Ahad, 13 Januari 2019

SAKIT BELAKANG HINGGA KELENGKANG



----------------------------------------------------

WHATAPP UNTUK TEMUJANJI

KLIK FOTO 

www.wasap.my/60192401729


----------------------------------------------------



Kecederaan Lumbar amat bahaya. Saranan saya sebagai seorang sport massuer professional jika dapat dielak, elaklah! Kerana apabila kemalangan membabitkan Lumbar, masalah kesihatan dibahagian kaki pasti muncul.


Lumbar adalah salah satu segmen dari tulang belakang atau Spine yang berada diantara tulang Thoracic dan Sacrum atau mudahnya di bahagian pinggang. Disebabkan Lumbar  berada di tengah-tengah tubuh ia sekaligus berada di pusat bebanan (center of body gravity). Maka, setiap kali jatuh terduduk, menaikkan badan dari posisi menunduk (ruku’), membongkok untuk mengambil sesuatu dilantai dan sebagainya Lumbar adalah tulang yang menerima tekanan paling tinggi. 


Lumbar mempunyai 5 tulang yang dikenali Lumbar 1 hingga Lumbar 5. Di tulang Lumbar terdapat intervetebral foramen yang merupakan laluan akar saraf (Nerve root). Akar saraf ini kemudiannya terpecah ke beberapa cabang untuk menjalankan fungsinya menghantar signal (innervate) di lower extremity (Bahagian pinggul ke bawah). 

Foto 1: Intertvetebral Foramen adalah laluan akar saraf.  
Jika laluan saraf ini terhimpit, pelbagai masalah dibahagian 
pinggul sehingga ibu jari kaki akan muncul. 

Sumber foto : 


Foto 2: Otot Adductors. 


Dalam kes pesakit saya, dia mengadu otot di bahagian adductors group-nya tegang menyebabkan beliau sukar bersila. Dari penilaian fizikal yang dijalankan, didapati akar saraf Lumbar 2, Lumbar 3 dan Lumbar 4 sehinggalah saraf obturator yang mengawal otot di kelengkangnya tidak berfungsi dengan baik.  Keadaan ini disumbangkan oleh kemalangan motosikal dan kegagalan mengamalkan senaman sejak sekian lama menyebabkan disekitar laluan saraf tersebut ‘ketat’ menyebabkan otot-otot adductor brevis, adductor mangus, adductor longus dan pectineus mengalami pengecutan otot. Sementara otot-otot diberhampiran seperti gracilis dan obturator mengalami rasa kebas dan sakit.

www.wasap.my/60192401729




Setelah mengetahui punca, proses mengurut dilakukan bermula dari belakang sehinggalah hujung kaki. Dengan teknik kneading menggunakan jejari dan drainage, otot-otot luar dan dalam  di sekeliling Lumbar seperti Quadratus Lumborus, Erector Spine (longissimus), Tranversospinalis dan Multifidus semuanya diurut dengan teliti.Dari belakang, pergerakan urut berganjak ke bahagian pinggul pula. Dipinggul, teknik kneading dengan tapak tangan digunakan pada tengah otot bagi tujuan membantu peredaran darah dan rangsangan saraf. Diikuti teknik circle dengan tekanan siku ringan digunakan di tendon. Antara otot yang diberi tumpuan adalah Piriformis kerana ia lazim dikaitkan dengan himpitan saraf Sciatica. Piriformis adalah otot yang melekat di tulang sacrum (origin) dan di bahagian luar Greater Trochanter of Femur atau tulang paha (insertion). Ia melalui Greater Sciatic Notch. Tidak ketinggalan juga, saya memberi tumpuan urutan kepada otot Internus Obturator yang turut menjadi laluan saraf Sciatic.




Foto 3: Otot Piriformis dan obturator Internus obturator Internus 
yang lazim terlibat menghimpit saraf sciatic.   

Sumber foto : 


Sementara dibahagian bersebelahan anus, otot Externus Obturator diberi tumpuan khusus bagi membuka laluan saraf Obturator. Otot ini mesti diurut dengan spesifik kerana ia adalah laluan utama saraf obturator ke otot adductors iaitu otot yang menjadi punca kesakitan.  Dikawasan kesakitan ini, teknik deep pressure secara terkawal digunakan pada tendon dan tengah otot adductors group terutama adductor brevis kerana di hadapan dan belakang otot ini adalah laluan saraf Anterior Division of Obturtor dan Posterior Division of Obturtor
Foto 4 : Otot dan laluan saraf Obturator yang terpecah kepada dua di otot Adductor Brevis 
Sumber foto. https://www.sciencedirect.com/topics/neuroscience/obturator-nerve


Selepas  2 jam berurut, alhamdulillah julat pergerakan sendinya semakin luas dan pesakit dinasihatkan melakukan beberapa senaman pemulihan. 
 

----------------------------------------------------

WHATAPP UNTUK TEMUJANJI


KLIK FOTO 

www.wasap.my/60192401729

----------------------------------------------------














Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...