Selasa, 12 Januari 2016

Log Kurus 12.1.2016 (Selasa)

Last training hari tu..Rabu. So training hari ini bererti selepas 5 hari rehat. Nampaknya saya telah langar prinsip Reversibility. Oleh kerana itu tidaklah sesuai saya bercita-cita untuk menggandakan latihan secara mendadak melebihi Log Kurus 6.1.2016 yang lalu. Namun saya nak menggunakan jarak agar memberi tekanan kepada sistem kardiovaskular secara seragam. Jadi hari ini saya memilih berjogging dan rehat. 

Berbanding log kurus 6.1.2016, kali ini saya memanjangkan jogging sehingga 1 pusingan tasik. Pada 5 minit pertama saya berjoging + regangan dinamik untuk mengawal degupan nadi. Pada minit 6 hingga akhirnya saya membuat kombinasi teknik joging antara penggunaan tapak tengah dan tapak hadapan kaki untuk mengagihkan tekanan. Al malkumlah..dulu-dulu main takraw, ada injury lama di tapak kaki. Jadi tak boleh lelama berjoging. Kena adjust sikit teknik.

Satu stesyen diwujudkan bagi memanjangkan masa @ jarak berjoging berbanding Log Kurus 6.1.2016
Teknik tapak tengah bererti saya meletakkan keseluruhan tapak kaki di lantai secara serentak. Ini dapat mengurangkan kesakitan pada bahagian tapak kaki. Sementara teknik tapak hadapan pula bererti berjoging secara menjengket bagi melajukan langkahan.  Jadi.. sambil tersenyum jer saya habiskan 8 pusingan (2 pusingan warming up dan 7 pusingan latihan). Justeru kepada mereka yang berlebihan berat badan dan ada sejarah Plantar Fasciitis joging dengan teknik ini ya!. 



Berdasarkan rekod saya Alhamdulillah, saya berjaya mencatatkan 138, 150, 156, 162, 168, 168 dan 168 BPM yang menunjukkan saya telah berjaya memasuki zon aerobik selama lebih 20 minit.Selepas sedikit regangan kaki, lebih kurang 5 minit..saya terus melakukan Abs Crunch sahaja... sebanyak 20-15-10 sahaja. Mengapa itu sahaja...nak kejar masa jap lagi ada meeting daa..Total masa yang saya gunakan hanyalah 35 minit mengandungi , Warm up 5 minit, Latihan 20 minit, Regangan 5minit dan Latihan bebanan 5minit


Balik, macam biasa timbang... keputusan seperti yang dijangka. Frust? tak sangat... sebab tahu puncanya...punca paling ketara, training berterabur sebab sibuk dengan kerja..huhuhu.. kipidap. 
Seperti yang dirancang, malam pun training jugak. Lepas jer mengajar Personal Training, saya pun mulalah training untuk diri sendiri...

Disebabkan pagi tadi dah buat kardio, pada sebelah malam saya lakukan aktiviti kardio (jogging) + bebanan (Shoulder). Tapi, joging malam ini tidaklah serius sangat sebab kaki sedikit penat kesan jog pagi tadi. Hanya berjoging pada kelajuan treadmill 7.0 MPH. Mengapa Shoulder? Mengapa tak yang Abs? atau lain2? itu akan saya jawab pada log kurus yang akan datang.



Oleh kerana gym nak tutup jam 10 mlm. dan saya hanya ada 30 minit sahaja, jadi saya melakukan senaman dengan susunan berikut: 

1. Jog - 5 min 
2. Shoulder Press - 10kg - 20reps 
3. Jog - 2 min
4. Shoulder Press - 15kg - 15reps
5. Jog - 2 min 
6. Shoulder Press - 20kg - 10reps 
7. Jog - 4 min
8. Lateral Raise - 7kg - 15reps x 4 

dan balik...

Bersambung...





