===========================
Semalam (Jumaat dan Sabtu) saya makan agak banyak kerana semalam adalah 'hari raya' bagi saya selepas penat berkerja dan berlatih. Lagipun fitrahnya saya memang suka makan.
Pada Jumaat saya singgah makan malam dibangi dengan menu udang goreng butter, Ikan kembong goreng halia, sup kosong dan ulam dan nasi putih. Pagi sabtu saya ke Bandar Tun Razak pekena dua mangkuk Bihun Sup Ayam (dengan kulit haha.. gelak sendiri sebab kalori banyak dan kolesterol tinggi). Tengahari ke restoran Tapak Sulaiman atau dikenali sebagai Restoran Bunian. Perhh, Ayam masak lemak cili padi, Udang galah semangkuk (8-9 ekor) dan terung goreng habis saya belasah tanpa belas. Malam, malas nak masak terus capai hphone dan order Pizza Hut... Jadi Hawaianlah malam tadi dengan Set Hawaian Chicken. Tak puas dengan itu saya menambah Drumstick goreng 6 ketul, sup daging lembu...Huh..menyesallah pulak sambil 'melantak' (haha gelak lagi)
Atas kesedaran Kalori intake melebihi yang sepatutnya hari ini saya bayar 'denda'. Latihan hari ini adalah :
1. Joging dengan LSD pada jarak 7 kilometer (2 kilometer lebih jauh dari yang lepas).
2. Compound Set diantara Push-up dan Bicycle crunch (foto bicycle crunch) dengan 15-15-15
3. Kombinasi kaedah Triset kepada aktiviti Abs Crunch, Side touch heel crunch dan Decline Leg Raise (foto aktiviti) dengan 20-20-20
Latihan hari ini tidak meletihkan kerana saya telah cuti berlatih pada hari Khamis dan Jumaat dan melantak banyak-banyak semalam (loading..)
![]() |
Data Semasa |
Walaupun hanya sekadar mencatatkan penurunan 0.5kg. Tetapi peratusan lemak saya telah menurun 2.5% yang mewakili penurunan sebanyak 2.2kg lemak. Alhamdulillah!
Sila Like page gemuk2kurus untuk mengikuti panduan senaman kurus.
![]() |
Berat semasa |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan