Ahad, 1 September 2019

SAKIT BELAKANG! PULIHKAN DENGAN RUKU'


PENGENALAN

Sakit belakang adalah kesakitan yang melibatkan otot-otot di sekitar tulang belakang sama ada di tulang Cervicle, Thoracic, LumbarSacrum dan Coccyx. Daripada 5 segmen tulang belakang ini, Lumbar adalah kawasan paling tinggi berdepan risiko kecederaanLumbar menjadi tumpuan sakit belakang kerana posisi dan fungsi ototnya. 

Sumber rujukan : 



Lumbar merupakan lokasi Centre of Gravity yang sentiasa menerima bebanan tinggi terutama ketika membongkokkan badan. Semasa membongkok, pusat titik bebanan akan bergerak menjauhi centre of gravity. Apabila postur membongkok dilakukan berulang-ulang atau ketika otot lemah atau ketika bebanan tinggi (obes), otot Erector Spine, Multifidus, Quadratus Lumborus yang berada di sekeliling Lumbar akan mengalami kecederaan. 







SIAPA YANG BERISIKO?


Bagi mereka yang tidak aktif dan hanya fokus bekerja, jangkamasa dan berat badan adalah pencetus utama masalah sakit belakang ini.  Mereka-mereka ini sering datang dari kumpulan penjawat awam, pegawai IT (programmer), pemandu, pekerja industri (bekerja duduk) dan sebagainya.




Sumber foto : 


Bagi golongan aktif pula, sakit belakang disumbangkan oleh ulangan pergerakan (menunduk) yang banyak dan pengabaian postur. Kumpulan yang terdedah situasi ini pula datang dari sektor pekerjaan yang melibatkan kemahiran seperti jurutera, pegawai teknikal (Elektrikal), peladangan, peindustrian dan sebagainya. Tidak kurang juga kepada mereka yang bersukan dan pernah mengalami jatuh terduduk. 




Sumber foto : 




TANDA ATAU SIMPTOM



Sakit belakang di Lumbar boleh dikenal pasti dengan mudah terutama rasa sakit muncul disaat membongkokkan tubuh atau menaikkan tubuh. Amat sikit pesakit mengadu ketika berjalan dan ramai yang mengadu sengal dan kebas dikaki iaitu dari pinggul hingga tapak kaki ketika duduk. 


Sakit belakang lazimnya menimbulkan 

rasa sengal dan kebas 

di seluruh kawasan kaki. 



Sumber foto : 



Bagi mengenal pasti dengan lebih tepat ujian seperti Straight Leg Raising, Contralateral Straight Leg Raising dan Movement of Spine hendaklah dilakukan. Sebagai seorang Sport Massuer (tukang urut sukan), saya gemar menggunakan kontraksi isometrik ketika ujian Straight Leg Raising. Dengan cara ini, kesakitan lebih cepat dikesan pada sudut 40 darjah. 

KLIK FOTO LIHAT KES-KES KECEDERAAN DAN RAWATAN



Sumber rujukan : 

https://youtu.be/zfWKcTixM6E


Jika sudah terkena sakit belakang, anda dinasihatkan membuat pengesahan di klinik atau hospital. Dapatkan gambaran jelas melalui X-ray atau CT scan atau MRI. Sebagai alternatif, boleh juga mendapatkan khidmat fizikal terapi seperti Sport Massuer dimana teknik TOTAPS akan digunakan. Jika sakit belakang itu kronik dan sukar, Sport Massuer yang berintegriti tinggi akan memberi nasihat supaya merujuk pegawai perubatan. 




Sumber rujukan: 


Sport massage (urutan sukan) boleh menbantu dengan memberi tekanan yang tepat bagi melancarkan aliran darah disel (otot) ke jantung. Dengan pelbagai jenis tekanan seperti efluarage, cross fiber, kneading dan drainage darah yang tinggi karbon dioksida dan lain-lain yang menjadi punca kesakitan akan segera ditukar dengan darah yang tinggi oksigen. 


TINDAKAN SELEPAS URUTAN


Setelah rawatan atau urutan, langkah seterusnya lakukan senaman rehabilitasi dalam jangkamasa 4-6 minggu. Antara senaman rehabilitasi yang lazim saya syorkan kepada pesakit adalah Ruku'Didalam ilmu sains sukan, pergerakkan ruku' adalah bersamaan dengan aktiviti Dead lift dan Good Morning kerana ketiga-tiga senaman ini memberi kesan kepada otot di bahagian Lumbar. 








Ruku' yang sempurna sebenarnya menawarkan latihan rehabilitasi terbaik. Mekasinma toma'ninah semasa membongkok, ruku' dan bertukar menuju i'tidal akan memberi tekanan ringan, sederhana dan berat kepada otot sekitar Lumbar.  



"Pergerakan menunduk (itidal ke ruku') sungguhpun dilihat MUDAH, apabila dilakukan dengan TOMA'NIMAH  berdasarkan kajian, kontraksi ECCENTRIC yang wujud menghasilkan DAYA YANG TINGGI kepada sel otot. Kesannya kecederaan akan LEBIH CEPAT PULIH".




Semasa i'tidal ke ruku' otot sekitar Lumbar akan menguncup (bekerja) secara isotonik eccentrik. Ketika ruku' pula, teknik kuncupan bertukar kepada isomteric dan ketika menuju i'tidal kuncupan isotonic concentric mengambil alih. Ketiga-tiga jenis kuncupan (kontraksi) ini merupakan agen pemulihan otot terbaik. Persoalannya adakah pesakit yang sakit belakang ini Ruku' dengan sempurna atau sebaliknya? Satahu saya ramai yang menggunakan 'ruksah' secara salah dengan bersikap pasif dan sentiasa menggunakan kerusi ketika solat. 





Buku tulisan Sufian Sulaiman yang merupakan
seorang jurulatih dan tukang urut sukan profesional (Sport Massuer)


Kata orang, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Justeru, setiap kecederaan itu lazimnya hadir bersama petanda awal. Petanda awal bagi sakit belakang adalah terasa tegang pada kawasan lumbar. Jika simptom itu jelas, janganlah berlengah. Cegah sebelum parah. 





KLIK FOTO 

UNTUK TEMUJANJI 


SPORT MASSAGE TERBAIK 

















Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...