Perkongsian 30kg Dalam 80Hari di CyberSecurity Malaysia

Assalamualaikum wrt & Salam Sejahtera,

Café ILMU @KMC (21st Session)
Cafe ILMU @KMC
Tarikh :  18th November 2015 (Rabu)
Masa : 11.30 am
Lokasi : Knowledge Management Centre (KMC)
Sharer : Sufian Sulaiman       
Tajuk : 30 kg dalam 80 Hari

CI 21_SUFIAN SULAIMAN.jpg image[6].jpg
  
KMC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis Sufian Sulaiman kerana sudi melapangkan masa hadir ke sesi Cafe Ilmu @KMC minggu ini.  Saudara Sufian merupakan seorang jurulatih kecergasan (fitness trainer) yang kini rancak mengendalikan program-program kecergasan untuk organisasi kerajaan dan juga syarikat swasta.   Setakat ini saudara Sufian telah menghasilkan 3 buah buku yang bertajuk ‘Cergas Fizikal Solat Sempurna’, ‘Tips Sihat ke Tanah Suci’ dan yang terbaru dilancarkan pada tahun ini - ‘30kg dalam 80 Hari’.

Jika diperhatikan, tidak ramai orang Islam yang bersenam di gym (gymnasium). Antara alasan yang diberikan ialah malu, segan orang nampak, batas pergaulan, dan juga kod etika pakaian di gym yang tidak sesuai dengan muslim. Pernah bertugas di beberapa gym yang terkenal, saudara Sufian turut merasa tidak selesa dengan suasana, pakaian dan tatacara di gym yang tidak mesra muslim.  Atas dasar itu, saudara Sufian cuba membawa konsep ‘meng’Islam’kan sukan’ dan menyedarkan orang ramai bahawa senaman itu sangat penting dan dituntut dalam agama. Saudara Sufian memulakan langkah menggabungkan fitness, kesihatan dan agama dengan bekerjasama dengan JAKIM untuk menghasilkan buku ‘Cergas Fizikal Solat Sempurna’. Dalam Islam, kesihatan itu bersifat total dan menyeluruh dan salah satu cara untuk kekal sihat ialah melalui sukan.  Dalam Islam, ada beberapa perkara yang perlu kita jaga – Akidah, Nyawa, Maruah dan Kerabat/Keturunan. Menjaga kesihatan itu juga satu AMANAH. Tubuh badan kita ini adalah pinjaman dari Allah swt, maka sewajarnya kita menjaga kesihatan badan kita. Kita tidak boleh dengan sengaja memudaratkan kesihatan kita.

Selain menjaga kesihatan atas dasar amanah, kita perlu ingat bahawa Allah swt menjadikan manusia di atas muka bumi ini sebagai khalifah.  Tanggungjawab kita adalah beribadah kepada Allah.  Jika badan sihat dan cergas, sudah pastilah ibadah dapat dilakukan dengan selesa dan khusyuk.  Perkara ini ditekankan oleh saudara Sufian dalam buku keduanya ‘Tips Sihat ke Tanah Suci’.  Ibadah Haji merupakan ibadah yang bersifat total di mana kita diuji dari segi fizikal, mental dan spiritual.  Bayangkan, suhu di Padang Arafah yang melebihi 40°C mendedahkan para jemaah haji kepada bahaya heatstroke. Ibadah tawaf juga menguji ketahanan fizikal kerana jemaah juga diasak-asak dalam lautan manusia.  Untuk sesi Cafe Ilmu ini, saudara Sufian ingin berkongsi rahsia untuk kuruskan badan.

CI 21_Audience 1.jpg

‘30kg Dalam 80 Hari’ merupakan pengalaman sebenar saudara Sufian dalam membantu seorang gadis (Farhana) yang mahu menurunkan berat badannya. Farhana merupakan seorang yang gemuk/obes dan mempunyai masalah darah tinggi (antaranya berpunca daripada makan suplemen untuk menguruskan badan). Farhana pernah ditahan di wad akibat sakit setelah cuba menguruskan badannya, termasuklah berdiet. Akhirnya Farhana menghubungi Kementerian Belia dan Sukan untuk mendapatkan bantuan dan dari situ Farhana diletakkan di bawah jagaan dan pemantauan saudara Sufian. Hasil teknik, kaedah, strategi dan tip yang diberikan, berat badan Farhana turun sebanyak 37kg dalam masa 72 hari (digenapkan menjadi 30 kg dalam 80 hari).

