Khamis, 20 Februari 2014

Aku Takkan Kecewa...Bhgn 2

Petang itu hujan mengiringi aku ke kompleks kejiranan presint 8. Asalnya aku tidak mahu bersama si dia kerana aku tak punya payung. Setelah hampir 15 minit berdoa, hujan tak ingin reda. dia masih ingin bersamaku.

"Takpalah, basahpun basahlah...",

Dari kediamanku di presint 11, aku berjalan tergesa-gesa. Memang waktunya sudah terlewat, namun aku percaya Cikgu Sufian menanti dengan sabar. lagipun, sebelum memulakan langkah, aku telahpun menghantar sms kepadanya. Dalam perjalanan itu hujan semakin lebat. Baju aku yang tadinya berwarna hijau muda kini kelihatan hijau pekat.

"Lencun.."

Aku memegang hujung baju T itu sambil tersenyum terkenang sesuatu.

"Baju kebaya oh baju kebaya"

Warna hijau gelap itu mengingatkan aku kepada warna baju kebaya semalam.

Tiba-tiba hatiku berkata-kata..

"Baju kau dah basah, balik jelah...tak sampai separuh jalan, rumah kau pun masih nampak dari sini".

Bisik suara hati Farhana.

"uhh"

Aku menoleh ke belakang seketika dan kembali menoleh ke hadapan untuk membuat perbandingan. Sementara hujung baju T yang digenggam berjujuran menitiskan air hujan.

"huh..jauh lagi".

"Betul tak? balik jelah..."

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi.

"Barangkali Cikgu Sufian. Cancel kelas ker.."

Aku meneka. Sambil tersenyum cepat-cepat aku menyeluk telefon yang berbungkus didalam beg plasik.  Aku yang hanya berbumbung langit sedikit membongkok untuk membaca sms. 

"Sya tunggu.."

SMS ringkas dari Cikgu Sufian terus menarik tumpuanku. Tiba-tiba,  langkahan kakiku semakin bertenaga. Susuk kompleks kejiranan itu pula semakin jelas kelihatan.

"Kalau cikgu sanggup tunggu, aku..."

Aku tersenyum.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...