Jika pergerakan tubuh (kuncupan otot) dikawal oleh sistem saraf yang dikenali sebagai Somatic, siapakah pula yang menjaga proses atau sistem pembakaran lemak? Ya, tak lain tak bukan sistem saraf Autonomic. Melalui sistem inilah hormon 'pembakar' lemak bekerja.
Ketika bersenam sistem saraf autonomic akan merangsang 4 hormon terpenting secara berperingkat bagi menjayakan proses penguraian (pembakaran) tenaga daripada lemak. Bermula dari Hypothalamus, impulse (arahan atau maklumat) untuk menggunakan lemak atau membakar lemak akan bergerak ke thyroid lalu menuju ke adrenal dan pancreas. Dalam proses itu berlakulah beberapa perubahan fisiologi termasuklah peningkatan kadar nadi (THR).
BERAPAKAH KADAR NADI
UNTUK MEMBAKAR LEMAK?
KLIK FOTO SEKARANG
NAK TAHU 4 HORMON KURUS?
KLIK FOTO SEKARANG
![]() |
COACH SUFIAN SEDANG MENERANGKAN TEKNIK LEG CURL UNTUK MENGATASI SELULIT |
Memandangkan golongan obes punyai pelbagai komplikasi penyakit, intensiti haruslah ditetapkan mengikut kemampuan semasa secara progresif. Antara perkara lazim yang timbul adalah keadaan pening-pening lalat. Situasi ini sebenarnya 'bagus' untuk kurus namun perlu mendapat pemantauan dan penjelasan rapi dari jurulatih.
Rujukan : Physiology of Sport and Exercise, 3rd ed.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan