Isnin, 21 Oktober 2013

Prinsip Masa Luput Senaman

Ya Hayyu Ya Qayyum, Allah Maha Hidup dan Maha Terus Menerus Mengurus hambanya. Inilah yang dimaksudkan Prinsip Masa Luput. Didalam senaman kita digalakkan bersenam diawal pagi SELEPAS SOLAT SUBUH untuk merangsang kelenjar / hormon tirod. Janganlah bersenam diwaktu magrib dan apatalah lagi MALAM  kerana kita ini ada kaitannya dengan sistem alam (solar). Janganlah ingkar Arahan Tuhan tak ada faedahnya...

video

Rujukan : http://www.youtube.com/watch?v=6YVZZeb-qoM&list=PLlks5nE3C31B70QKN_RUqotWO3iAul3Qb

Isnin, 7 Oktober 2013

Senaman Terbaik Untuk Perut Buncit

Berdasarkan lekatan dan pergerakan otot, antara aktiviti terbaik untuk membantu mengempiskan perut ialah Bicycle Crunches. Walau bagaimanapun untuk mencapai kualiti Bicycle Crunches, anda dinasihatkan agar melakukan beberapa aktiviti  abdominal asas yang lebih mudah terlebih dahulu kerana Bicycle Crunches melibatkan pergerakan yang lebih dinamik dan sukar.
Bicycle Crunches
========================================================================
Nak TIPS lagi...



Segera membeli buku 30kg Dalam 80Hari sekarang. 

Klik disni untuk membeli buku >>>>30kg Dalam 80Hari
atau boleh ke mana-mana kedai buku POPULAR SELURUH MALAYSIA...


========================================================================



Bicycle Crunches menyebabkan otot External dan Internal Oblique menguncup secara isotonic manakala otot Rectus Abdominis pula menguncup secara eccentric. Kesannya seluruh otot abdominal (perut) akan dilatih serentak dan holistik. Dari sudut latihan, Bicycle Crunches tidak dilakukan oleh pelatih baharu. Kalau mampupun, pasti ada yang silap dari sudut 'alingment' dan sebagainya. Justeru latihan harus disusun secara progressif sehingga mampu melakukan Bicycle Crunches. Cubalah!

Nak info lagi? Nak kurus? Nak Cantik? sila klik G2K Personal Training dan like page Gemuk2kurus





Ahad, 6 Oktober 2013

Buncit? Kenali Otot Yang Mengelilinginya..



Nak Kurus? Nak Cantik? Nak Info Klik G2K Personal Training dan like page Gemuk2kurus

Selasa, 3 September 2013

Formula Diet!

Apa itu BMR? dan apakah kaitannya dengan diet!. BMR adalah singkatan bagi Basal Metabolic Rate yang bererti suatu kadar kalori paling minima yang diperlukan tubuh bagi memastikan sistem tubuh berfungsi dengan baik. Ini bererti jika terlalu berdiet, sistem metabolik turut terjejas dan boleh memperlahankan kadar pembakaran lemak. Lebih memudaratkan, keadaan yang berterusan boleh membawa maut. Justeru untuk mengira BMR lakukan dengan menggunakan formula berikut : 

Wanita: BMR = 655 + (9.6 x berat dalam kilo) + (1.8 x height dalam cm) - (4.7 x umur dalam tahun) 
Lelaki: BMR = 66 + (13.7 x berat dalam kilo) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun) 


Setelah memperoleh jawapannya barulah kita merancang untuk menambah beberapa kalori untuk tujuan senaman (tenaga untuk bersenam) dan apakah jenis / kumpulan makanan yang harus diambil. 

Rujukan : Jack H. Wilmore, Obesity Etiology Assessment Treatment and Prevention 

Nak Kurus? Nak Cantik? Sila klik G2K Personal Training dan like page Gemuk2kurus 

Isnin, 26 Ogos 2013

Perut Buncit! Betulkah Senaman Anda?

Foto 1
Tip Kurus kali ini membincangkan tentang otot Rectus Abdominis dan kaitannya dengan senaman dibahagian abdomen seperti Abs Curl, Crunches, Leg raise, Knee Raise dan sebagainya.

Foto 2 :  Contoh lain untuk Middle Abs
Otot Rectus Abdominis dari kaca mata anatomi, melekat di Sternum dan Pubic Bone berorientasikan fascicle yang berbentuk Parellal (Lihat foto 1). Oleh kerana bentuknya yang sedemikian rupa (bersegemen) maka memahami julat pergerakan semasa melakukan aktiviti abdomen amat penting bagi menentukan segmen manakah yang dilatih kerana pergerakan tinggi dan rendah ketika melakukan sebarang aktiviti abdomen akan memberi kesan berbeza dan menggagalkan usaha anda!

========================================================================
Nak TIPS lagi...


Segera membeli buku 30kg Dalam 80Hari sekarang.

Klik disni untuk membeli buku >>>>30kg Dalam 80Hari
atau boleh ke mana-mana kedai buku POPULAR SELURUH MALAYSIA...


========================================================================

Berdasarkan latihan, Rectus Abdominis sebenarnya dibahagi kepada 3 bahagian  iaitu Upper, Middle dan Lower Abs.

Foto 3
Pergerakan menaikan badan sekitar 15 - 30 % dari lantai lebih memberi kesan kepada bahagian Upper Abs.
Pergerakan menaikan badan melebihi 30% hingga 50% pula akan memberi kesan optimum kepada bahagian Middle Abs (Foto 2). Manakala Lower Abs pula lebih efektif apabila menaikkan pinggul (seiring menghayunkan kaki ke atas) melebihi 15%- 20% daripada lantai (Foto 3).
Foto 2 : Ketinggian Bench
mepengaruhi lokasi tekanan
di otot Rectus Abdominis


Kebanyakan orang, salah dalam merangka latihan Abs dengan menggunakan alatan dilampirkan (Foto 4) tanpa pengetahuan. Alatan ini tidak salah tetapi cara kita telah menyebabkan tekanan yang sepatutnya mengenai otot Rectus Abdominis telah tersasar ke bahagian kaki.


Nak Kurus? Nak Cantik? Sila klik G2K Personal Training. Sila like page Gemuk2kurus


Selasa, 14 Mei 2013

TINGGI RENDAH CEPAT BAKAR LEMAK

Tinggi dan Rendah adalah satu kombinasi terbaik dimana Tinggi memberi kesan 'memaksa' dan rendah untuk tujuan 'relaks'. Memaksa bertujuan merangsang tubuh agar segera menggunakan simpanan glycogen (diotot dan hati) dan plasma glucose (gula dalam darah). Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya tindakbalas hormon lemak yang lebih ketara. 


========================================================================
Ketahui lanjut  dengan membeli buku 30kg Dalam 80Hari sekarang. Klik disni untuk membeli buku >>>>30kg Dalam 80Hari

atau boleh ke mana-mana kedai buku POPULAR SELURUH MALAYSIA...

========================================================================
Walaubagaimanapun, golongan obes..tak perlu terlalu lama 'mendaki'. Saya faham :)
Sekadar diantara 30saat - 2minit bergantung kepada kemampuan masing-masing. Sekejap je kan...
Selepas itu turunkan ketinggian treadmill...dan berjalan santai atau laju dalam masa 30saat hingga 1minit. 

Kaedah ini digelar Aerobik Interval. Ia berkesan untuk MEMPERCEPATKAN PEMBAKARAN LEMAK. Kalau digabungkan dengan aktiviti bebanan ia mampu MENCANTIKKAN tubuh anda...

========================================================================
Nak Training dengan G2K..Klik sini >>>


========================================================================




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...