Mengapa orang tidak bersenam? Sebab paling utama adalah MALAS dan KEKANGAN. Mengapa malas dan memberi banyak alasan (kekangan masa, komitmen, wang ringgit, penat).  Semua ini hanya boleh diselesaikan dengan satu perkara sahaja –Knowledge! Orang ramai tidak bersenam kerana tiada ilmu tentang kesihatan dan kurangnya penguasaan kemahiran bersenam. Saudara Sufian memperkenalkan FUN theory kepada peserta di bawah pemantauannya.  Jadikan senaman itu sesuatu yang menyeroronokkan. Kalau sesuatu perkara itu dilakukan secara paksa, ianya takkan menjadi.

Untuk kurus, terdapat 2 cabang:
1.    Kardiovaskular
2.    Maskular (strength)

Rata-rata, semua orang pasti inginkan badan yang sihat dan cergas.  Kurus tu satu bonus.  Tapi menjadi kurus bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.  Hanya ada 2 cara untuk menurunkan berat badan:
1.    Mengawal pemakanan
2.    Bersenam

Melalui makanan, kita mengawal pengambilan kalori  dan melalui senaman, kita menguatkan kardiovaskular. Senaman merupakan aktiviti kecergasan fizikal yang dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Bersenam tidak semestinya di gym.  Kita boleh jadikan alat-alat di rumah dan pejabat sebagai ‘exercise tools’, contohnya meja dan kerusi. Terdapat beberapa trik dan tips yang dikongsikan oleh saudara Sufian. Bagi anda yang gemar berjogging, adakalanya terasa sangat malas untuk menghabiskan satu pusingan (tasik) kerana jaraknya terlalu jauh. Anda boleh memendekkan jarak ulang-alik tersebut (teknik repetition). Ambil jarak yang pendek dan lakukan jogging ulang-alik.  Cara ini amat sesuai untuk anda yang membawa bersama anak-anak untuk bersenam.  Di samping bersenam, kita sentiasa dekat dengan anak dan dapat memantau mereka. Jika di gym pula, jangan tumpukan aktiviti anda hanya pada satu alat sahaja (contohnya set target di treadmill mengikut kilometer atau kalori yang hendak dibakar).  Ini akan menimbulkan kebosanan dan akhirnya anda jadi tidak seronok.  Lakukan kombinasi aktiviti -  basikal, treadmill, rowing, stepper.  Tempoh rehat di antara aktiviti jangan melebihi 1 minit kerana anda perlu menjaga kadar denyutan jantung dan juga menjaga paras hormon.  Inilah kesilapan yang sering dilakukan bagi mereka yang tiada ilmu pengetahuan dalam bersenam.  Masa rehat yang diambil agak panjang, untuk ke tandas dan minum air.  Kesilapan lain termasuklah meminum minuman isotonik dengan banyak atas alasan untuk menambah tenaga.  Minuman isotonik sebenarnya mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Untuk kurus, perbanyakkan “cross-fit training” antara aktiviti kardiovaskular dan latihan bebanan (muscular endurance).  Sebagai contoh, jogging untuk beberapa minit dan kemudian buat jump jack.  Gerakan seperti ini membantu anda membina otot kaki dan pada masa yang sama untuk kesihatan jantung. Contoh lain “cross-fit training” adalah naik turun tangga dan kemudian disusuli dengan ‘crunch’ atau ‘sit up’.

Ada juga yang bersenam untuk kurus tetapi masih tidak turun berat badan.  Mengapa? Jawapannya : Makanan, Tidur dan Diminishing Time (Masa Luput).  Dari segi pemakanan, sebenarnya tidak perlu diet setiap hari.  Ada hari-harinya anda boleh makan seperti biasa. Menguruskan badan melibatkan pembakaran lemak atau disebut juga sebagai pembakaran/penggunaan tenaga.  Untuk mempercepatkan penggunaan tenaga, anda perlu mengawal karbohidrat, mengambil vitamin B & C, dan mengambil mineral zink dan besi (iron). Bahan-bahan ini larut dalam air dan mempercepatkan lagi pengeluaran lemak dan karbohidrat sebagai tenaga. Akhir sekali, sebelum berlatih, makanlah buah dahulu. Nak tahu lebih lanjut, anda perlu membaca buku ini.

