Jumaat, 23 Januari 2015

SENJATA UNTUK KURUS TELAH TIBA

Siap juga akhirnya.. 

Muka Depan 
Setelah 2 tahun lebih mengumpul bahan, akhirnya buku berjudul 30kg Dalam 80Hari selamat diterbitkan dengan Karangkraf. Alhamdulillah...syukur kepada tuhan. 
Kali ini perasaan teruja amat berbeza berbanding buku Tip Sihat Ke Tanah Suci dan Cergas Dengan Solat yang telah saya tulis beberapa tahun sebelumnya. Buku 30kg Dalam 80Hari ini benar-benar JIWA saya. Tak dapat digambarkan, perasaanya.. ia seperti mendapat seorang anak!. 

Muka Belakang
Untuk pengetahuan adik-adik 'comel', 30kg Dalam 80Hari ini setebal 264 muka surat, bergambar, berwarna, siap ilustrasi yang kesemuanya memberi panduan TERBAIK berhubung TIP, TEKNIK, KAEDAH dan STRATEGI KURUS. 


Strategi kombinasi kardio supaya tidak letih dan tak boring
Nak kurus bukannya kerja mudah deeekk!..Namun dengan bantuan 30kg Dalam 80Hari ini segalanya menjadi mudah kerana anda diajar secara 'step by step', 'prosedur by prosedur'. 


Kotak dialog yang memberi tip berdasarkan pengalaman sebenar
Perasan tak selama ini anda gagal..lalu anda salahkan senaman...sebenarnya andalah yang harus disalahkan!!! Jangan disebabkan kurang ilmu dan kemahiran anda terus terperangkap dan dibelenggu dengan LEMAK anda sepanjang hayat!!!. 


Perkongsian teknik secara bergambar 
Kalau anda nak kurus.....pernah kecewa kerana gagal dalam usaha untuk kurus..inilah toniknya!!! Buku yang boleh merangsang dan memotivasikan anda. Anda pasti tidak kecewa memilikinya. Membacanya seolah-olah anda sedang berlatih bersama seorang jurulatih pakar.

Cadangan modifikasi senaman agar secocok dengan kemampuan anda
Prosedur senaman yang mudah dan praktikal


Tabik spring arrr kepada mereka yang dah membeli...tinggal satu langkah saja untuk mencapai bentuk badan idaman!!!

Kalau dah membeli nanti.. janganlah lupa selfie dan komen secara positif tentang buku ini sebab saya akan beri anda e-book percuma!!! yang 100% terbukti di Sime Darby, Lembaga Tabung Haji dan Kementerian Belia dan Sukan. 





e-Book 8 Program Kurus PERCUMA

Kalau awak semua nak tahu semua Tip,Teknik, Kaedah dan Strategi didalam buku 30kg Dalam 80Hari ini telah saya uji di 3 organisasi ini terkemuka di Malaysia ini...Masa di Sime darby dulu...saya bertanggunjawab meng-kuruskan staff mereka agar Sime Darby boleh jimat jutaan kos perubatan disamping membina penampilan kelas A. Nampak tak muka serius ja menulis menu latihan... jangan memain saya garang tau. 




Menulis menu latihan Fit Factor Challenge...Nampak seriuskan..
Ha itulah saya yang TERUJA tengok client saya kurus

Dan inilah antara hasilnya...dari 50 orang peserta mereka disaring sebanyak 2 kali. First penyingkiran dari 50 orang tinggal 30 orang. Second penyingkiran tinggal 10 orang. 5 lelaki dan selebihnya wanita...

Antara peserta wanita..yeah!! masa ni semua tengah semangat


=======================================================================
Sila klik...

Nak info kurus..sila like  Gemuk2kurus
Nak Training dengan Cikgu Sufian
Nak ikuti Seminar Gemuk2Kurus PERCUMA!!!
=======================================================================

Salah seorang peserta PEREMPUAN
yang turun 10.9kg dalam masa 2 bulan.
Salah seorang peserta LELAKI
yang turun 15 kilo dalam masa 2 bulan...

Ha..kalau ada sesiapa yang nak menganjurkan competition seperti Sime Darby ni..jangan segan-segan call saya. Anytime!!!. 019-2401729 (Sufian)

Buku 30kg Dalam 80Hari juga pernah mengisi slot TV1 dalam rancangan Femini bersama pengacara Datin Ira Ghani..Huhu bersyukur sangat diberi peluang oleh RTM terutama team Feminin. Datin Ira Ghani lagi la...sporting giler..Tq Tq. 


Dalam slot tersebut saya mengupas tajuk Langsing Dengan Senaman dimana saya berkongsi dengan penonton senaman mudah dirumah...dengan hanya menggunakan dumbell (foto atas), kerusi (foto tengah) dan resistance band (foto bawah)...bagi yang terlepas tengok... ini antara gambar yang telah diberi kebenaran oleh pihak Feminin. Kalau nak video..tak dapek la adeeekkk oii.. 



Buku 30kg Dalam 80Hari juga menjadi tetamu tetap selama 5 minggu di radio Salam FM (Radio JAKIM) untuk slot Salam Sihat. Bersiaran setiap Sabtu dari jam 7.20 pagi hingga 8.00 pagi saya berasa amat teruja disamping juruhebah-juruhebah yang sentiasa ceria dan positif..Terima kasih ya dejay Nurfahana, Nasri Nasir, Shahir dan tak ketinggalan penerbit rancangan Siti Nadirah..tq tq bebanyak!. 


Jangan pening lak kata Salam fm ..apasal Asyik fm...Sebenarnya radioa JAKIM ini berkonsgsi siaran dengan Asyik FM. Sebelah siang Asyik.. sebelah malam Salam fm dari jam 11.00 malam hingga 8.00 pagi. 

30kg Dalam 80Hari juga pernah masuk surat khabar tau..jangan marah!!!. Terima kasih kepada Sinar Harian terutama kepada Gusti Lala...penulis yang amat pandai menulis kisah hati...




Kalau BENAR ingin kurus! Ayuh dapatkan sekarang di POPULAR seluruh Malaysia dengan rebet 20%. Juga boleh didapati dikedai-kedai buku besar seperti Kinokuniya di KLCC, MPH tapi...call dulu tau..takut stok tak masuk lagi. Tapi yang 100% pasti ada di POPULAR. 
Info lanjut bolehlah ke Karangkraf Mall...

Last sekali kalau ada masa pergilah ke Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC. Terus je ke Rak buku Umum di Dewan Tun Dr. Ismail..dan beli Buku 30kg Dalam 80hari. Ada 20% diskaun dan berpeluang menang wang tunai kelolaan Karangkraf. 




30kg Dalam 80Hari..Antara 10 Buku Umum Alaf 21
yang mendapat sambutan luar jangkaan

Sekali lagi...kalau nak hubungi saya silalah ke...

fb : Gemuk2kurus

atau 

wasap di 019-2401729


Sekian...Moh kita membeli!!!











Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...