Jumaat, 1 Mei 2015

Tak Nak Gelebeh...Apa Cara?

Ramai orang bertanya tentang masalah lemak menggelebeh, terutama selepas berjaya 'mengepis' kan tubuh. Hee..anda yang baca ini tentu nak kan.....orait..

Mengatasi lemak mengelebeh amat-amat sukar kerana ia melalui dua peringkat iaitu (1) Membakar lemak (meng-kuruskan) dan (2) Menegangkan kembali... Bab hendak menurunkan tiada masalah!!! selalu dah saya kongsikan. Bab nak menegangkan ini ramai yang tewas!!!. Bukan sebab kaedah latihan salah tetapi... sejauhmana persediaan anda untuk melakukan rutin untuk MENEGANGKAN KEMBALI kulit yang dah tertarik semasa 'comel' dulu.  

Jangan tengok orang yang dah memang asalnya slim (gemuk sedikit) kemudian dia tone up..itu cerita lain..ini..apa yg hendak dikongsikan ialah mereka yang betul-betul obes. Pasti selepas kurus..kulit jadi menggelebeh..

Caranya...

Kalau nak diikutkan stepnya... panjang tau...anda kena faham Fasa Persediaan, Fasa Transisi barulah pergi ke Fasa Pengkhususan yang merupakan fasa MENEGANGKAN DAN MEMBENTUK TUBUH...Jadi saya short-cut yea...kalau nak tahu step-by-step...dapatkanlah buku 30kg Dalam 80Hari di Dewan Tun Dr Ismail PWTC sekarang (berakhir 3 Mei 2015) 




Kalau tak Best Tak tahulah...
Takkan 30kg Dalam 80Hari dapat TOP 10 kott... Cepat beli 20% diskaun tau
tak dapat kat tempat lain!!!


=====================================================================
Klik sini  >>> Info Buku 30kg Dalam 80Hari
=====================================================================

Jadi caranya...

Lakukan aktiviti bebanan dengan Load (bebanan) sederhana hingga tinggi sehingga anda mampu mengangkat sekitar 15RM hingga kurang dari 8RM dan...yang paling penting..pergerakan mesti laju..contohnya lakukan aktiviti foto 1,2 dan 3 dengan 8RM secara berturut-turut ..Walaupun berturut-turut..ingat!!! anda harus rehat diantara aktiviti tersebut sekurang-kurangnya 2minitSelepas selesai semua..

rehat jap dalam masa 5 minit. Kemudian ulang semula aktiviti foto 1,2, dan 3 dengan 15RM. Kalau rasa mampu guna bebanan yang sama..kalau tak mampu...kurangkan bebanan dumbell tersebut..tapi jangan ringan sangat sehingga melebihi 15RM. 


Mengapa wajib..LOAD SEDERHANA - TINGGI, REPS RENDAH DAN TEMPO LAJU? 

Secara am, sel otot anda terdiri daripada slow twitch fiber dan fast twitch. Setelah lemak anda habis dibakar..ruang kosong yang ditinggalkan oleh lemak harus diisi atau diketatkan dengan membesarkan otot. 


Perbandingan antara Slow Twitch dan Fast Twitch Fiber
rujukan : http://blog.thegymlifestyle.com/muscle-specific-hypertrophy-chest-triceps-shoulders/

Untuk membesarkan otot...terdapat secara amnya 2 kumpulan sel otot yang harus anda faham. Satu... SLOW TWITCH FIBER diamana ianya telahpun anda aktifkan ketika hendak membakar lemak kerana ia terlibat dalam aktiviti berjangkamasa panjang seperti berjoging, berjalan dsbnya. 

yang kedua ialah FAST TWITCH FIBER yang akan diaktifkan apabila wujudnya tiga elemen ini iaitu LOAD SEDERHANA - TINGGI, REPS RENDAH DAN TEMPOH LAJU...

Dengan keterlibatan 3 elemen ini, fiber fast twitch yang berdiameter lebih besar daripada slow twitch fiber akan mengembang untuk mengisi ruang yang ditinggalkan lemak...bukan jadi besar macam hulk okkkk....

===================================================================
Ingat kena LOAD SEDERHANA - BERAT + RENDAH ULANGAN (REPS) dan TEMPOH LAJU
=================================================================== 























Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...