perut). Tapi MESTI dilakukan dengan TEKNIK POWER WALKS atau BERJALAN PANTAS.
CARANYA:
1. Melangkah seperti berjalan diatas titi. Bermaksud sedikit menyilangkan kaki (tidak seperti catwalk tetapi menghampiri)
2. Apabila melangkah luas BUKAAN KAKI HADAPAN MESTI LEBIH KECIL daripada KAKI BELAKANG (daripada Verticel Line pusat graviti badan), agar julat hayunan kaki di bahagian belakang mengjadi lebih besar. 

3. Hanyun tangan sehingga bahu bergerak ke hadapan (Badan sedikit berpusing).

4. Berjalan laju sedikit dari kebiasaan selama >30 minit - 40 minit.

Nak kurus? Nak Cantik? Klik G2K Personal Training dan like page Gemuk2kurus.









Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...