Nak kurus bukannya kerja mudah! Namun dengan bantuan ‘30kg Dalam 80 Hari’ ini segalanya menjadi mudah kerana anda diajarsecara 'step by step', 'procedure by procedure' oleh pakar kecergasan.  Membacanya umpama anda mempunyai fitness trainerperibadi. Dengan kos yang sangat minimum, sesiapa sahaja boleh melakukannya asalkan tiada perkataan ‘putus asa’ dalam kamus kehidupan. Anda pasti berasa berbaloi tatkala melihat hasilnya nanti. Jom kurus dan sihat! Kepada yang ingin menghubungi saudara Sufian untuk membaca tips kurus dan sebarang pertanyaan mengenai program kesihatan yang beliau kendalikan, kami sertakan butiran seperti di bawah:

FB: gemuk2kurus
FB: sufiansulaiman
IG: AnaSufi

Terima kasih saudara Sufian dan juga ucapan terima kasih kepada semua yang sudi hadir. Sehingga bertemu lagi di dalam Café ILMU akan datang, jaga diri dan hiasi peribadi. J

CI 21_Audience 2.jpg
CI 21_Audience.jpg
 CI 21_Sufian w Alif.jpg

Rabu, 6 Januari 2016

Log 7.1.2016 (Khamis)

Semalam sudah bersenam. Hari ini cuti...sebab badan especially bahagian pinggang (abdomen dan belakang) agak tegang kesan dari Good Morning, Plank dan Crunches. Walaupun cuti sebenarnya tidak, kerana hari ni adalah hari penting menjaga pemakanan. Cara saya menjaga pemakanan mudah jer...Selalu dah saya sebut dalam mana2 training / seminar bahawa untuk kurus pemakanan kita perlu sederhana, seimbang dan pelbagai. Dan perkara paling penting dalam soal pemakanan untuk kurus ialah jaga sumber makanan (khasiat) dan jaga cara penyediaannya (cara masak). So.. walaupun tadinya dah ready nak pergi makan roti canai tapi akhirnya saya makan ini jer....

Segenggam almond, green pumpkin seed dan air lemon segelas. Bagi saya waktu paling penting menjaga pemakanan adalah pagi dan malam. tengahari so so jer...ingat nak bedal kambing lar...tengahari ni..hahaha..

Almond dan pumpkin seed banyak mengandungi calcium, magnesium, iron dan Vitamin B

Bersambung...

Nak faham lanjut beli buku 30kg Dalam 80Hari




Selasa, 16 Jun 2015

TIPS KURUS CEPAT RAMADHAN

Sebelum berbicara soal kurus... lebih patut saya menjelaskan kedudukan puasa terlebih dahulu agar tidak disalah tafsir...

Puasa ini untuk apa ??? Kalau ikut istilah syarak yang saya belajar.. Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari (berbuka)..

Puasa pula menurut Imam as-syafie pula terbahagi kepada beberapa peringkat...

  • Peringkat 1 >>> puasa sekadar menahan lapar dan dahaga. 
  • Peringkat ke2 >>> menahan lapar dan dahaga + menjaga perkara-perkara yang boleh membatalkan dan mengurangkan pahala puasa 
  • Peringkat ke-3>>> melakukan kedua2 perkara diatas + MENJAGA HATI. 

Berdasarkan peringkat-peringkat diatas... saya tertarik kepada peringkat ketiga yang selari dengan dalil diwajibkan puasa iaitu diakhir ayatnya Allah berfirman maksudnya...mudah-mudahan kamu bertaqwa...

=====================================================================

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa” (Al -Baqarah:183)

========================================================================

Apa itu taqwa...kata Umur al-Khatab...seumpama berjalan diatas duri-duri...bagaimanakah reaksi kita bila berjalan diatas duri?Tentulah berhati-hati...kalau tidak naya tercucuk duri...

Maka dalam konteks  menggunakan PUASA RAMADAN sebagai medan untuk kurus maka anda HARUS BERHATI-HATI TERUTAMA SOAL NIAT!!! 

