Kenali Anatomi Leher
Tulang Cervical (C1-C7) (merah)
|
Leher mampu melakukan pergerakan memandang ke kanan dan ke kiri, meneleng ke kanan dan ke kiri (lateral flexion), menjenguk ke hadapan, mendongak (hiperextension), menunduk (flexion) dan memandang ke hadapan (extension).
Kesemua pergerakan ini dilakukan oleh otot-otot yang melekat pada tulang-tulang yang berada di sekitar leher seperti tulang occipital (ditengkorak), cervical (C1-C7), Medial border of scapular (Tulang belikat), upper border of scapular (tulang belikat).
KLIK FOTO
LIHAT KES-KES KECEDERAAN
DAN RAWATAN
Manakala otot-otot yang selalu stres (tegang) ialah otot suboccipitals (foto 1), splenius capitis dan cervicis (foto 2).
![]() |
Foto 1 : Otot Suboccipitals. Ketegangan pada otot ini akan memberi rasa tak selesa dibahagian tepi kepala hingga mata. |
![]() |
Foto 2 : Otot Splenius capitis dan cervics. Ketegangan pada otot leher ini akan menyebabkan sakit menjalar di atas kepala dan tepi hingga mata. |
Bagaimana Kesakitan Leher Terjadi?
Ketika syok tidur, tanpa disedari, kita telah mengabaikan tinggi rendah bantal dan postur tidur sehingga meregangkan otot leher dalam jangkamasa yang panjang.
Perbandingan postur betul dan salah.
Postur X, menunjukkan kedaan
yang terlalu meregang.
|
Ia semakin teruk apabila keadaan berat badan (terutama bersaiz besar di bahagian bahu) turut menokok tambah beban disamping faktor otot sekitar leher seperti erector spine dan bahu seperti trapezius yang tidak fit atau mudahnya tidak pernah bersenam. Selain faktor tidur, sakit leher juga boleh terjadi dengan amalan menaip, memandu, menunggang motosikal yang terlalu lama. Maka awas ya!.
Kaedah Menangani Sakit Leher?
1. Segera menggunakan ice jika terlalu tegang dan bengkak (Sila rujuk artikel saya yang lain).
2. Urutlah segera kerana urutan mampu mengurangkan ketegangan otot tersebut dengan melancarkan peredaran darah.
3. Tukar bantal yang mengikut postur yang tepat.
2. Urutlah segera kerana urutan mampu mengurangkan ketegangan otot tersebut dengan melancarkan peredaran darah.
3. Tukar bantal yang mengikut postur yang tepat.
4. Tukar postur tidur. IKUT SUNNAH kerana cara nabi tepat mengikut SAINS (kecuali bagi mereka yang telah mengalamai masalah kesihatan (obes dll). Maka harus sedar apabila ingin mempraktis cara tidur nabi, kesakitan yang hadir bukan berpunca dari teknik nabi. Tetapi ia dari kita yang tidak mengikut spesifikasi susuk fizikal nabi.
5. Amalkan senaman bagi menguatkan dan mengurangkan berat (lemak) dikawasan bahu. Senaman yang spesifik untuk masalah ini adalah Shrug, military press, up right row, bent over row dan banyak lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan