Isnin, 25 Ogos 2014

PRINSIP SENAMAN (SIRI: 1)

Tahukah mengapa anda gagal menurunkan berat badan? Entri ini akan membantu anda memahami Prinsip Senaman iaitu sebuah undang-undang yang perlu difahami dan dijelmakan dalam latihan untuk mencapai berat badan ideal. Idea untuk menulis ini timbul atas kesedaran ramai masyarakat masih tidak memahami punca sebenar kegagalan dan mereka masih terus melakukan perkara salah. 


Apakah Prinsip Senaman?

Prinsip senaman ringkasnya seperti Rukun Iman. Jika salah satu Rukun Iman tidak diimani (diikuti) status sebagai muslim sebenar boleh diragui dan kesannya Islamnya tidak sempurna. Dalam konteks latihan, jika salah satu prinsip senaman tidak dipatuhi, maka akan terjadinya kecacatan dan pasti menemui kegagalan.


Prinsip senaman berperanan menentukan 'do' atau 'don't' dalam melaksanakan sesuatu latihan / senaman selari  penetapan hukum dalam Islam (Wajib, sunat, harus, makruh dan haram). Sebagai contoh, apakah hukum bersenam bagi orang sihat? Jawapannya, HARUS!. Apa hukum bagi orang yang Obes (Berisiko untuk menghidap penyakit)? Jawapannya, WAJIB kerana Islam bersifat Preventif. 

Pada siri yang akan datang saya akan mengupas apakah prinsip ANSUR MAJU dan hubungkaitnya dengan kejayaan untuk KURUS. Sila Like page 'gemuk2kurus' untuk sambungannya. 

https://www.facebook.com/pages/Gemuk2kurus/198926860316448?ref=bookmarks


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...