Rabu, 12 November 2014

Tangisan Di Sime Darby

Sumo Squat
Semalam adalah latihan ke-4 G2K bersama 35 peserta wanita Sime Darby. Alhamdulillah kebanyakkan mereka (35 orang wanita) berada pada landasan yang tepat iaitu selepas 4 minggu berlatih purata menunjukkan penurunan berat badan mereka sekitar 3-5 kilogram.

Leg raise


Mountain Climb
Walau bagaimanapun mereka sungguh risau dan cemas kerana hari ini (13.11.2014, Khamis) akan berlangsungnya 1st ELIMINATION. Berdasarkan format yang ditetapkan oleh pihak Sime Darby, saya dan mereka tiada pilihan. Ada yang bertanya, "cikgu...esok apa tip nak bagi ringan". Tiba-tiba hati ini rasa bagai dicuit tapi saya tetap 'maintain' menahan gelak dan menjawab, "jangan risau, berat bukan penentu. Esok peratusan kandungan lemak juga diambil kira".

Ada juga yang tersipu-sipu menyuarakan hasrat hatinya. "Cikgu please!..jangan buang saya esok jangan buang saya!". Hanya senyuman yang mampu saya lontarkan kerana "It is a competition!". 

Dari riak wajah mereka saya dapat lihat betapa mereka dahagakan ilmu. Betapa ramai wanita diluar tidak tahu cara, kaedah, tip, teknik dan strategi berkesan untuk membakar lemak (senaman). 
Apa yang boleh saya katakan "jangan bersedih kalau tersingkir. Teruskan bersenam kerana saya selalu mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Teruskan bersenam. kalau nak motivasi dan tip pm saya di fb. Esok lusa (bulan Disember 2014) jangan lupa beli buku saya berjudul 30kg Dalam 80 Hari". Mereka sedikit monyok dan menunduk. 




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...