----------------------------------------------------
WHATAPP UNTUK TEMUJANJI
KLIK FOTO
----------------------------------------------------
Kecederaan Lumbar amat bahaya.
Saranan saya sebagai seorang sport
massuer professional jika dapat dielak, elaklah! Kerana apabila kemalangan
membabitkan Lumbar, masalah kesihatan
dibahagian kaki pasti muncul.
Lumbar adalah salah satu segmen dari tulang belakang
atau Spine yang berada diantara
tulang Thoracic dan Sacrum atau mudahnya di bahagian
pinggang. Disebabkan Lumbar berada di tengah-tengah
tubuh ia sekaligus berada di pusat bebanan
(center of body gravity). Maka, setiap kali jatuh terduduk,
menaikkan badan dari posisi menunduk (ruku’),
membongkok untuk mengambil sesuatu dilantai dan sebagainya Lumbar
adalah tulang yang menerima tekanan paling tinggi.
Lumbar mempunyai 5 tulang yang dikenali Lumbar 1 hingga Lumbar 5. Di tulang Lumbar terdapat
intervetebral foramen yang merupakan
laluan akar saraf (Nerve root). Akar
saraf ini kemudiannya terpecah ke beberapa cabang untuk menjalankan fungsinya
menghantar signal (innervate) di lower extremity (Bahagian pinggul ke
bawah).
Foto 1: Intertvetebral Foramen adalah laluan akar saraf.
Jika laluan saraf ini terhimpit, pelbagai
masalah dibahagian
pinggul sehingga ibu jari kaki akan muncul.
Sumber foto :
|
Foto
2: Otot Adductors.
Sumber
foto: https://learnmuscles.com/glossary/adductor-group/
|
Dalam kes pesakit saya, dia mengadu otot di bahagian adductors group-nya tegang menyebabkan
beliau sukar bersila. Dari
penilaian fizikal yang dijalankan, didapati akar saraf Lumbar 2, Lumbar 3 dan Lumbar 4 sehinggalah saraf obturator yang mengawal otot di
kelengkangnya tidak berfungsi dengan baik.
Keadaan ini disumbangkan oleh kemalangan motosikal dan kegagalan mengamalkan
senaman sejak sekian lama menyebabkan disekitar laluan saraf tersebut ‘ketat’ menyebabkan otot-otot adductor brevis, adductor mangus, adductor
longus dan pectineus mengalami
pengecutan otot. Sementara otot-otot diberhampiran seperti gracilis dan obturator mengalami rasa kebas dan sakit.
Setelah mengetahui punca, proses mengurut dilakukan bermula dari
belakang sehinggalah hujung kaki. Dengan teknik kneading menggunakan jejari dan drainage,
otot-otot luar dan dalam di sekeliling
Lumbar seperti Quadratus Lumborus, Erector Spine (longissimus), Tranversospinalis dan Multifidus semuanya diurut dengan
teliti.Dari belakang, pergerakan urut berganjak ke bahagian pinggul pula.
Dipinggul, teknik kneading dengan
tapak tangan digunakan pada tengah otot bagi tujuan membantu peredaran darah
dan rangsangan saraf. Diikuti teknik circle
dengan tekanan siku ringan digunakan di tendon. Antara otot yang diberi tumpuan
adalah Piriformis kerana ia lazim
dikaitkan dengan himpitan saraf Sciatica.
Piriformis adalah otot yang melekat di tulang sacrum (origin) dan di bahagian luar Greater Trochanter of Femur atau tulang paha (insertion). Ia melalui Greater
Sciatic Notch. Tidak ketinggalan juga, saya memberi tumpuan urutan kepada
otot Internus Obturator yang turut
menjadi laluan saraf Sciatic.
Foto 3: Otot Piriformis dan obturator Internus obturator Internus
yang lazim terlibat
menghimpit saraf sciatic.
Sumber foto :
|
Sementara dibahagian bersebelahan anus, otot Externus Obturator diberi tumpuan khusus bagi membuka laluan saraf Obturator. Otot ini mesti diurut dengan
spesifik kerana ia adalah laluan utama saraf obturator ke otot adductors iaitu
otot yang menjadi punca kesakitan. Dikawasan kesakitan ini, teknik deep
pressure secara terkawal digunakan pada tendon dan tengah otot adductors group terutama adductor brevis
kerana di hadapan dan belakang otot ini adalah laluan saraf Anterior Division of Obturtor dan Posterior Division of Obturtor.
Foto 4 : Otot dan laluan saraf Obturator yang terpecah kepada dua di otot Adductor Brevis
Sumber
foto. https://www.sciencedirect.com/topics/neuroscience/obturator-nerve
|
Selepas 2 jam berurut,
alhamdulillah julat pergerakan sendinya semakin luas dan pesakit dinasihatkan
melakukan beberapa senaman pemulihan.