Sebagai seorang jurulatih...saya selalu berniat untuk mempotrey bahawa syariat puasa tidak pernah menghalang usaha menjaga kesihatan malah amat membantu. Maka saya bersenam di bulan ramadan untuk menzahirkan bahawa Islam itu RELEVEN. Semoga Allah memandang titis-titis peluh ini sebagai kerja jihad amal ma'ruf nahi mungkar...(maaf terpaksa menulis begini..bukan untuk tujuan riak tetapi untuk kefahaman)

Selesai...

Sekarang barulah kita mula berbicara tentang Tips Kurus Cepat Ramadan. Untuk pengetahuan anda Ramadan kali ini, bermula 1 Ramadan 1436H atau bersamaan 18 Jun 2015 saya akan menguji modul latihan saya. Nama spesifiknya..belum ada idea lagi...huhuh.

Modul ini adalah gabungan makanan sunnah + senaman ringkas. Ia adalah modul bagi mencapai penurunan berat badan sekitar 12-20kg dalam masa 30hari...Segala rahsianya akan saya kongsikan kepada anda dalam bentuk buku atau e-book nanti. Cuma disini..saya sharekan apa yang terpenting untuk kurus cepat Ramadan...



============================================
Belilah buku 30kg Dalam 80Hari sekarang. 
Klik sini untuk membeli >>> Buku 30kg Dalam 80Hari

@
atau dapatkan di kedai buku POPULAR seluruh Malaysia
Nak info lanjut 
=============================================


Ketika sahur...


1. Wajib dengan Kurma 

....kerana didalamnya tinggi serat, vitamin, mineral. Ambil mengikut sunnah..kunyah sehingga hancur dimulut baru telan.  


.... Kurma tinggi vitamin A,C, B kompleks, Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niasin (B3) Folate (B9). 

....Kurma tinggi mineral seperti kalium, kalsium, zat besi, fosfor, selenium, magnesium, natrium, cobalt, dan zink.



2. Ambil roti atau kumpulan karbo yang lain 

......Kerana karbo sumber tenaga utama...tak bolehlah tak makan...kena makan sebab sebelah petang kita nak bersenam...

Ambil dalam jumlah yang sederhana (suku pinggan) 


3. Makan sayur kukus atau rebus 

....kerana kukus dan rebus boleh mengelak kehilangan vitamin ketika dimasak. No no no..please jangan goreng!!!

Ambil brokoli, kobis bunga, carot, cili benggala, bayam (dimakan sekali atau bergilir-gilir mengikut hari). sukatan, separuh pinggan

Anda boleh buat sup, tomyam dll..tapi awas jangan atau kurangkan penggunaan garam, gula dan perasa.


4. Makan buah 

.... buah ada vitamin. Pilih buah yang tidak terlalu manis dan nak ke masam sikit...anda boleh rasa saat buah mencecah lidah....contoh buah yang manis...buah-buah tempatan kita..

Ambil pisang montel, epal hijau, kiwi, apricot (basah..bukan kering), limau gadang (grape fruit), Oren. 

5. Ambil protien dari 

...susu kambing (paling baik) atau tempe atau ikan bakar, ikan masak singgang


Sekian.... SELAMAT BERPUASA...
















   

Khamis, 21 Mei 2015

TEKNIK KURUS G2K : 'UPPER & LOWER BODY EXERCISE'

Soalan di mukasurat 102 buku 30kg dalam 80hari ini sengaja saya ajukan untuk menguji kefahaman anda...juga menilai anda membaca sepintas lalu atau secara fokus...

Jawapannya..BOLEH!! Hurainannya...

Teknik Upper and Lower body ini BOLEH  dilakukan dengan 2 cara... 

Sabtu, 9 Mei 2015

TIPS MAKAN & KURUS

Semua orang suka makan..andapun sukakan? suka durian..suka nasi lemak..suka bihun sup, sup gear box dan lain2 yang tak terfikir dek akal.....Eh siapa tak suka makan..tapi ada berita lagi baik...dan anda mesti lagi suka. apabila makan-makan tak gemuk-gemuk..itu berita baik bukan!!!...nak tahu caranya? 

Jumaat, 1 Mei 2015

Tak Nak Gelebeh...Apa Cara?

Ramai orang bertanya tentang masalah lemak menggelebeh, terutama selepas berjaya 'mengepis' kan tubuh. Hee..anda yang baca ini tentu nak kan.....orait..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...